#ADBY61

149 27 13
                                    

Rosallie menuangkan teh ke dalam cawan untuk tetamunya. Sementara wanita bergelar madam itu duduk angkuh di sofa empuk di ruang tamu Rosallie.

Setelah menjemput tetamunya menjamu minuman yang dihidangkan, Hwall mengambil tempat di ruamg bertentangan dengan madam Jeonita. Hatinya berdebar-debar menanti wanita berkuasa itu kembali bersuara. Wanita suri rumah tangga itu sangat gementar bagaikan sedang menanti keputusan hukuman gantung. Aura madam Jeonita membuatkan dia terasa berada di dalam neraka di dalam rumahnya sendiri. Selagi David tidak muncul, selagi itu dia rasa terancam. Sebentar lagi jika Hwall pulang, tentu keadaan akan semakin gagal dikawalnya. Dia benar-benar berharap David tang telah dihubunginya secara senyap tadi segera pulang.

"Mana anak saya?" Tiba-tiba madam Jeonita bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Sengaja dia membiarkan Rosallie berada dalam keadaan tertekan supaya senang dia mengesan kelemahan wanita tersebut.

"Siapa maksud awak?" Rosallie berpura-pura tidak mengerti.

"Jangan berpura-pura. Saya tau awak sembunyikan Hyunjoon kat sini." Mata madam Jeonita tertancap pada bingkai gambar keluarga di ruang sebelah sofa. Dia dapat mengesan seseorang yang mirip dengan wajah anak lelakinya di dalam gambar tersebut.

"Itu Kevin, dia sorang je anak lelaki saya dan dia tiada kaitan dengan awak." Rosallie cuba menyembunyikan kebenaran. Dia tidak mahu Hwall kembali ke pangkuan keluarganya selagi dia tidak menemui bukti kukuh memyatakan bahawa pemuda itu adalah anak kandungnya yang telak didakwa mati dahulu.

"Awak pasti akan menyesal jika terus menyembunyikan kebenarannya, puan Rosallie."

"Tidak. Saya takkan menyesal. Awak yang akan menyesal sebab rampas hak saya selama ni, madam Jeonita." Rosallie membalas kata-kata madam Jeonita dengan berani.

Madam Jeonita tersenyum sinis. Riak wajahnya seakan sedang memperkecilkan kata-kata Rosallie yang baginya langsung tidak bermakna." Rosallie, Rosallie, Rosallie... berhati-hati sikit bila bercakap tu. Pernahkah awak terfikir macam mana saya boleh tahu di mana anak saya berada dan bagaimana saya boleh menjejaki rumah awak dalam tempoh masa yang singkat?" Madam Jeonita cuba membuka mata Rosallie akan kehebatan dirinya." Awak takkan boleh buat saya menyesal sebab awak dan keluarga awak yang akan tunduk terhadap saya akhirnya."

Kerut di dahi Rosallie jelas kelihatan mempamerkan kegusaran hatinya. Dia mengetap bibir. Pandangannya dilarikan ke muka pintu, menjejaki kelibat suami tercinta yang masih belum juga muncul-muncul.

Madam Jeonita tersenyum penuh makna. Hanya berbekalkan kata-kata saja dia berjaya menundukkan sikap berani Rosallie. Memang wanita itu bukan lawan sebenarnya. Orang yang menjadi sasaran sebenarnya ialah David. Menundukkan lelaki itu adalah titik utama untuk menjahanamkan semua manusia yang cuba mendampingi anak lelaki kesayangannya.

🥀🥀🥀

Fae duduk di tangga kaki lima kedai serbaneka Honey Pop, menunggu Hwall yang sedang membeli sesuatu. Setelah penat melepak di taman selepas berjoging tadi, akhirnya mereka berjalan pulang. Di perjalanan, Hwall berhenti singgah ke kedai serbaneka. Katanya mahu membeli minuman dan sesuatu yang penting. Entah apa, Fae tidak pasti.

Beberapa minit kemudian Hwall muncul dan duduk di sebelah Fae. Dia menghulurkan setin minuman isotonik kepada Fae. Fae mengambilnya tanpa banyak soal. Minuman dibuka dan mereka menikmati kesegaran minuman penambah tenaga tersebut sambil mendongak ke langit cerah. Matahari pagi semakin meninggi namun sinaran cahayanya masih belum ditahap menyakitkan kulit lagi.

"Jom balik!" ajak Fae.

Hwall tidak menghiraukan ajakan Fae. Dia menyeluk plastik bungkusan berwarna putih dengan logo Honey Pop di luarnya itu. Mengambil sesuatu barang yang dibelinya tadi.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now