15.

133 13 3
                                    

OPERASI KOTA ALPHA adalah nama yang diberikan oleh Putrajaya untuk menewaskan Seri Gumum dengan menggunakan tiga peledak nuklear yang akan ditempatkan di tiga lokasi titik lemah sekitar Kuantan.

Ledakan dari peranti tersebut akan menghasilkan satu gempa besar yang akan meruntuhkan struktur tanah dan menenggelamkan Kuantan sedalam satu kilometer dibawah aras laut.

Peranti tersebut, yang diterbangkan dari Pakistan akan mewujudkan rantaian tanah runtuh dan gempa besar untuk memerangkap Seri Gumum. Selama empat puluh lapan jam, tiga kompleks terowong sedalam 1 kilometer telah ditebuk menggunakan TBM, salah satu darinya menggunakan syaf lombong peninggalan era kolonial sedia ada yang menganjur ke pesisiran pantai.

Kini kerja penggerudian telah selesai.

Kolonel Zafran sejak tiga hari lepas tidak sempat melelapkan mata. Dia memantau semua kerja kejuruteraan dan persiapan untuk hari ini. Dia mengharapkan berita baik dari Natasha tapi hampa. Jelas dia tiada jalan lain. Putrajaya juga sudah nekad.

Persiapan paling akhir adalah kerja menempatkan ratusan tempuling tungsten yang dipasangkan pada puluhan gulungan wayar keluli sebagai perangkap yang akan menghalang Seri Gumum dari terbang.

Win yang asalnya diguna untuk menunda dan menambat kapal-kapal kargo bersaiz mega telah diubahsuai sebagai pasak yang akan menghalang Seri Gumum dari terbang.
Gulungan wayar keluli ini tersimpan dalam win hidraulik yang saiznya cukup besar dan cukup berkuasa untuk menambat kapal tangki bersaiz Aframax.

Puluhan buah kapal sokongan pelantar minyak juga digunakan untuk tugas pasak naga purba itu dari laut.

Kapal-kapal OSV yang digunakan mempunyai daya tarikan sehingga 12,000 ke 18,000 bhp setiap satu. Sebuah kapal sudah berkuasa untuk menunda tarik rig penggerudi minyak bersaiz 20 000 tan, apa lagi jika berpuluh digunakan serentak. Pastinya, mengikut rencana Kolonel Zafran, Seri Gumum akan terpasung.

Didarat, konsep sama digunakan tetapi win hidraulik dipasakkan diatas tanah dengan pasak konkrit dan keluli yang ditanam sejauh 100 meter. Tempuling tungsten yang disambungkan pada wayar akan dilancarkan dengan railgun elektromagnetik.

Setiap dari seksyen pelancar tempuling pula dilindungi dengan tembok konkrit yang sekurang-kurangnya dapat menahan ledakan nuklear yang akan tercetus nanti.

Tiga puluh minit sebelum zero hour.

Semua pasukan kejuruteraan awam yang terlibat dengan kerja penggerudian mulai berundur. Kenderaan tentera dan jentera berat mulai bergerak meninggalkan zon ledakan untuk berlindung. Hanya petugas khusus yang mengendalikan persiapan akhir peledak nuklear sahaja yang tinggal, kalangan mereka terdiri dari saintis tentera.

Puluhan helikopter pengangkut berulang alik membawa pekerja keluar ke tempat selamat.

Ujian akhir keatas pelancar tempuling tungsten berjalan lancar. Semua pelancar dikawal secara jarak jauh. Win hidraulik juga diuji kawalannya dan sedia untuk beraksi.

Sementara itu, dron MQ-9 milik TUDM terus memantau kawasan bandar Kuantan dari udara. Masih tiada apa-apa pergerakan. Seri Gumum seakan-akan sedang dorman. Ia tidak berganjak dari bawah timbunan puing yang menimbusnya. Cuma suhu kawasan sekeliling sahaja yang semakin meningkat sehingga 50 000  darjah Celsius.

Jauh di garisan belakang, rejimen armor dan rejimen artileri sibuk menetapkan semula kedudukan mereka. Sebaik ledakan nanti, mereka semua harus bersedia untuk melancarkan serangan bertubi-tubi keatas Seri Gumum jika ia cuba untuk keluar melepaskan diri.

Lima belas minit sebelum zero hour.

Petugas yang mengendalikan peledak nuklear mula berundur keluar dari terowong. Pintu masuk terowong ditutup rapat dengan pintu gadang yang diperbuat dari lapisan plumbum dan konkrit. Ketiga-tiga lokasi peledak dikosongkan serta merta. Siren amaran berkumandang diseluruh pinggiran bandar Kuantan menandakan fasa terakhir pengunduran sebelum ledakan.

MALAPETAKAWhere stories live. Discover now