#ADBY68

162 28 11
                                    

Sedetik pertemuan membenihkan perasaan rindu pada yang telah pergi.

Sebaik berkenalan, perasaan benci pula bertunas menggantikan kerinduan .


Menjadi hamba kepada tuan muda selaku taiko kolej, umpama bercinta dengan makhluk kejam dari planet yang tidak dikenal pasti.

Mengenali dua orang lelaki seiras, tapi berbeza perwatakan telah memberikan Fae banyak pengalaman pahit dan manis.

Yang manis, sangat indah untuk dikenang.

Namun yang pahit itu sangat sukar untuk ditelan.

Wujudnya seorang The Devil dan The Angel telah memberi impak yang besar dalam hidup Faemiko Eleanor Moshige.

Gadis yang masih dalam pakaian sukannya sejak pagi tadi itu sedang memanjat menara tangki air yang besar di belakang kolej lamanya. Dia mendaki sehingga sampai di puncak menara tangki air tersebut sambil ditrmani air mata yang membasahi pipi.

Sebaik sampai di puncak menara, Fae berdiri sambil memaut tiang besi yang menjadi tulang menara. Lelah yang dikendong dilepaskan perlahan-perlahan. Beberapa ketika kemudian dia mendongak memandang langit biru. Melihat kepulan-kepulan awan putih yang cerah.

"KEVINN!!!" jeritnya sambil mata melilau menjejaki sesuatu di langit.

"Jawab saya sekarang kalau awak ada kat sini." Mata terus kabur digenang air mata. "Please Kevin... jawab saya sekarang." Fae membawa lengannya ke muka untuk mengesat air mata yang melimpah di tebing mata.

Tiba-tiba angin sepoi-sepoi menghembus menampar wajah Fae. Dingin dan lembut membaluti tubuhnya. Bagai menyampaikan pesanan kepadanya tentang kehadiran si dia yang tidak lagi berjasad.

"Kevin..." Fae berpusing-pusing memandang sekeliling. Cuba menjejaki lelaki yang dipanggilnya sejak tadi. Namun yang di cari itu tidak kelihatan di mata kasarnya. Akhirnya dia putus asa lalu terdudukdi lantai menara sambil terus menangis hiba.

"Kevin, tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya terima... saya pasrah dengan pemergian awak. Tapi tolong jangan biarkan Hwall mati." Fae mendongak memandang langit biru yang diliputi awan kumulus. Tiba-tiba awan putih itu berubah bentuk menjadi wajah Kevin.

" Kevin... " Senyuman pahit terbentuk di wajahnya" Saya sukakan dia macam saya sukakan awak. Saya sa... sa... yangkan dia. Saya tak tau dekat mana tempat dia dalam hati saya, tapi saya sangat takut sekarang. Perasaan ni sama macam waktu saya dapat tahu tentang penyakit maut yang awak hidapi dulu."

Fae duduk memeluk lutut sambil tersedu-sedan menahan sisa tangisnya.

" Kevin, saya tak nak alami keadaan ini untuk kali kedua. Tolonglah... biarkan Hwall terus hidup." Fae memejamkan kelopak matanya sebaik raut wajah Kevin lenyap dari kepulan awan memutih tadi. Kenangan lalu terimbas dari kotak memori.

Fae menggenggam sekeping kertas yang diterimanya dari pihak kolej. Isi kandungan slip kertas berkenaan belum dibaca. Dia berasasungguh gementar saat ini. Sangat takut intuk melihat hasil pencapaiannya setelah berusaha bermati-matian untuk ujian penilaian akhir tersebut.

Come on, Fae. Mahu atau tidak kau kena menghadapinya. Kau dah janji dengan Kevin. Suara hatinya membisikkan kata-kata semangat. Keberaniannya cambah perlahan-lahan. Dengan separuh keyakinan, Fae membuka slip keputusan peperiksaan di tangannya.

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now