ENAM BULAN selepas kejadian...
Hari -hari yang dilalui oleh Fae kembali normal biarpun tanpa Hwall. Dia telah kembali ke kolej asalnya di Tokyo. Ibu bapanya telah mengetahui kisah tentang Hwall akibat rasa tanggungjawab tehadap Fae, mereka mengambil keputusan utuk membawa anak tunggal mereka itu kembali menetap bersama mereka.
Hari-hari yang dilalui oleh Fae masih sama seperti dulu. Bezanya kini tiada lagi the devil atau Hwall atau Heo Hyunjoon di sisinya. Dia masih duduk di tempat yang sama seperti di Kolej Rivera dulu, di bahagian penjuru belakang kelas biarpun teman semejanya bukan lagi the devil.
"Huh..." Fae melepaskan keluhan. Tumpuannya terhadap pelajaran semakin susut. Dia berhenti menulis notanya. Pen di tangan dilepaskan. Buku nota ditolak jauh ke penjuru meja.
Dia rasa penat. Sangat penat kerana sentiasa berpura-pura selama ini. Dia cuba melupakan lelaki itu namun semakin dia cuba semakin bayangan Hwall menghantui hidupnya.
Dia berpura-pura gembira di hadapan keluarga agar ibu bapanya percaya yang dia boleh menghadapi kehilangan Hwall dengan tabah. Dia berpura-pura ceria di hadapan teman-teman barunya. Dia berpura-pura melupakan Hwall sehingga akhirnya dia berasa penat.
Air mata... jika dapat mengubat kedukaan ini, adakah dia sanggup menjadi penawar hatiku yang rawan saat ini? Aku sudah penat untuk berpura-pura kerana aku gagal membuang segala memori tentangnya.
Walaupun dia buat-buat biasa dan menganggap Hwall bukan siapa-siap dalam hatinya, namun perasaan itu sungguh tidak boleh menipu. Dia merinduimu, Hwall.
Air mata yang hampir menitis diseka daripada jatuh. Fae menundukkan wajah lalu kembali mencapai pen dan buku untuk menulis nota pelajaran sementara menunggu ketibaan guru yang mengajar.
Suasana kelas yang semakin bising dan kecoh macam pasar ikan tidak dihiraukannya. Entah gosip hangat apa yang mereka bincangkan di awal pagi begitu. Fae tidak mahu ambil tahu dengan keadaan sekeliling. Biarkan saja suasana begitu berterusan. Biarkan saja sepi itu menguasai dirinya seorang.
"Faemiko Eleanor Moshige!" Satu suara garau muncul melaung nama penuh Fae.
Fae masih dalam dunianya sendiri. Tidak menghiraukan orang sekeliling biarpun si pemanggil mengulang dua kali memanggil namanya.
Pap!
"Woi, si hodoh, kau pekak ke tak dengar aku panggil dari tadi?" si pemanggil itu menampar kasar kepala Fae sebaik mendekati gadis tersebut.
"Si hodoh?" ulang Fae lirih sambil meraba kepalanya yang sakit diketuk oleh sesorang . Siapa selain Hwall yang berani memanggilnya dengan nama yang sebegitu teruk? Tapi the devil mana pernah ingat nama penuh aku. Dia selalu lupa sebab nama aku panjang sangat. Lagipun tak mungkin Hwall ada kat sini. Bukan ke dia dah...
Fae tidak berfikir panjang lagi untuk memalingkan kepalanya. Oh tuhan... mata ini tidak berbohong, bukan?
Fae lantas bangkit dari duduknya. Berdiri menghadap seseorang yang tidak disangka-sangka akan kemunculannya.
"Kenapa tak menyahut bila aku panggil?" Kau ni makin naik lemak lepas beberapa bulan tak jumpa dengan aku." Hwall mula membebel. Dia sangat geram dengan cara Fae menyambut kehadirannya sebagai pelajar baru di Kolej Meiji.
Rakan-rakan kelas yang berada di sekitar tertumpu pada Hwall, si pelajar baru yang agak berani pada hari pertamanya. Amat jarang ada pelajar baru seperti Hwall yang dengan selamba masuk ke dalam kelas dan terus menyapa orang dengan begitu 'sopan' sekali.
Beberapa pelajar perempuan tersenyum-senyum sesama sendiri. Mungkin ada yang tertarik denga sikap Hwall yang nampak cool pada pandangan mereka.
"Kau ni memang teruk. Dahlah kau tinggalkan aku. Lepas tu langsung tak melawat aku kat hospital... bla... bla... bla... kau macam bagus. Bla... bla..." Membebel, membebel dan membebel sampai Fae langsung tak dapt menangkap apa yang Hwall sampaikan sebenarnya. "Aku macam nak gila sebab hamba aku hilangkan diri... bala... bla... bla... lagi bla... Apasal kau nak larikan diri daripada aku? Takkan kau dah tak tahan dengan seksaan aku? Kau juga yang kata nak berubah, takkan baru kena seksa sikit dah angkat bendera putih, nak give up. Kau kena faham, aku buat semua tu demi kebaikan kau sebab aku..."
YOU ARE READING
[C] Angel Devil Beside you |Kevhwall|
FanficThey same but different person. Start: 190113 End: 191017