Fae semakin cemas melihat situasi yang berlaku dalam rumah tersebut. Dia segera menghubungi Wendy.
"Kakak, ada masalah besar ni," kata Fae. Tanpa mukadimah dia segera memberitahu Wendy.
"Ha? apa yang berlaku?" soal Wendy. Sesikit cemas.
"madam Jeonita dah datang," beritahu Fae.
"What? Habis tu H... Hwall macam mana?" Kali ini Wendy turut cemas.
"Haru! Apa dah jadi ni, kak. Auntie kata Hwall anak dia. Sekarang mereka berdua tengah berebutkan Hwall. Kakak kena balik cepat. Fae takut sesuatu yang buruk berlaku kalau biarkan situasini berterusan.
Suara cemas Fae menambahkan lagi gusar Wendy.
" Gosh... sepuluh minit lagi kakak sampai. Kau tunggu tau."
"Okey."
Talian putus. Fae kembali memerhati keadaan di dalam rumah. Dia mendapati ketiga-tiga orang tadi sudah tiada.
Kedengaran suara madam Jeonita dan Rosallie dari tingkat atas. Mereka sedang memujuk Hwall supaya membuka pintu bilik.
"Hwall, buka pintu ni," pujuk Rosallie sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik. "Hwall takkan tahu kebenarannya jika terus kurung diri dalam bilik. Hwall anak mama. Percayalah!"
"Hyunjoon... jangan percaya kata-kata dia. Hyunjoon kena percayakan mummy seorang. Mummy ibu sebenar Hyunjoon. Cepat buka pintu ni, sayang." madam Jeonita melakukan perkara yang sama. Cuba memujuk Hwall.
Sementara itu Hwall yang berada di dalam bilik gagal untuk memekakkan telinga daripada mendengar suara-suara pujukan tersebut. Fikirannya semakin kusut menghadapi situasi ini sekarang. Akalnya tidak mampu menimbangkan hal tersebut dengan waras. Terlalu banyak yang menerjah otaknya. Terbeban dengan segala macam kenyataan dalam masa yang mendadak menyebabkan dia hilang punca mencari jalan keluar.
"Hyunjoon..." Suara mummynya menerjah ke gegendang telinganya lagi.
"Hwall..." Diikuti pula dengan suara mama yang tidak jemu-jemu memujuk sejak tadi. Bertambah sakit kepala Hwall kali ini.
"DIAM!!!" jeritnya. Serentak dengan itu dia menendang kerusi dan meja di dalam ruang kecil itu. Habis berterabur segala barang di atas meja. "JANGAN CAKAP APA-APA LAGI!" katil dan cadar turut terbang dan terlingkup di atas lantai. Dalam tempoh singkat di bilik tersebut berubah rupa menjadi seperti tongkang pecah.
"Hyunjoon, mummy..."
"Penipu! Hyunjoon tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut mummy! Pergi dari sini sekarang!" Hwall mencapai apa saja yang bersepah di atas lantai dan membalingnya ke pintu.
"Hwall, mummy tak tipu. Mummy sayang Hyunjoon. Percayalah!"
"Kalau mummy tak tipu, bagi tau Hwall pasal rahsia apa yang mummy bincangkan dengan ayah hari tu."
Madam Jeonita terdiam.
"Rahsia tu berkenaan dengan perkara inikan, mummy? Hyunjoon bukan anak mummy dan ayah, kan? Cakap! Berterus terang sekarang, mummy!" desak Hwall.
"Hyunjoo... se... sebenarnya..." madam Jeonitatelan liur. Menxari kekuatan untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada Hwall.
"Ayah tak pernah sayang Hyunjoon. Dia tak pernah hiraukan Hyunjoon, sebab..." Suaranya tersekat kerana menahan sendu. "Sebab Hyunjoon bukan anak kandung dia. Betul, kan mummy?"
Jiwa kebal madam Jeonita bagaikan runtuh mendengar suara Hwall saat itu. Tidak semena-mena air matanya mengalir jatuh di hujung mata.
"Tak, sayang. Bukan sebab tu. Ayah sayang Hyunjoon, sama macam mummy sayang Hyunjoon. Pasal rahsia tu... sebenarnya langsung tiada kaitan dengan status Hyunjoon sebagai anak kami. Apa yang kami rahsiakan daripada Hyunjoon selama ini ialah tentang hubungan mummy dengan ayah. Kami dah tak tinggal sebumbung lagi. Kami akan bercerai."
Tiada balasan daripada Hwall setelah madam Jeonita menjelaskan perkara tersebut.
"Hyunjoon... "
"Kenapa tak beritahu Hyunjoon dari awal?" soal Hwall memintas bicara madam Jeonita. Mahu tahu punca sebenar ibu bapanya merahsiakan hal tersebut.
"Mummy yang tak nak Hyunjoon tau. Mummy takut bila Hyunjoon dapat tau nanti, hubungan kita akan semakin renggang. Hyunjoon tau tak betapa sakitnya hati mummy langsung tak nak bercakap dengan mummy dalam tempoh dua tahun ni. Mummy sayangkan Hyunjoon. Mummy tak nak Hyunjoon pergi jauh dari hidup mummy. Mummy dah tak de sesiapa lagi dalam hidup mummy kecuali kamu, sayang." Suara kendur madam Jeonita cuba memancing semula kepercayaan Hwall terhadapnya.
Hwall terduduk di atas lantai. Merenung muka pintu yang berkunci. Dapat didengari suara tangisan mummynya yang lirih dari luar pintu. Untuk tempoh waktu itu suara Rosallie tidak lagi menyampuk.
Betulkah cuma itu saja rahsia yang mummy dan ayah sembunyikan daripada aku? Jadi bagaimana pula dengan mama? Adakah dia yang berdusta sebenarnya? Apa bukti dia mengatakan aku kembar Kevin, anak kandungnya?
"Kau memang bijak berlakon. Menguadai emosi Hwall dengan kisah karut yang kau reka." Suara Rosallie tiba-tiba muncul semula menentang madam Jeonita.
Hwall mendongak memandang muka pintu yang memisahkannya dengan dua orang wanita tersebut.
"Hentikannya, madam!" Rosallie bersuara tegas. Hwall, jangan terpedaya lagi dengan permainannya. Dia penipu! "
" Mama, jangan sembarangan tuduh mummy Hwall macam tu, " balas Hwall.
"Hwall, mummy nak selamatkan hidup Hwall. Sampai hati Hwall anggap mama macam ni." Rasa tercantas hati Rosallie apabila Hwall menyebelahi madam Jeonita.
Madam Jeonita tersenyum sinis memandang Rosallie. Dia puas hati dengan layanan Hwall terhadao wanita tersebut. Kemenangan semakin dalam genggamannya kini.
" Mama, bukan macam tu. Hwall... Hwall..." Hwall seba dalah. Dia sayangkan mummy. Dia juga sayangkan mama. Apa yang patut dia lakukan untuk mempertahankan mummy, sekali gus memuaskan hati mama? "Tinggalkan Hwall sendirian. Jangan cakap apa-apa lagi. Bagi Hwall masa u tuk berfikir." pintas Hwall akhirnya.
"Mummy akan terus tunggu Hyunjoon kat sini."
Rosallie menjeling marah kepada madam Jeonita di sebelahnya. "Mama pun sama. Gunalah seberapa banyak mada yang ada untuk berfikir. Mama akan setia menunggu Hwall di sini." katanya membalas kata-kata madam Jeonita yang seolah-olah sedang mencabarnya itu.
Hwall lega apabila kedua-dua wanita tersebut akhirnya memberi ryang kepadanya untuk berfikir secara tenang. Hwall suduk memeluk lutut sambil bersandar di kaki katil. Tangan kanannya dilabuhkan ke lantai. Sebuah buku mengganggu ruang duduknya lantas ditarik keluar dari celah taburan barang yang berselerakan di lantai.
Matanya tertarik memandang buku yang nampak biasa itu. Kulitnya berwarna coklat tanah. Ada garisan hitam di sepanjang tepi buku. Nama 'Moon Hyunseo (Kevin)' menjadi tajuk buku tersebut. Itu saja. Ia ringkas tapi disebabkan nama buku tersebut, ia telah berjaya menarik perhatian Hwall.
Lembaran pertama mula diselak. Ada tarikh dan hari tercatat di bahagian atas sebelah kanan buku. Masa pula dicatat di barisan pertama bahagian kiri. Beberapa patah kata bergabubg menjadi beberapa baris ayat. Dan baris-baris ayat itu bergabung pula menjadi beberapa perenggan kisah.
"Ini diari Kevin."
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017