19

160 12 0
                                    

Helikopter berbilah kembar CH-47F yang dinaiki Natasha mendarat di stesen pemancar Telekom yang terletak tak jauh dari hutan lumut yang menjadi tempat tarikan kalangan pendaki dan penjejak trek hutan dikawasan Tanah Tinggi Cameron.

Mereka semua turun dari helikopter dan sebaik menjejak tanah, helikopter tersebut mematikan jenteranya. Doktor Fadhlan meninjau kawasan sekeliling bersama Hud dan Soleh sementara Noh mengiringi Natasha.

"Apa yang kita cari Prof?" Ujar Noh.

Natasha memerhati kawasan sekeliling. Kawasan hutan gunung Brinchang ini masih belum terusik. Lumut hijau hidup subur pada dahan dan batang pepohonan hutan gunung. Kalau bukan kerana kawasan hutan ini digazetkan sebagai hutan simpan, pastinya ia akan ditarah habis oleh pengusaha ladang dari Tanah Tinggi Cameron yang saban tahun tak pernah lekang membuat onar pada alam.

Natasha seperti Doktor Fadhlan juga masih belum tahu apa yang dicarinya. Gedembai Sapurba hanya menyebut Brinchang secara umum, tidak menyebut dengan jelas dimana letaknya Rimba Seru yang sebenar-benarnya. Tak mungkin tempat bersemayam raja wangsa Bunian terletak ditengah pekan Brinchang jadi, tapak menara pencawang telekomunikasi inilah tempat terbaik yang ada.

Kemudian tak semena-mena Doktor Fadhlan menjerit, menyatakan dia menemukan sesuatu.

Tangannya melambai-lambai memanggil Natasha dan yang lain-lain kearahnya.

"Kamu semua ni buat apa disini? Kamu tentera ke?," Ujar seorang lelaki berpakaian kemeja warna hijau berseluar kargo. Lelaki lewat lima puluhan itu tidak bersendirian. Dia bersama dua lagi pemuda yang lengkap bersenjata senapang patah.

"Saya Professor Natasha. Saya bukan tentera. Itu Doktor Fadhlan dan dia pun bukan tentera. Yang lain-lain ni ya." balas Natasha. Noh, Hud dan Soleh mengangkat tangan tanda setuju dengan kata-kata Natasha sementara Leftenan Kamarul sibuk dengan telefon satelitnya. Dua juruterbang helikopter dibelakang mereka juga mengikut perlakuan Noh, Hud dan Soleh.

"Itulah, saya tengok helikopter kamu tu helikopter TUDM. Saya Samad. Panggil saja Pak Samad. Ini Rashid. Kami renjer hutan dari Jabatan Perhilitan." sambil lelaki itu menghulur tangan untuk berjabat salam.

"Kami nak ke Gunung Brinchang. Boleh encik tunjukkan jalan?". Natasha melontarkan soalan. Pak Samad dan Rashid memandang antara satu sama lain dengan wajah hairan. Rashid menggelengkan kepala seolah faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Samad walaupun kedua mereka tidak berkata sepatah pun.

"Dah nak lewat petang. Masuk hutan lewat-lewat ni tak baik. Susah nak nampak jalan. Tak selamat." Pak Samad menerangkan.

"Kami ada night vision goggles." Sampuk Noh dari belakang sambil menggoyangkan alat pandang malam ditangannya.

"Penting untuk kami ke sana sekarang jugak Pak Samad. Kami datang atas urusan kerajaan. Lewat petang ke, malam ke ikut macam mana sekalipun kami kena panjat Gunung Brinchang." ujar Natasha lagi.

Pak Samad menggelengkan kepala. "Gunung tu bukan tempat kita, lagi-lagi waktu malam. Siang rembang takpalah nak pergi tapi ni dah lewat. Tak lama nak senja. Cari pasal namanya tu." 

Natasha dan Doktor Fadhlan saling berpandangan. "Kalau macam tu biar kami pergi sendiri. Pak Samad tunjukkan jalan masuk je. Selebihnya kami usahakan sendiri." Jelas pada raut wajah Pak Samad dan Rashid mereka berdua agak keberatan untuk biarkan mereka pergi tanpa jurupandu. Rashid mengangkat kepala kepada Pak Samad yang kemudian hanya mengangguk.

"Kalau macam tu takpalah, kami ikut kamu dan tunjuk jalan. Tapi saya nak pesan, jangan cakap yang bukan-bukan. Diam saja. Nampak apapun jangan tegur. Brinchang ni keras tempatnya. Ramai budak panjat gunung sesat tak jumpa jalan balik. Buat benda pelik-pelik atas sana. Buat maksiat tak kena tempat. Tuan tanahnya marah." terang Pak Samad panjang lebar.

MALAPETAKAWhere stories live. Discover now