Wendy yang kini kembali dengan imej Aimer Chu sedang berdiri di luar pintu pejabat pengetua Kim. Di hadapannya Hwall yang sedang menyarung kembali kemeja seragam yang hanya diselempangkan di bahunya tadi. Wendy merenung tajam Hwall yang berniat hendak mempergunakan aset yang dimilikinya hari ini.
"Apa jeling-jeling... tak puas hati ke." Hwall ketawa sinis. Setelah selesai menyarung kemejanya, dia membalas renungan tajam kakaknya itu. "Ke, orang nampak lagi handsome daripada semalam?"
"Tengkorak mung"
Pantas jari telunjuk Wendy menunjal dahi Hwall. "Perasan. Tapir kat zoo tu sepuluh kali ganda lagi handsome daripada kaulah."
"Hwall mencebik. "Tapir ke tak, kesah pulak orang. Yang penting sekarang kakak ambil kupon ni and cepat pergi masuk jumpa pengetua si botak pendek tu." Hwall menyerahkan sekeping kad kupon ke tapak tangan dengan Wendy sebelum menolak batang tubuh gadis itu menuju ke bilik tuan pengetua.
"Eh, cop... cop! Janganlah tolak-tolak. Tunggu kejap kakak nak cakap." Wendy merangkul dinding melawan tolakan Hwall yang mahu dia segera melunaskan tugasnya.
"Ala, lecehlah dia ni... nak menceceh apa lagi? Tak penat ke mulut? Tadikan kita dah plan baik punya dari A sampai Z. Kakak ni banyak songeh lah." Hwall merungut melihat sikap Wendy yang seakan mahu mengelak dengan rancangannya.
"Eh, budak..." Wendy bercekak pinggang dan merenung Hwall dengan garang. "Kau ni boleh tahan melampau gak kan. sebelum aku sepak-sepak muka poyo kau tu. Kau ingat aku ni anak ayam ke... or minah rempit yang tak belajar sivik tu?"
Hwall menahan tawa dengan tapak tangannya... minah rempit? Boleh tahanlah... time mula-mula kenal hari tu pun memang aku ingatkan dia ni minah rempit yang tersesat masuk dalam kolej ni. Kah kah kah...!
"Woi mangkuk kau jangan nak gelak-gelak." Wendy memukul sisi kepala Hwall, melarang pemuda itu daripada terus ketawa. "Aku tak nak ikut rancangan bodoh kau ni semata-mata nak bawa kau ke Tokyo." Wendy membangkang.
Tawa yang masih bersisa itu mati. Hwall membuang pandangan pada Wendy semula. Renungnnya yang bersifat simpati cuba memperdayakan Wendy.
"Kakak... you're the only one yang boleh tolong Hwall kali ni. Please..." pujuk Hwall.
Tapi nampak macam tak berapa nak ikhlas. Riak wajahnya jelas masih mempertahankan ego lelakinya. Biasalah... taiko mana reti nak memujuk or merayu. Lebih-lebih lagi kepada seorang perempuan.
"Asal desprate sangat hah sampai nak kena pakai cara kotor macam ni. Aku tak rela duh...my pride you know! omg aku tak rela lah Hwall. Lainlah kalau pengetua kau tu hot and muda macam Younghoon The Boyz tu aummm!" Berangan Wendy sambil membayangkan si Mihoon tu.
"Oi mak cik jual ikan, tak payah nak berangan sangat ye. Kau tu dah berkedut. And one more things, kejadah apa minat mamat gedik plus tiang tu. Acah prince je. Aku ni beribu ganda lagi hensem dari dia bonus sexy lagi. Dah-dah tak yah nak menggedik depan aku. Pergi menggedik depan pengetua Kim sana." tolak Hwall lagi.
"Sekurangnya dia tinggi, dari kau tu pendek setaraf pengetua Kim." kutuk Wendy pada Hwall. Hah siapa suruh kutuk junior kesayangan dia.
"Pergi jelah please... pengetua Kim fanatik gila dengan Aimer Chu. So ni je cara terbaik untuk tawan si miang tu. Kakak tolonglah Hwall kali ni, please..."
Wendy tetap dengan riak wajah tidak relanya. Mengerling pintu bilik pengetua... macam nampak mulut buaya yang sedang ternganga luas. Ngee... seram! Kemudian kembali membuang wajah kepada Hwall. Ngee... yang ni lagi menakutkan. Dah macam bapak ayamlah pula dia ni. Tak padan dengan usia yang jauh lebih muda daripada Wendy, tetapi sikap taikonya hampir berjaya menundukkan gadis itu.
"Pergi masuk sekarang... Aimer Chu." Kih kih kih... menyambung tawa di dalam hati. Tak boleh tahan tengok muka stress Wendy waktu ni.
"Shut up! And don't call me Aimer Chu!" Sikap nakal Hwall membuatkan Wendy tambah geram.
"Pergilah cepat. Gunakan aset berharga kakak tu demi untuk adik kesayangan kakak ni." Hwall tidak peduli dengan kebengangang Wendy. Dengan kuasa the devil, dia mengarahkan Wendy menjalankan misi mereka.
"Hwall..." Wendy merengek. Terus memujuk Hwall supaya membatalkan rancangan tersebut.
"Lupakan pasal Tokyo kalau kakak tak nak ikut arahan Hwall!" putus Hwall sebelum kakinya diatur untuk meninggalkan kawasan pejabat.
Cara terbaik untuk mendesak seseorang ialah dengan menggertak atau mengugut. Dia memang nak sangat aku ikut dia ke Tokyo kan, so dia tak ada pilihan untuk ikut rancangan aku. HAHAHA...!
"Okey, okey... aku pergi sekarang." Shit betul lah budak ni! tak memasal aku yang kena jadi mangsa orang tua miang tu..huhu. Sorry Bae. I takkan curang dengan you, Chanyeol. I buat semua ni demi Hwall.
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017