{Fae pov}
Aku mengambil keputusan untuk pergi stalk Hwall.
Seumur hidup aku nilah first time aku buat perkara paling berani dalam hidup aku.
Fae yang pengecut dan selalu dibuli dulu sekarang tengah skodeng lelaki dengan gelaran The Taiko yang selalu buli aku kat kolej ni wokk.
Aku sedang memeluk erat begku sambil mengawasi keadaan sekeliling. Kepala aku menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cun!Pak guard tak ada... cikgu pon tarak.
Aku mengikut jejak Hwall yang baru saja melepasi pintu pagar kolej. Lelaki itu sedang berjalan kaki di lorong pejalan kaki. Kemeja seragamnya ditanggalkan dari tubuh. Digumpal-gumpal dan dicampak masuk ke dalam beg. Dia hanya mengenakan baju T berwarna putih dengan tulisan 'FREE MAN' berwarna hitam di belakangnya.
Aku menyorok di sebalik pokok, memerhatikan ke mana Hwall hendak pergi sambil melangkah dengan berhati-hati agar diriku tidak dikesan oleh Hwall.
Ke mana agaknya si gengster ni nak pergi. Agaknya dia nak pergi lepak dekat mall. Atau pergi Arcade? Tapi tak mungkin kat pekan kecik ni ada benda-benda macam tu. Ah... fikir banyak buat apa. Stalk je lah apa yang dia buat and ke mana dia nak pergi.
A few minutes later, tiba-tiba...
Hwall berhenti berjalan. Aku pon ikut berhenti dan cepat-cepat mencari tempat bersembunyi. Kantoi lah nak nanti. Naseb baik ada bangunan kedai area situ. Aku mencecet lari sembunyikan diri kat situ. Aku hanya mengeluarkan kepala sedikit untuk mengawasi tindakan Hwall yang selanjutnya.
Apa yang aku nampak sekarang, Hwall sedang berhadapan dengan tiga orang budak lelaki dalam lingkungan usia sepuluh tahun. Tak nampak pulak riak muka Hwall macam nak marah budak-budak tu. Budak-budak laki tersebut tunduk ketakutan.
Hwall menampar kepala salah seorang daripada mereka. Hampir saja budak tu melayang akibat penangan tanfan kasar Hwall. Yang lagi sorang kena luku kat kepala dan yang terakhir ditolak tubuhnya sehingga jatuh melutut di hadapan Hwall.
Aku memandang geram. Hwall memang dah melampau. Suka hati dia je nak bertindak kasar. Tak kiralah umur dan jantina kau apa. Dasar lelaki tak guna! Aku bersumpah demi Kevin The Angel, aku akan tentang Hwall The Devil habis-habisan. Gengster tu mesti dihapuskan dari muka bumi ni!
Jerit hati aku dengan penuh bersemangat dan riak. Aku besrsiap sedia untuk memunculkan diri, sekaligus mempertahankan budak-budak yang dibuli oleh Hwall itu.
"SEKALI LAGI AKU NAMPAK HENGKORANG SEKSA ANAK ANJING TU, NAHAS KORANG! GET READY UNTUK JADI HAMBA ABDI AKU LEPAS NI," tengking Hwall.
"DAH, BERAMBUS SEMUA!" sambungnya sebelum ketiga-tiga budak lelaki tersebut bertempiaran melarikan diri.
Aku yang terasa ada bran nak serang Hwall tadi, terbantut pulak! Jadi cuak pulak aku bila hampir dekat dengan Hwall ni. Sebelum Hwall notice aku, baik aku menyorok balik kat pasu bunga besar kat tepi jalan tu.
Hwall yang terasa seperti diperhatikan seseorang sejak tadi, menoleh ke belakang. Namun dia memutuskan yang itu sekadar perasaannya apabila tiada sesiapapon di belakangnya. Dia kembali melangkah setelah melepaskan kaki anak anjing daripada ikatan yang dibuat tiga orang budak nakal tadi.
Fuh! Selamat... naseb baik dia tak perasan aku. Alamak Fae, macam mana kau nak membanteras kejahatan kalau baru nak bertindak tapi confident level dah jatuh 0% terus.
Huh! Selagi aku tak boleh jadi budak yang berani, selagi tulah kau akan terus dibuli Fae oleh sesiapa sahaja termasuklah Hwall The Devil. Kau kena ingat yang Kevin The Angel takkan pernah muncul lagi untuk protect kau macam dulu lagi.
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017