3

231 16 3
                                    

Kapal tangki minyak Crude Zhangshan yang didaftarkan di Shanghai sedang menyusuri kawasan medan minyak Dulang. Kapal tersebut selesai memenuhkan muatan minyak mentah yang dimuatkan dari FPSO Puteri Dulang.

Dalam suasana kacau bilau di medan minyak Seligi yang tidak jauh dari Dulang, beberapa buah kapal tangki minyak yang berada di terminal marin berhampiran seperti di FPSO Berantai, FPSO Cendor, FSO Abu, FSO Bunga Kertas dan FSO Sepat yang berada dalam gugusan medan minyak perairan Terengganu diarahkan berlepas dengan muatan kargo masing-masing.

Perairan Terengganu yang kaya dengan hasil minyak mentah tidak mengharapkan saluran paip untuk menghantar minyak ke pelabuhan pesisir tetapi menggunakan FPSO (Floating Production Storage and Offloading) dan FSO (Floating Storage and Offloading) yang merupakan kapal tangki minyak yang telah diubahsuai sebagai pelantar bagi memproses dan menyimpan minyak mentah.

Jujukan FPSO dan FSO ini ditempatkan berhampiran pelantar minyak tradisional dan mengendalikan kerja-kerja penghasilan dan penyimpanan minyak mentah. Kapal tangki eksport tidak perlu lagi berlabuh di pelabuhan untuk memuatkan komoditi sebaliknya akan ditambat dilaut dengan bantuan kapal sokongan luar pantai.

Crude Zhangshan adalah antara salah satu kapal tangki eksport yang singgah di FPSO untuk tujuan ini.

Pegawai awasan geladak bersama juragan baru sahaja selesai mengambil alih tugas pengawasan selepas tengah malam dianjungan dari rakan sekapal. Mereka ada empat jam lagi sebelum pertukaran syif seterusnya. Kebiasaan jam pengawasan diatas kapal-kapal kargo adalah empat jam dan dibahagikan kepada tiga syif utama yakni dari jam 0800-1200/2000-2400, jam 1200-1600/0001-0400 dan jam 1600-2000/0400-0800.

Keadaan cuaca tenang dengan awan setompok dua dilangit yang diterangi julangan cahaya yang sehingga kini masih menjadi misteri dan menarik perhatian masyarakat global. Desiran ombak yang dikuak oleh lambung kapal berserta angin sepoi-sepoi bahasa amat menenangkan. Tetapi ketenangan itu sedikit terganggu dek beberapa letupan yang meledak di medan minyak Seligi.

Didalam anjungan, keadaan gelap gelita dengan hanya sedikit sinaran malap lampu dari panel alatan navigasi serta paparan radar yang menjadi mata utama pegawai awasan sebagai cara panduarah. Tiada apa yang menganggu perlayaran Crude Zhangshan pada malam ini. Kelibat bot nelayan juga tidak kelihatan apatah lagi kapal kargo lain. Keadaan seakan terlalu tenang.

Si juragan berbangsa Cina yang berasal dari wilayah Hebei mula mencucuh rokok untuk menghilangkan kebosanan manakala pegawainya sedang sibuk diruang carta untuk mematukkan kedudukan latitud dan longitud kapal agar tetap pada haluan yang direncanakan. Beberapa orang anak kapal berada diluar anjungan, masing-masing dengan binokular meneropong kearah medan minyak Seligi yang sedang terbakar dan meletup. Mereka saling bercakap-cakap, cuba menafsirkan kejadian yang berlaku didepan mereka.

Semuanya dalam keadaan aman sehinggalah kapal mereka dirasakan seperti dilanggar oleh sesuatu. Gegarannya bukan sebarang. Si juragan hampir saja terjatuh manakala si pegawai awasan bingkas berlari kedepan ingin melihat apa yang terjadi. Didalam hatinya dia berdoa kepada apa saja tuhan yang ada agar kapalnya tidak melanggar bot ikan atau kapal lain.

Sepantas gegaran yang berlaku, sepantas itulah si nakhoda naik ke anjungan mahu tahu apa yang terjadi. Pegawainya mengatakan keadaan trafik perkapalan lengang dan dia tidak mengesan satu sasaran pun pada radarnya.

Si nakhoda tidak cukup yakin lalu berjalan menuju kearah ruang carta. Dia meneliti kalau-kalau kapalnya hanyut ke perairan cetek sekitar medan minyak yang akan mereka lalui tetapi kedudukan kapal tepat dan tidak pun menyimpang.

Si juragan pula membuka lampu limpah lalu menyuluh dikiri dan kanan kapal kalau-kalau ada bot nelayan.

Dalam mereka semua sibuk mencari jawapan, sekali lagi satu gegaran kuat menyelubungi seluruh kapal tangki bersaiz 250 000 tan itu. Kali ini gegarannya lebih kuat dan lebih kasar seakan ada sesuatu yang menghentam bahagian lambung kapal tersebut.

MALAPETAKAWhere stories live. Discover now