#ABDY14

232 37 4
                                    


Lagu paling takat leleh abad ni
Half - Moon Kevin
sumpah wey gue nak nangis tiap kali dengar lagu ni
Lelagi bila tengok meaning lyric lagu ni 😭😭😭
deep glerr + suara & bunyi piano Kevin❤️

Memoir Fae dan Kevin...

Fae berlari-lari anak mendapatkan Kevin. Temannya itu tentu sudah lama menunggunya di tempat biasa mereka berjumpa. Dia sudah terlewat petang itu. Semuanya gara-gara terpaksa menyudahkan tugas membersihkan kelasnya tadi.

Dari jauh di nampak batang tubuh Kevin yang sedang berdiri di tangga di tebing sungai menghadap ke satu arah. Fae segera mempercepatkan langkahnya. Tentu sudah lama Kevin berdiri di situ menunggunya hari ni. Hope Kevin tak marah dengan kelewatan yang tidak disengajakan itu.

"KEVIN!"

Kevin tidak menyahut panggilan Fae. Matanya terus tertumpu pada arah yang sedang direnungnya.

Fae melompat menerpa lelaki itu. "Kevin!!!" lengan baju Kevin ditariknya.

Kevin menoleh sekilas kepada si gadis sebelum kembali merenung tempat tadi.

"Sorry, lambat. Awak marah saya? Fae terasa yang lelaki itu sedang marah disebabkan kelewatannya hari ni. "Awak...saya minta maaf, ya," pujuk Fae dengan lembut.

"It's okay... Elean," jawab Kevin tanpa menoleh kepada Fae.

"No... I think it's not okay. Awak tak pandang saya pon. Means awak marah saya kan, Kevin. Senyuman manis terukir di bibir lelaki itu.

"Saya tak marah awaklah, Elean," ucap Kevin penuh keikhlasan. Kepala Fae diusap-usap lembut menandakan yang dia tidak marah walau Fae sedikit kelewatan petang itu.

Fae berasa lega tetapi dia tertanya-tanya apa yang menarik perhatian Kevin sejak tadi sehinggakan lelaki itu tidak lepas-lepas
memandang ke arah jambatan yang tidak jauh dari mereka.

"Khusyuk nampak. Awak pandang apa je dari tadi?"

"Tu!" Mata Kevin terarah tepat pada sesuatu di tebing jambatan.

"Kesiannya anak anjing tu. Kita kena selamatkan dia, Kevin."

"Errr... saya tengah fikir cara nak selamatkan anak anjing tu dari tadi lagi."

"Apa susah sangat. Pergilah panjat tebing tu."

Fae memberi cadangan mudah. Jelas yang dia sangat risau akan keselamatan binatang tersebut.

Kevin diam. Matanya hanya memandang anak anjing tersebut dengan perasaan simpati. Namun hanya sekadar simpati. Dia tidak berusaha untuk pergi menyelamatkan anak anjing tersebut.

Fae jadi tidak sabar dengan perlakuan Kevin, lantas dia berlari menuju ke jambatan tersebut untuk cuba menyelamatkan anak anjing yang malang itu.

Pemuda yang masih mengelek beg sekolah itu hanya memerhatikan tindakan berani Fae yang sedang memanjat tebing jambatan itu semata-mata mahu menyelamatkan anak anjing tersebut. Kevin mengawasi langkah Fae. Dalam hatinya berdoa agar Fae berjaya menyelamatkan anak anjing tersebut.

Fae hampir mencapai tubuh kecil anak anjing itu. "Mari... marilah ke sini. Aku nak datang selamatkan kau. Marilah datang dekat sikit, sayang." panggil Fae. Namun si anak anjing itu hanya memerhatikan Fae dengan wajah comelnya. Tidak mengerti yang gadis itu sedang bertungkus lumus cuba menyelamatkannya.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now