Kini...
Tidak seperti hari-hari lalu, kawasan tanah lapang itu sangat meriah pada hari ini. Ramai orang berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bung api yang julung-julung kali diadakan di pekan kecil ini. Hwall turut tidak melepaskan peluang ini kerana pekan kecil ini memang membosankan disebabkan kurangnya tempat-tempat hiburan.
Tetapi lagi bosan kalau menyertai acara ini seorang diri. Jadi dia pun mengajak si hodoh. Memang pelik bila seorang taiko mengajak hambanya pergi menyaksikan pertunjukkan bunga api. Namun realitinya selain Fae, tiada orang lain yang dirasakannya selesa unruk bersama.
Hanya beralaskan surat khabar lama, Hwall dan Fae duduk di atas padang rumput. Padang luas itu turut dibanjiri para penduduk pekan tersebut.
"Apa yang kau bawak tu?" Mata Fae tertancap pada bungkusan kain yang berupa bekalan yang dibawa oleh Hwall.
"Makanan. Tok yang bekalkan." Hwall membuka ikatan bekalan. Mahu melihat apa yang dibekalkan oleh lelaki tuan kedai kepadanya tadi.
"Kek coklat... sedapnya." Fae tersenyum melihat kek coklat yang dihiasi potongan buah strawberi itu. Nampak menyelerakan. "Tok beli ke?"
"Tak. Dia buat sendiri. Special untuk kita berdua je. Dia pandai masak tau. Kau cakap je kau nak makan apa, tok boleh buat punya."
"Wauu! Betul ke?" Fae senyum teruja. Tidak sangka lelaki tuan kedai ada bakat lain selain sibuk dengan buku-bukunya. "Dia selalu masak untuk kau ke?" soalnya sambil tangannya merayap hendak mencuit kek coklat yang nampak sedap itu.
Macam mana rasanya ya.
"Taklah selalu... Tapi aku lagi suka makan masakkan dia nak comoare makan kat rumah sendiri." Hwall tidak menyembunyikan kebenaran itu.
Pap!
Tangan Fae dipukul Hwall.
"Siapa yang suruh kau makan?"
"Tadi kata kek ni untuk kita dua je. Takkan kau nak makan sorang pulak." Fae mengibas-ngibas tangan yang sakit dipukul Hwall.
"Tak boleh!" kata Hwall dengan lagak the devil.
Fae bengang.
"Pergi beli air untuk aku dulu. Hauslah!"
Ala! lecehnya... Kat sini pon nak buli aku beli itu ini. Menyampahlah. Fae buat muka tak puas hati di hadapan Hwall. Cuba hendak protes.
"Pergilah cepat... kejap lagi bunga api dah nak start kang!" arah Hwall. Dia peduli apa Fae rela atau tak.
Dalam separuh rela Fae bangkit bangun untuk pergi membeli minuman untuk Hwall.
The devil ditinggalkan lantas menuju ke gerai minuman.
🎇🎆🎇
Hwall menilik jam tangan. Sudah hampir setengah jam Fae pergi namun sampai sekarang gadis itu masih belum kembali.
Mana si hodoh ni? Pergi beli air ke or sibuk mengorat abang jual air tu? Hish... Perempuan ni memang nak kena dengan aku! Dah pandai nak curi tulang pulak. Ergh... Menyesal betul aku bagi muka dekat dia.
Hwall bangkit untuk mencari Fae yang tidak kembali-kembali lagi. Diteroka setiap gerai yang ada di sekitar kawasan tersebut tetapi tiada kelibat si hodohnya. Hwall semakin bengang. Tak tau mana nak cari Fae dalam kawasan yang penuh sesak itu. Ditambah lagi dengan suasana malam.
"Argh! Mana kau pergi ni, si hodoh? Bodoh betul. Memang nak cari nahas dengan aku lah budak ni... geram!" Hwall sakit hati.
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017