Leftenan Faruq menekan pendikit tujahan enjin pesawatnya seraya pesawat F-35C yang dipandunya terbang menegak seperti sebuah helikopter, meninggalkan geladak kapal sebelum enjin jet yang menujah kebawah mulai mengubah arah hasil pergerakan menkanikal yang kompleks lalu ia menghala kebelakang dan mendorong pesawat tempur tersebut kehadapan meninggalkan KD Raja Jarom.
Pesawat tempur generasi kelima tersebut unik kerana mampu berlepas dan mendarat secara VTOL - vertical take off and landing, sesuai untuk digunakan diatas kapal pengangkut bersaiz sederhana seperti KD Raja Jarom.
Pusat kawalan udara KD Raja Jarom mengusulkan agar skuadronnya bergerak ke titik menunggu dan menyertai No.3 dan No.6 Skuadron yang juga berada disana menantikan arahan selanjutnya.
Dari kokpit, Leftenan Faruq dapat melihat kesan kemusnahan yang mulai ketara menyelubungi perairan Terengganu setelah mentari mulai muncul diufuk timur. Asap hitam yang pekat dan tebal berkepul-kepul keudara akibat pembakaran minyak mentah yang keluar dari sumur pelantar minyak yang musnah. Permukaan laut pula dipenuhi tompokan minyak, pekat dan likat serta berwarna hitam dan perang. Api masih lagi membakar dan menjulang tinggi dibeberapa kawasan pelantar yang menghasilkan gas asli, juga menghasilkan asap tebal dan menyelubungi ruang udara. Matahari pagi itu terlindung dan warnanya malap serta menggerunkan, seakan didalam filem pasca apokaliptik yang biasa dimainkan di pawagam.
Kelibat Seri Khambuja samar-samar, terlindung dibalik kepulan asap tebal dan ia masih lagi mengganas - memusnahkan beberapa buah lagi pelantar minyak dan kapal tangki yang tidak sempat meninggalkan medan minyak. Sesekali ia mengeluarkan api sakti dari mulutnya, memusnahkan apa sahaja yang ada didalam laluan makhluk tersebut.
Namun tumpuan pasukan keselamatan bukan lagi dihalakan kearah Seri Khambuja tetapi pada julangan cahaya yang kini menyerlahkan satu lagi sosok makhluk yang kelihatan lebih purba dan lebih ganas dari Seri Khambuja. Ia bergerak perlahan menyusur permukaan laut sambil sebahagian tubuh yang lain terpacul keluar menjulang tinggi.
Seri Gumum.
Itulah nama yang disebut oleh operator komunikasi dari pesawat amaran awal udara yang ditugaskan untuk mengendali pergerakan semua skuadron pesawat tempur yang terlibat. Faruq hanya mengiyakan. Dia yakin gelaran tersebut datang dari Natasha. Mungkin dialah yang memberitahu kalangan pegawai KD Raja Jarom dan kemudian disebarkan kepada semua unit tentera yang ada disekitar.Setakat ini Seri Gumum masih belum bertindak, tidak seperti Seri Khambuja yang mengganas dan menggila sejak ia muncul dari julangan cahaya tersebut. Ia seakan tenang, lebih senyap dan tidak diketahui samada ia mampu berkata-kata seperti Seri Khambuja walaupun rupanya lebih garang dan menakutkan.
"Garang, Sagat dan Ganas. Heads up. Kita terima arahan untuk engage sasaran baharu designasi Seri Gumum, pada vektor 075. Ubah galas haluan pada arah 122T dan siap sedia untuk jujukan serangan stand off. AGM dan SSM hot."
Faruq masih lagi tidak melepaskan pandangannya pada Seri Gumum dan seraya radio kembali bersuara.
"Semua unit mulakan jujukan serangan stand off. Sasarkan semua persenjataan pada sasaran kedua. Mulakan serangan sekarang."
Operator komunikasi dari pesawat amaran awal menyampaikan arahan.
Semua pesawat tempur yang ada mulai mengambil kedudukan serangan, membidik kearah sasaran dengan bantuan penderia elektroptronik dan radar yang dilengkapi pada pesawat. Faruq menghalakan muncung pesawat kearah Seri Gumum. Jarak antara makhluk durjana tersebut dengan pesawatnya cukup jauh dan tidak mungkin makhluk tersebut menyedari tindakan agresif pesawat angkatan udara.
"Memulakan bidikan kearah sasaran. Radar locked. Harpoon and AGM is hot. Range to target 80. Laser designator is online, INS all green."
Komputer sistem kombat pesawat Faruq dengan pantas mengira halaju angin, ralat pada kitaran koriolis, jumlah bahan api dan kekuatan isyarat satelit GPS yang akan memberi pedoman kepada peluru berpandu. Data dari pesawat amaran awal juga diproses dan disimasukkan dalam kekotak memori peluru berpandu pada kadar milisaat.
Faruq menekan punat merah pada tuil kawalan, lantas ia menghantar isyarat elektrik dari kokpit ke sayap yang menempatkan pilon senjata. Sesaat Faruq menekan punat tersebut, dua peluru berpandu anti kapal Harpoon meluncur pantas dari sayap pesawat menuju kearah Seri Gumum.
YOU ARE READING
MALAPETAKA
Historical FictionNegara dikejutkan dengan penemuan julangan cahaya ditengah-tengah Laut China Selatan. Pelantar minyak musnah dan meletup ditengah laut. Kapal kargo tiba-tiba hilang, kemudian ditemui dalam keadaan yang mengerikan. Bandar pesisir pantai timur semenan...