#ABDY15

236 33 2
                                    


song choice on header paper umbrella by yesung 🌂
sebab aku fav gler tajuk lagu ni, yesung ballad and jungwoo sho cute dlm mv tu time predebut❤️🐰

song choice on header paper umbrella by yesung 🌂sebab aku fav gler tajuk lagu ni, yesung ballad and jungwoo sho cute dlm mv tu time predebut❤️🐰

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Fae!!!" jerit Pamola memanggil anak saudaranya yang sedang menonton TV di ruang tamu. Dia yang sedang melayari internet dari komputer ribanya sekadar menjeling ke dalam rumah dari ruang rehat dekat beranda di hadapan rumah.

"Yup, ada apa, mak cik Pamola?" Fae muncul mendekati makciknya.

"Tolong pergi kedai beli barang dapur kejap!" pinta Pamola. Matanya terus tertancap pada skrin laptop tanpa mengerling pada saudaranya di sebelah.

"Nantilah, kejap lagi Fae pergi."

Nanti apa pulak. Pergilah sekarang." Sekilas Pamola mengerling kepada Fae yang hendak beredar semula ke ruang menonton di dalam rumah.

Alaa lecehlah makcik ni. Fae mula merungut di dalam hati.

"Ni senarai barang dengan duit. Nah, ambik kunci ni sekali."

Kunci? Tiba-tiba senyuman terkoyak di bibir yang memuncung tidak puas hati tadi. Fae segera mendapatkan makciknya semula.

Mak cik kasi Fae bawa Audi?" Wajah nampak sungguh teruja untuk memandu

Pamola tersenyum sinis. Menggeleng kepala melihat telatah Fae yang yang teruja.

"Bukan Audi... tapi yang tersadai kat sebelah Audi tu."

"He? naik basikal?" Senyuman Fae jadi tawar apabila melihat kenderaan yang dimaksudkan oleh makciknya itu.

"Yalah... takkan nak kasi kau bawa kereta makcik pulak. Lesen pon tak de, ada hati nak pandu kereta. Ceh!" Pamola senyum mengejek Namun dalam hatinya agak terhibur melihat rajuk anak saudaranya itu.

"Dah... pergi sekarang. Cuaca tak berapa nak elok ni. Nanti hujan pulak kalau lambat," sambungnya lagi apabila melihat redup cuaca yang agak mencurigakan petang itu.

Sebaik mengambil senarai barang, wang serta kunci basikal, Fae segera bergegas untuk pegi ke kedai. Sebelum dia mengayuh sempat Pamola bersuara lagi.

Fae, bawa payung." Pamola bangun dari duduknya, pergi mengambil payung untuk anak saudaranya yang baru hendak berangkat pergi itu.

"Terima kasih!" Fae mengucapkan terima kasih kepada makciknya sebaik mengambil payung dari tangan Pamola.

🍀🍀🍀

Selepas membeli barang, Fae segera mengayuh basikal untuk pulang. Cuaca semakingelap dan mendung. Sekejap lagi pasti hujan akan turun jika dia berlengah-lengah.

Di pertengahan jalan, hujan mula menitik di kulitnya. Fae berhenti mengayuh. Mendongak ke langit. Titis hujansedikit demi sedikit menjadi laju. Fae segera menongkat basikalnya. Dia mencapai payung yang tergantung di tangan basikal. Kelam kabut dia membuka payung apabila hujan mulai lebat.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now