#ADBY59

143 25 4
                                    

Lima puluh meter lagi untuk sampai ke garisan penamat. Fae telah mendahului Hwall. Ini bukan mimpi tapi benar-benar realiti yang telah dicipta. Siapa kata si hodoh yang lemah, gagal dalam semua perkara. Dan Hwall telah tersalah jangka. Dia memang tidak pernah tahu kalau dalam bab berlari Fae memang jarang gagal. Sebab utama; sebelum ini dia memang sudah biasa 'melarikan' diri. Lari daripada pembuli-pembulinya. Lari daripada kena siapkan tugas yang tidak sepatutnya. Lari daripada kena seksa dengan the devil. HAHAHA! Siap kau kejap lagi  the devil. Aku akan pastikan kau kena menari tarian tango kat tengah taman tasik ni karang.

Argh! Tak boleh jadi ni. Apasal si hodoh ni lari laju sangat. Macam mana si loser ni boleh nak tewaskan aku pula. Adoiiii... kena buat something ni. Takkan nak biarkan diri sendiri dimalukan oleh si hodoh. Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? 

Dalam sibuk mengejar si hodoh, akal Hwall sibuk bekerja mencari helah untuk menewaskan Fae. 

Ting! Ting! Ting! Idea sudah mari. HEHEHE... sengih nakal the devil mula terukir di riak wajahnya.

"Ahhh! Sakit!!!" Tiba-tiba Hwall mengerang kesakitan. "Si hodoh, tolong aku. Sakit!!!" jerit Hwall sungguh-sungguh. Lariannya terhenti di lima belas meter sebelum garisan penamat.

Fae yang lagi lima meter nak menamatkan larian, menoleh ke belakang denngan serta-merta tatkala terdengar suara erangan the devil yang mencemaskan. The devil terdorong di tanah sambil memegang kejap lututnya dan terus mengerang kesakitan. 

Pertama kali dia melihat keadaan Hwall dalam kesakitan. Nampak macam serius. Apa yang berlaku? Kaki Hwall terseliuh ke? Tak pernah-pernah the devil tu meraung kesakitan macam ni. Baik pergi dapatkan dia dulu.

"Kenapa? Kenapa Hwall? Soal Fae yang turut cemas melihat keadaan Hwall yang terus mengerang kesakitan sambil memegang kepala lututnya.

"Sakit! Lutut aku nak tercabut!" jawab Hwall dengan wajah minta belas daripadaFae.

Lutut nak tercabut? Agak-agaklah sikit. Tak logik langsung the devil ni. 

"Apasal dengan lutut kau?" Fae duduk dekat dengan Hwall. Lututnya mencium tanah Perlaha-lahan dia mengalihkan tangan Hwall yang memegang lutut. Cuba melihat keadaan kecederaan yang telah dialami Hwall.

"Argh... argh...pelan-pelan, si hodoh. sakit gila tu!" kata Hwall. Dalam cemas, bibirnya menahan senyum nakal.

"Taulah... tapi mana yang cederanya?" Fae sibuk membelek-belek kaki yang didakwa cedera oleh Hwall tadi. 

Tanpa disedarinya tanduk the devil mula tumbuh di atas kepala. Sengih Hwall melebar dengan niat jahat yang berleluasa di minda. 

"Dekat... dekat sini." Hwall mengerling kepala lutut. 

"Sini?" Fae menyentuh kepala lutut Hwall untuk cuba mengurut.

"Sini, sini." The devil membawa jari telunjuknya ke buku lali pula.

"He? Sini ke?" Fae yang lurus bendul tidak tahu telah dipermainkan itu menurut saja dan membawa tangannya ke buku lali the devil.

HAHAHA! Perempuan ni senang betul diperkotak-katikkan. Aku takkan bagi peluang kau menang! 

"Tak adalah. Dah tak sakit dah. "Hwall bangkit. Serta-merta selajur dia berlari mendahului Fae yang telah terpedaya itu. "Bye, bye!" Pantas the devil memecut menuju  ke garisan penamat.

"No!!!" Kelam kabut si hodoh mengejar Hwall yang telah memecut ke hadapan. "Tak guna kau, taiko jahat! Berani kau tipu aku! Aku takkan benarkan kau sampai dulu before aku!!!"

"Kejar lah kalau terer sangat!" Sempat lagi Hwall membalas sambil ketawa girang kerana sudah hampir ke titik penamat larian mereka. 

"Hiarghh!!!" Fae berjaya menangkap belakang baju Hwall. Takkan sekali-kali dia membenarkan lelaki itu menjuarai pertandingan mereka. 

"Woi, apa main tarik-tarik ni!" Hwall cuba melepaskan diri daripada cengkaman Fae. 

"Ah, kau tak aci!" Lengan Hwall berjaya ditangkap. 

Saat paling genting telah tiba. Selangkah lagi untuk bergelar juara. "Aci tak aci, yang penting menang."

Toink!

Dengan kuasa seorang lelaki, Hwall menolak Fae sehingga si hodoh terpelanting ke belakang... dan akhirnya kemenangan berpihak kepada the devil a.k.a taiko sejati yang sanggup melakukan apa saja untuk menang biarpun terpaksa bermain kasar dengan perempuan. 

"HAHAHA... I'm the winner!" Tangan kiri di pinggang sambil tangan kanan diangkat tinggi menuding ke arah langit. Kuasa kemenangan adalah hak milik the devil sepenuhnya. Hahaha!!! 

"Get ready to show your talent?" Hwall memusing kepala mengerling Fae yang duduk terjelapuk  di tanah. Muka tidak puas hati jelas tergambar di riak wajah gadis tersebut.

🔹🔹🔹

Tuan Heo menyerahkan kot dan topi yang baru ditanggalkan kepada pembantu rumah yang berdiri di sebelahnya. Kemudia dia melangkah menuju ke ruang makan. Di sana makan siang sudah tersedia buatnya.

Kerusi ditarik sendiri tanpa bantuan gadis pembantu rumah seperti selalu dan Tuan Heo duduk di meja makan sebelum mula menikmati hidangannya.

"Hyunjoon masih belum pulang?" Tanpa memaling wajah dari hidangan dia menyoal gadis pembantu rumah yang setia berdiri di belakangnya.

"Belum, tuan."

Tuan Heo mengangguk. Tanda menerima laporan daripada orang suruhannya itu. 

"Madam masih sibuk dengan persidangannya?" soalnya lagi mendapatkan laporan tentang isterinya pula.

"Erm... madam ke Tokyo, tuan. Errr... madam... dia ..." Gadis pembantu rumah itu nampak serba salah untuk menceritakan hal besar yang telah berlaku dalam keluarga itu. Takut akan menimbulkan kemarahan tuannya, sekaligus menjadi mangsa seperti yang telah berlaku ke atas sahabatnya yang telah dipecat oleh madam Jeonita semalam. 

"Ada apa-apa yang cuba awak nak jelaskan kepada saya?" Tuan Heo seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak enak hendak dikhabarkan oleh pembantu rumahnya setelah beberapa hari dia tidak pulang ke rumah.

"Tuan muda dah larikan diri dari rumah, tuan. Jadi, madam ke Tokyo untuk mencarinya. Maafkan saya sebab tak laporkan perkara ni pada tuan Heo dengan lebih awal." Gadis pembantu rumah itu menundukkan kepala berulang kali. Membongkok-bongkokkan tubuh memohon maaf pada majikannya. Takut benar nampaknya dia jika dipecat gara-gara merahsiakan pemergian Hyunjoon beberapa hari yang lalu. "Tolong jangan pecat saya, tuan. Saya perlukan pekerjaan."

Belum pun sempat gadis pembantu rumah itu menghabiskab kata-katanya, Tuan Heo segera bergegas banguun meninggalkan meja makan. Tanpa menghiraukan maaf pembantu rumah tersebut, dia melangkah pantas menuju ke pintu utama.

"Bila madam ke Tokyo?" soalnya sambil kaki pantas melangkah ke muka pintu.

"Malam tadi, tuan. Dia pergi sebaik mendapat berita kehilangan tuan muda Heo," jawab pembantu rumah itu tadi yang turut menuruti langkah pantas tuannya.

Hyunjoon ke Tokyo? Ini bukan sesuatu yang boleh aku biarkan. Aku perlu halangnya sebelum dia bertemu dengan orang tu. Sama ada Hyunjoon mahupun Jeonita, mereka berdua tak boleh tau akan rahsia ni. Ia adalah perjanjian di antaranya dengan lelaki tersebut. 

Dia perlu berangkat ke Tokyo menjejaki Hyunjoon dan Jeonita sekarang memastikan apa yang dikhuatirinya tidak berlaku.

"Harap Jeonita dan Hyujoon bukan bertemu dengan orang tersebut. Tuhan, jauhkanlah mereka berdua daripada lelaki tu."

 [C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|Where stories live. Discover now