"HWALL! Serius ke ni?" Fae yang duduk di atas rumput di sebelah Hwall nampak kusut memikirkan denda yang perlu dilaksanakannya.
"Mestilah." Hwall bersandar di perdu pokok kayu sambil memandang Fae yang duduk memeluk lutut di sisinya. "Cepatlah buat... I want nobody nobody but you!" Mulut menuturkan lirik lagu Nobody yang dipopularkan oleh kumpulan Woder Girl.
"Tapi..." Menari tarian 'Nobody' untuk the devil... Herk... herk... herk... tak mahu... malu!
"Ah, aku tak kira. Dah tu syaratnya and kau juga yang setuju tadi. So, cepat buat sekarang!" Hwall mencapai botol air mineral dari tangan Fae lantas meneguk isinya menghilangkan dahaga.
"Malulah, Hwall." Muka Fae berkerut. Kepalanya tertunduk memandang tanah. Ekor matanya mengerling Hwall yang masih tidak mempedulikan rayuannya.
"Ala, dance depan aku pun nak malu ke. Bukannya aku kejam sangat suruh kau dance depan public pun."
Sebab kena kena menari depan kaulah aku malu, sengal!
"Tapi lagu tu..."
"Kira okey aku minta kau dance lagu Nobody. Kalau aku suruh kau menari lagu 'So Hot', kau nak?"
Pantas Fae menggeleng. Lagi cuak kalau Hwall nak dia menari lagu'So Hot'. Dasyat seksi. Aku lagi rela dance lagu Nobody yang ajet-ajet comel tu... tapi lagi seronok kalau Hwall tak paksa buat benda mengarut ni. "Errr, tak boleh ke ganti denda ni dengan denda yang lain."
Kening Hwall rapat ke tengah. Dahi berkerut geram... banyak pulak songeh budak perempuan ni.
"Boleh... aku bagi kiss nak?"
"Yucks!" jerit Fae sambil bingkas menjauhi Hwall. Jahatlah kau ni. Janganlah main-main!" Suara Fae separuh merengek ketakutan.
Hwall ketawa geli hati.
"So, apa tunggu lagi... cepatlah menari."
Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar. Selajur Hwall menekan-nekan tubuh telefonnya. Sebentar kemudian intro untuk lagu Nobody berkumandang. Kemudian telefon bimbit itu dibaringkan di atas rumput.
"I want nobody...!" Hwall menyanyi sambil tangannya membuat pergerakan tarian lagu tersebut. Beberapa kali dan setiap kali tiba di bahagian korus lagu dia akan mengangkat tangannya ke arah Fae, menghalakan kedua jari telunjuknya menuding kepada Fae... aku tak mahu sesiapa kecuali kau, si hodoh.
Hiii... geramnya aku dengan the devil ni. Betullah dia ni makhluk yang tak pernah kering dengan idea jahat nak mengenakan orang. Grrr... ngap!
"Argh!!!" Menjerit bagai nak gila the devil apabila kena serang dengan si hodoh secara mengejut.
Akibat tak tahan menahan perasaan geram dang bengangnya, Fae menggigit jari telunjuk Hwall yang sibuk tertuding-tuding ke arahnya ketika menyanyikan lagu Nobody tadi.
"Sakittt!" Hwall mengibas-ngibaskan jarinya yang masih terasa sakit... berdarah. Gila dasyat tajam gigi perempuan ni. Errr, tapi rasanya taklah kuat sangat dia gigit tadi tapi apasal bisa semacam? Sampai berdarah pula tu.
"Padan muka!" Fae nampak puas kerana berjaya mencederakan Hwall. "Erk, berdarah ke Hwall?" Matanya tertangkap luka di jari Hwall yang berdarah. Tiba-tiba rasa bersalah mengusik jiwa.
"Mana ada." Hwall cepat-cepat dia menghisap jarinya yang berdarah. Tidak mahu luka kecil itu disedari oleh Fae. Sedang dia menyembunyikan luka tersebut hatinya tertanya-tanya sendiri... luka ni bukan berpunca daripada si hodoh. Pedihnya bagai ditusuk benda tajam. Hurm, kalau tak silap, sejak aku bangun pagi tadi lagi aku dah rasa. Agaknya waktu aku tidur malam tadi aku ada tersentuh sesuatu yang tajam kot. Maybe... errr, tapi aku ni memang tidur mampus. Mana aku sedar kalau malam tadi aku mengigau pergi lukakan diri sendiri.
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017