"Woi, gemuk! Kau nampak si hodoh tak? Soal Hwall sebaik menghampiri meja Minnie yang sedang berbual dengan Sowon dan Vea.
"Kau cari Fae ke? Asal cari dia? Anything happen? Sowon bersuara.
Hwall menjeling Sowon sinis."Pehal kau sibuk nak tau urusan aku? Busybody lak becok ni!"
Sowoon tarik muka bengang. Aku tanya baik-baik. Dia balas macam sampah.
"Aku tak tau lah wey. Kau kan selalu dengan dia. Asal kau tanya kat aku pulak hari ni? Jawab Minnie jujur.
Kata-kata Minnie mematikan bicara Hwall selanjutnya. Betul ke aku selalu bersama dengan si hodoh? Sejenak Hwall terfikir.
" Cer kau try cari dia dekat cafe. Kot-kot dia tengah makan ke," sampuk Vea.
Hwall membaling muka ke Vea pula.
"Kau pergi cari dia untuk aku sekarang."
"Hah? What! Aku ke?" Vea menuding jari telunjuk pada diri sendiri. Rasa menyesal gler menyampuk tadi.
"Yelah. Kau pergi cari dia sekarang. Aku nak jumpa dengan budak tu sekarang juga. Urgent! arah Hwall dengan sewenang-senangnya.
" Tapi Hwall... asal aku pulak yang kena cari dia? Vea merungut tak puas hati.
"Melainkan kau yang nak ganti tempat dia sebagai hamba aku, tak payahlah cari dia," ugut the taiko.
"Fine, aku cari sekarang juga!" tak hingin dia nak jadi hamba si setan tu selamanya. Vea segera menarik Sowon untuk menemaninya mencari Fae di cafe.
Sowon nampak tak puas hati apabila dia turut tempias sekali. Nasib baik Vea tu bff dia.
Sementara Hwall pula bergegas keluar dari kelas tersebut. Minnie sekadar melihat tingkah Hwall yang bagai bapa musang kehilangan anak ayam untuk santapan tengah harinya. Fuh! Nasib baik bukan aku yang kena cari Fae.
🍀🍀🍀
"KEVIN! Awak kat mana? Cepatlah datang selamatkan saya." Dalam linangan air mata Fae menyeru nama kekasihnya.
Di tengah-tengah puncak bangunan kolej itu dia duduk bertinggung. Wajahnya kotor berdebu. Pakaiannya penuh berconteng dengan water colour. Tangannya memegang kejap buku lali kanannya yang terseliuh. Dia menangi teresak-esak sambil terus menyebut nama Kevin.
Sedang bibirnya merayu kemunculan Kevin, tiba-tiba angin lembut menyapa wajahnya. Fae mendongak ke langit. Tercari-cari kelibat The angel.
"Kevin, awak dah muncul ke? Awak ke tu? Jawablah, sayang..."
Selajur angin yang lebih kuat dan nyaman menyapa tubuhnya. Semakin rancak linangan air mata Fae. Dia cuba berdiri dan menjejaki Kevin.
"Awak... saya tak suka tempat ni. Saya selalu kena buli even dah pindah kolej. Saya tak nak tinggal kat sini lagi. Bawalah saya bersama awak."
"Awak tak boleh lari daripada masalah, Elean." Satu suara lembut muncul menyental jantung Fae. Matanya liar menjejaki suara Kevin.
"Saya ada je kat sini. Dekat dengan awak." Suara tersebut bergema lagi. "Bertenang, Elean..."
"Awak kat mana?" Saya tak nampak awak. Muncul lah kat depan saya sekarang!" jerit Fae geram kerana tidak berjaya melihat kelibat Kevin.
"Maafkan saya. Saya tak boleh... awak mesti bertenang, Elean."
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanfictionThey same but different person. Start: 190113 End: 191017