17

103 10 2
                                    

Gegaran akibat letupan tiga peranti nuklear di Kuantan turut dirasai oleh kalangan penduduk Orang Asli jauh di hulu Sungai Tembeling.

Doktor Fadhlan yang sedang meneliti video yang diambil oleh Hud tersentak dek gegaran tersebut. Leftenan Kamarul pula dengan pantas mencapai set telefon satelit dan cuba menghubungi markas untuk mendapatkan maklumat.

Doktor Fadhlan menggelengkan kepala. Dia tahu Kolonel Zafran telah melaksanakan opsyen nuklear yang disebut-sebut sejak 3 hari lepas. Mereka semua terlambat dan Natasha masih belum ditemui. Siapapun tidak mengetahui apa nasib gadis itu. Sela masa 24 jam yang diberikan kepada mereka telah tamat.

Sementara itu, Noh dan Soleh mengikut Kemar dan kumpulannya untuk sekali lagi mencari Professor Natasha sejak awal pagi. Petang sebelumnya, Tok Jagah menyiapkan sedikit bekal untuk diberi kepada penunggu hutan agar mereka semua tidak diganggu. Tok Jagah tahu tempat yang mereka sebut itu ada semangat hutan. Kena caranya semangat itu akan bantu tapi kalau salah cara mereka akan sesat barat sampai sudah.

Leftenan Kamarul berlari semula ke anjung rumah Tok Jagah dengan wajah runsing.

"Seri Gumum sudah diperangkap. Tapi Seri Khambuja pulak sedang bergerak menuju jauh ke pedalaman Terengganu." ujarnya.

"Orang-orang di Cheneh dengan Bandar Al Muktafi semua dah pakat pindah. Jalan Jabor-Al Muktafi Billah dah tutup. Askar pindah mereka ikut jalan Bukit Sagu."

Doktor Fadhlan tak lalu melihat kesan kemusnahan yang berlaku pada Kuantan. Kawah besar selebar 3km jelas kelihatan dari pad yang dipegang Kamarul. Debu dan asap masih lagi berkepul-kepul. Ledakan akibat tembakan artileri roket masih jelas kelihatan.

"Saya ingatkan mereka nak letupkan Kuantan macam Hiroshima tapi rupanya Kolonel Zafran buat kawah besar. Patutlah mereka gali terowong pakai TBM." Ujar Hud.

Leftenan Kamarul menunjukkan paparan satelit dari padnya. Doktor Fadhlan dan Hud hanya menggelengkan kepala melihat kemusnahan menyeluruh bandar pantai timur itu.

Kemudian Kamarul mengalihkan paparan kepada Seri Khambuja.

Tempat yang dilalui Seri Khambuja habis musnah. Tak ada pokok yang hidup. Tak ada rumah yang hancur. Tak ada bukit yang tak diratakan. Tanah pamah habis dikumbar. Sungai habis kering dibakar. Naga itu meninggalkan kesan malapetaka dimana saja ia bergerak.

"Kalau tengok dari cara dia bergerak, macam menuju Banjaran Titiwangsa." Doktor Fadhlan menaakul. Raut wajahnya kemudian berubah.

"Takkan naga tu nak datang sini?"

Kamarul, Hud dan Tok Jagah saling berpandangan.

"Mungkin si naga dah tahu dimana tempat makara pasungan ditempa dan dibuat. Mungkin, Seri Khambuja mahu hapuskan dulu asal-usul pasungan itu. Mungkin disini, mungkin dimana-mana saja di sepanjang Banjaran Titiwangsa." Doktor Fadhlan menyambung.

"Atau naga tu nak lintas banjaran dan nak ke ibu kota utama pantai barat, siapa tahu?" Kamarul membidas. Dia kemudian berlalu pergi kerana ada panggilan dari telefon satelit.

"Sekarang ni naga tu nak kemana pun, kita kena cari Natasha dulu." Gumam Hud. Doktor Fadhlan mengangguk setuju.

---------------------

Noh dan Soleh menyelusuri denai belukar yang sama mereka lalui semalam. Kemar berada dihadapan bersama anak buahnya. Mereka melangkah dengan penuh tertib, tak mahu mengejutkan entah apa yang ada dalam hutan, mungkin Pak Belang, mungkin ada Orang Kuat berdekatan atau penunggu hutan yang kalangan Orang Asli panggil Hantu Sebu'uk.

Hantu itu yang dilihat oleh Kemar sebelum ini. Mengikut cerita lisan kalangan Orang Asli, Sebu'uk ini dulu keturuan Orang Asli seperti mereka. Dia memburu kancil bunting dihutan untuk memenuhi kehendak isterinya yang mengidam dan sarat mengandung.

MALAPETAKAWhere stories live. Discover now