"Mana Hwall ni? Jangan cakap kau tak datang kolej hari ni. Memang aku sepak kau petang ni."
Fae terjenguk-jenguk di luar pintu gerbang kolej. Sedang menunggu kemunculan si taiko.
Sedang Fae terjenguk-jenguk, tiba-tiba kedengaran suara kecoh para pelajar dari pintu pagar sebelah timur. Pantas Fae bertindak meninggalkan pintu pagar utama kolej dan segera menuju ke pintu pagar yang satu lagi. Semua makhluk-makhluk berseragam biru itu diredahnya untuk sampai ke muka pintu. Mahu memastikan apa yang telah menarik perhatian semua pelajar sehingga suasana menjadi kecoh-kecoh tidak semena-mena.
Sebaik sampai di ruang paling hadapan di antara para pelajar lain, Fae memandang seorang pelajar lelaki dengan pakaian seragam yang tidak kemas. Memakai baju T berwarna hitam dan kemejanya dibiarkan tidak berbutang seperti biasa. Beg sandang yang dipegang tangan kanan dibiar tersidai di bahu. Wajah tidak beriak itumelontar pandangan dingin seperti biasa. Namun perhatiannya tertumpah kepada Fae sebaik gadis tersebut muncul di hadapan mata.
Fae melangkah setapak menghampiri Hwall. Dia seorang saja yang berani.
Para pelajar lain semua berdiri jauh dalam bulatan mengelilingi the taiko.
Fae senyum membalas pandangan dingin lelaki tersebut. Melihat kain pengikat di dahi Hwall, dia terus berpuas hati kerana lelaki itu menepati janjinya.
"Aku tak langgar perjanjian kita. Puas hati kau sekarang?"
Fae mengangguk. Masih senyum seperti tadi. "Terima kasih sebab tak langgar perjanjian." Pipi Hwall ditepuk perlahan.
Kemudian dia mengerling sekeliling. Melihat reaksi semua orang sekeliling. Ada yang melongo sampai tak sedar ada lalat sesat masuk ke dalam mulut. Tidak kurang juga yang memandangnya sampai nak terkeluar biji mata. Bagai tidak percaya melihat si hamba dan taikonya yang dah macam tertukar kedudukan. Semalam si hodoh yang pakai natang bodoh tu. Hari ni giliran si taiko punya giliran pula. Sejak bila pula taiko ikut hamba arahan hambanya?
Fae dan Hwall tidak ambil pusing dengan persoalan yang bermain di minda mereka semua.
"Jom Hyunjoonie sayang~"
Fae memaut lengan si taiko kemudian menariknya meninggalkan kelompokan pelajar tersebut.
Hwall berjalan dalam paksa mengikut langkah kaki Fae.
"Woi, apa dah jadi dengan taiko? Asal dia pula yang follow hamba dia tu?"
"Habislah dunia nak kiamat ke apa?"
"Eh, kau ni merepek je! manalah aku tau. Aku pun tengah confuse sekarang ni. Bomoh apa budak baru tu pakai siot sampai taiko yang semua orang takut tu pun ikut telunjuk dia pula kali ni?"
"Banyaklah kau punya bomoh! Problem nya sekarang, apa kes taiko kita tu pakai natang 'AKU BODOH' tu hari ni?"
"Betul. betul... kenapa top student sanggup buat benda yang memalukan macam tu? Dia mana pernah buat sesuatu tanpa sebab. Lagi-lagi bab yang memalukan macam ni. Jatuh maruah dia woi."
"Asal, ya? Hurmmm"
Masing-masing berbalas pandangan sesama sendiri. Masing-masing juga tiada jawapan untuk persoalan tersebut. Dan persoalan itu mati sebaik loceng masuk ke kelas berbunyi.
🍑🍑🍑
Fae asyik terjeling-jeling, tersengih-sengih memandang Hwall di sebelah tempat duduknya. Lelaki itu buat selamba. Menganggap gadis itu halimunan. Dia pejam mata dan cuba untuk tidak mempedulikan si hodoh. Kalau ikutkan hati nak je dia cincang-cincang gadis itu. Namun disebabkan kekalahannya dalam pertaruhan tersebut, didiamkan saja perangai Fae yang meluat itu.
Bagilah chance kat dia sekali. Lagipun dah setiap hari aku buli dia selama ni. Eh, okay ke akubagi chance macam ni? Ala, dia bukannya berani nak buli aku balik. Aku tau... dia takkan berani punyalah.
"Hyunjoonie sayang~ " tegur Fae.
"Kau dah kenapa panggil aku macam tu? Gedik tau dak! Berdarah telinga aku dengar. Haktuih!" Hwall tidak suka Fae memanggil nya begitu. Lelagi dengan nama sebenarnya pulak tu.
"Eh, suka hati akulah. aku rasa nama Hyunjoon tu lagi comel dari Hwall. Mende nama macam cakap dengan dinding. Seminggu ni hari kemenangan aku. So kita kena raikan." lawan Fae.
"Amboi kau sesedap badak je kutuk nama aku. Nama Hwall tu cool k. Kau pe tau!" Hwall bajet macho kejap.
"Oh ye? So?"
"So..."
"So... Hyunjoonie sayang~" makin galak Fae mengenakan Hwall.
"Eyyy minah ni! kang ada yang makan kaki ni kan."
"Do I care?" balas Fae selamba lalu menjelir lidah ke Hwall
"EYYY!" tangan Hwall hampir naik tapi berhenti di tengah jalan. Bukan takut tapi malas nak layan.
Lantak kau lah perempuan!
"Hyunjoonie sayang~ hari ni jom kita makan kat kafe sama-sama nak tak? Kau kena payung dan belikan makanan untuk aku pula ya. Asyik aku je yang buat untuk kau. Mana aci, kan. Sekali-sekala kaulah pula buat untuk aku ya."
Kelopak mata Hwall terbuka besar. Sepantas kilat kepalanya dikilas menghadap pada Fae. Hah? Aku tak salah dengar ke tadi? Biar betik minah ni arahkan aku belikan makanan untuk dia kat kafe kali ni? Heol! Hantu jenis apa yang dah rasuk minah ni. Beraninya bagi arahan macam tu kat aku. Argh! Dunia dah nak kiamat ke, aku yang tengah bermimpi sekarang ni?
"Apa kau cakap tadi? Ulang balik?"Mesti aku yang bermimpi ni. Tak mungkin si pengecut ni bearni bagi arahan macam tu pada aku. Mesti aku yang salah dengar tadi.
"Belanja aku makan dekat kafe," ulang Fae. Amik kau ringkas, padat, tepat, dan mutakhir aku bagi. Tak faham jugak tiga kali jumaat."
"What? Aku belanja kau?" Bunga-bunga kemarahan mula mekar di wajah Hwall. "Dalam mimpi jelah wey, dengar sini ya si hodoh, dalam mimpi pun belum tentu."
Fae tersenyum tenang. "Aaa... aaa... dalam mimpi tu memang takkan lah wey. Entah bila nak tunggu kau masuk dalam mimpi aku. Maybe aku kena tatap muka kau 24 jam kot baru kau boleh masuk dalam mimpi aku." Fae mendekat kan mukanya ke muka Hwall manakala Hwall berusaha menjauhi mukanya. Cuak ar tu. "Tapi realitinya sekarang kau kena ikut cakap aku pula sekarang ni. Dah kalah tu buat jelah cara kalah wey. WHAT.EVER.MAJOR.LOSER." sambung Fae sambil menganjing percakapan Hwall sebelum ni kepadanya.
"Oh ya, malam ni tolong siapkan homework aku. Esok teman aku pergi library. Hah jangan lupa bawakkan beg aku balik nanti. Rasa macam tangan ni cramp pulak tiber~" dah macam bullet minah ni menceceh. Boleh berdarah telinga si Hwall tu.
"Eh, kau nikan..." Hwall tak dapat meneruskan kata-katanya. Bengang bersarang dalam jiwa. Kau siap si hodoh. Siap kau nanti. Aku cincang-cincang kau buat sup. Berani kau tunjuk belang dengan aku. Kau tunggulah nanti!
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017