"Mak dan ayah jaga diri elok-elok masa kakak tak ada ni" kata aku
"ye sayang kamu pun kena jaga diri elok-elok" kata mak aku pula yang bernama Nur Azzarah
"Dah-dah lah tu nanti lambat pula nak sampai sana bukannya dekat jauh tu" kata pak ngah aku yang bernama muhammad Khairul
"Ah lagi satu mak jangan lupa solat ye"
"Insya Allah nanti kalau dah sampai sana telefon mak tau" aku angguk ,aku salam tangan dan cium pipi mak dan ayah aku ,nama ayah aku pula Muhammad Faris
"Bye mak ayah!!" aku lambai tangan kepadanya mereka balas balik berat hati nak tinggal kan mereka dari kecil sampai besar aku dengan mereka tak pernah berpisah sekarang berpisah juga tengok muka mak nampak tenang tapi air mata mak ditahan sama juga ayah ,aku juga tahan daripada keluar
Dah 3 jam perjalanan tak sampai juga
"Pak ngah jauh lagi ke?" tanya aku
"Lagi sikit je dah sampai" katanya ,ayat yang sama je aku dengar ,aku pandang tingkap kereta jauh betul aku belajar di Johor Bahru ,selepas ambil keputusan SPM terus aku nak belajar Alhamdulillah keputusan yeng cemerlang tapi belajar agama islam aku nak belajar lebih dalam lagi tak tahu kenapa aku rasa dapat Hidayah dari Allah... Insya allah
"Ah ok dah sampai" kata pak ngah
Aku pun tengok tingkap, besar juga tempat ni tapi ni bukan asrama k ni tempat madrasah orang yang belajar agama je"ni barang-barang nya pak ngah tak boleh lama sampai sini je pak ngah hantar, kamu bolehkan masuk sendiri"
"tak apa lah pak ngah sampai sini pun dah cukup terima kasih banyak-banyak sebab dah hantar Siti"
"Sama-sama pak ngah pergi dulu" pak ngah pun berlalu pergi oh ye nama aku Siti Nur Sarah orang panggil aku Siti berdirinya aku di depan pagar mulakan dengan bismillah
Tapi aku nak pergi mana ye ,Ah ada orang lalu
"Asalamualaikum tumpang tanya boleh?" tanya aku
"Waalaikumusalam boleh"
"Kat mana pejabat ya" aku pun tak tahu apa aku cakap
"ouh..Awak orang baru kan" katanya
"Errr ha ye" kata aku
"Kenalkan nama Saya Nur Aisyah umur kita sama" ingat lebih tua dari aku kat sini boleh belajar umur 12 hingga 21 nak lebih lagi pun boleh
"panggil je saya Siti ,macam mana awak tahu?" tanya aku
"Kat sini semua dah tahu pasal awak" katanya Aik pelik aku
"jom saya bawa awak, saya tolong angkat barang awak"
"terima kasih...tak susah kan ke?"
"Tak lah...jom lah!" aku pun ikuti di belakang dia
"Ni lah pejabatnya ,nampak sunyi agaknya semua tengah mengajar" katanya
"Asalamualaikum Ustazah ini orang baru tu dia datang " kata Aisyah lagi Alang-alang ada yang lalu
" Waalaikumusalam, oh... selamat datang Siti harap kamu selesa,Aisyah kenapa kamu tak bawa dia pergi bilik saja" aku senyum saja
"Ni saya pergi dulu ye Ustazah" Ustazah tadi angguk dan terus pergi
"Lupa nak cakap kat awak kat bilik saya tu ada katil kosong kat situ lah awak duduk"
"Lah yeke? patut lah awak kenal saya sebab saya lah yang duduk kat situ" aku senyum dia ketawa kecil
"jom lah" aku ikut lagi dari belakang
"Sini lah selamat datang!!" kata sambil buka pintu bilik aku masuk ada 4 katil rupanya dua tu mesti ada orang
"Ni katil awak" boleh tahan besar juga bilik ni siap dah ada almari meja dan kerusi belajar seorang satu
"terima kasih eh lupa" aku keluar kan telefon aku ,aku tekan
Tut..Tut..
"asalamualaikum""waalaikumusalam mak kakak dah sampai ni.." kata aku
"alhamdulilah macam mana ok tak?"
"ok sangat mak dah jumpa kawan dah nama dia Aisyah"
"Bagus lah kalau macam tu.. jaga diri ya dekat sana"
"Baiklah mak....kakak pergi dulu ya Asalamualaikum.."
"waalaikumusalam"
"awak telefon mak awak eh"
"Haah mak saya dah pesan kalau dah sampai telefon"
"ouh..Awak boleh je main telefon tapi tak boleh selalu" aku ok kan saja
"yang lain mana?" tanya aku
"diorang ada kelas tu saya pun ada kelas ni awak mula esok sekarang awak kemaslah apa yang patut lepastu mandi baik mandi cepat nanti susah dah ramai orang kita solat magrib dekat masjid" kat sini memang dah ada masjid
"ada satu bilik air je ke?" aku ketawa kecil
"Hahaha banyak juga lah tapi kan ambil waktu" aku angguk
"saya pergi dulu k"
"Ok"
Sekarang kami bergerak ke masjid jangan cakap ramai betul orang kat sini ada tempat perempuan dan lelaki asing-asing kalau dah ada kat masjid campur jangan cakap lebih ramai lagi alhamdulilah suka aku tengok kenapa semua pandang aku pelik
"Aisyah kenapa semua orang pandang saya?" tanya aku
"Awak kan orang baru semua dah tahu pasal awak dan kalangan kita ni awak lah yang paling cantik putih"
"ouh..Eh awak ni melebih pula saya tak cantik lah semuanya cantik"
"betul lah lagipun yang pandang mesti cemburu hahaha" katanya sambil ketawa
"dah kita diam dah ada yang nak azan tu" katanya mana tahu ada yang nak azan oh..Sebab semua senyap, dia yang ketawa aku pula juga suruh diam
"ALLAHUAKBAR....ALLAHUAKBAR.."
aku terkejut sangat Subnallah merdunya suara dia tapi aku tak boleh nampak dia sebab kami dihalang dengan kain ,astagfirullah alazim aku beristigfar ,tapi siapa eh dia?Bersambung...
YOU ARE READING
Aku Mencintaimu Kerana Allah
RomanceSiti ialah murid baru di madrasah dia bertemu sahabat baru di madrasah iaitu Aisyah,Kak Najah dan Kak Nurul. Siti jatuh hati pada Azmi, Azmi terkenal dengan penyanyi sholawat di madrasah nya dan suaranya yang merdu sampai lah Siti terpilih menjadi p...