"Mmm.. Nak pinjam gunting boleh?"
Bella menongkat dagunya dengan tangan di kaunter menyambut tetamu sambil menanti tindakbalas daripada seorang pekerja lelaki Resort Bora. Kamarul yang kebetulan baru selesai berbual bersama Zhafran di tepi kolam, berjalan melintasi Bella.
"Eh, Bella.. Watpa kat sini? You ada masalah dengan bilik you ke?"
Bella menoleh ke arah suara di belakangnya. 'Oh.. Kamarul'
"Mmmm.. Actually I ada nak pinjam something.. Itu yang i mintak tolong pekerja you nie.. " balas Bella sambil matanya melirik ke arah salah seorang gadis manis receptionist. Dahi Kamarul berkerut.
"Pinjam menda apa malam-malam gini? Dah dekat pukul 10 malam dah Bella. Tak boleh ke esok jer?" soal Kamarul lagi kehairanan.
"Ehhhhhh.... Tak boleh! Memang tak boleh... I mesti settlekan malamnie jugak!" jawab Bella bersungguh-sungguh dan bersemangat.
'Wooo... Tak boleh ditunda lagi! ' Bella berbisik dalam hati.
"Mmm.. Kalau gitu.. Apa benda yang you nak? Kot-kot i boleh bantu you ker.." Kamarul menawarkan pertolongan.
"Mmmm.. Rumit sikit.. Tapi.. I yakin you boleh bantu I.. Gini... " Bella menghampiri Kamarul dan mendekatkan mulutnya ke telinga lelaki tampan itu.
Tak tercapai pula hajat bisikan si Bella disebabkan dirinya yang ketot aka pendek berbanding Kamarul, terpaksa jejaka itu merendahkan badannya sedikit.
"Sok.. Sek..Aaa... Sok.. Sek..Aaa.. Sok.. Sek.. " bisikan Bella kedengaran halus disulami dengan reaksi dahi berkerut Kamarul.
"Ishhh, you gila ke apa!!" Kamarul berundur sedikit ke belakang. Kata-kata yang terngiang di halwa telinganya itu, benar-benar membuat dia meriding.
Bella mengeluh.
"No worries.. I tahu la apa yang I buat ok.. You jangan risau laa.. " Bella cuba meyakinkan Kamarul yang masih kelihatan gusar.
"I don't think so laa Zhaf akan bertoleransi dengan you after this, Bella.. " tegas Kamarul. Dia agak risau dengan Bella dan Kamarul. Paling tragis, kerja gila yang ingin dilakukan oleh Bella.
Bella membalas dengan senyum sinis.
"I tak kesah.. I just nak dia rasa balik.. Apa yang I rasa.. " Bella berpeluk tubuh. Terasa angin malam mula menyucuk tubuh montoknya. Sejuk sangat.
"Mmm.. If you say so.. Barang yang you nak, nanti pekerja I bawakan.. You tunggu la dulu kat sofa tue.. " Malas bertekak atau berceramah kepada Bella, akhirnya Kamarul mengalah. Bella tersenyum gembira. 'Yess!! Muehehehe!'
Selang 15 minit...
"Ini barang yang you nak. Mujurlah ada apa yang you perlukan tue. Sebab esok pagi memang I akan suruh budak-budak I naikkan khemah untuk aktiviti unggun api malam harinya.. " ujar Kamarul sambil menghulurkan dua buah beg kertas berisi barang yang dikehendaki Bella.
Bella menyambut beg tersebut. Dibuka dan dikerosek kandungan di dalam kedua-dua beg itu. Dia tersenyum puas.
"Thanks Rul... You're my hero!" Bella membalas kata-kata Kamarul dengan girang dan bersemangat. Kamarul membalas kata-kata Bella dengan senyuman manis.
"Bye Rul.. Good night!" Lambaian Bella dibalas dengan bersahaja.
'Mmm.. Aku harap Zhafran tabahkan hati dan semangat pada malam ini.. Pheww!' Kamarul menggelengkan kepala sambil memegang dahi.
Bella berjalan lenggang kangkung dengan senyuman manis terukir di bibirnya. 'Heh.. Tak sabar rasanya.. '
Pintu chalet yang diduduki Bella dan Zhafran dibuka dari dalam setelah beberapa kali Bella mengetuk.
Zhafran yang hanya memakai boxer corak leopard print menguap luas di hadapan pintu. Bella mengecilkan matanya. Dipandang atas bawah.
'Eh.. Eh.. Mamat nie.. Serah jiwa dan raga nampaknya.. Pakai boxer jer.. '
Bella menerobos masuk ke dalam. Zhafran memandang sepi perilaku Bella.
"Kau ke mana? Kata nak rogol aku kan malamnie? Aku tunggu.. punya tunggu.. Punya tunggu.. Kau tak muncul-muncul jugak.. "bZhafran mula membebel.
Langkahnya berakhir di peti ais yang bersaiz sederhana besar. Dicapai air mineral dan diteguk perlahan. Matanya tak lepas memandang lenggok pinggul Bella yang berjalan ke arah biliknya.
'Kau cakap banyak ek Zhafran.. Lepasnie... Kau memang takkan bercakap punya lah..' getus hati Bella.
Dua beg tadi diletakkan di atas meja soleknya. Masih belum sampai masa menyalin baju. Nantilah dulu.
Salah satu beg berisi barang tadi diseluknya. Sebilah gunting yang tajam dikeluarkan. Mata Bella merenung tajam gunting tersebut.
'Hmmmm.. Can't wait to use you babe... '
Zhafran leka menonton televisyen. Tiada rancangan yang menarik. Matanya dikerling pada jam dinding. 15 minit lagi ke pukul 11.00 malam.
Sambil menyanyi kecil, Zhafran membelek telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia terasa sesuatu yang tajam sejuk di tepi lehernya.
"Jangan toleh.. Aku tengah pegang gunting tajam nie.." Bella memberi amaran. Gunting tajam itu diletak kemas ke leher Zhafran.
"Fcuk you Bella!" Zhafran mula memaki hamun. Tapi dia memang tak berani langsung nak bergerak.
Bella tergelak kecil.
"Ohhh.. Kemain lagi kau happy ekk.. Ingat aku nak rogol kau ya... Lepas kau buat aku menangis, kau tampar punggung aku tanpa ampun, ehhhh.. Senang benar aku nak mengangkang untuk puaskan kau.. " tegas Bella. Geram betul dengan lelaki berlagak itu.
Zhafran berdecit dan resah.. 'Aku tersilap langkah ke nie.. Sain agreement dengan perempuan psiko... Fcuk.
Fcuk.... Fcukkkkkk!!' Zhafran memaki hamun dalam hati."Sekarang... Kau bangun! Bergerak ke katil kau... " arah Bella dengan tegas. Zhafran bangun perlahan-lahan. Gunting tajam beralih ke pinggang Zhafran. Tangan kanan Bella yang sebelah lagi memegang beg kertas yang berisi barang tadi.
Bella mengerling belakang Zhafran yang telanjang. Bau tubuh Zhafran menerpa lagi ke hidungnya. Dia menarik nafas dalam-dalam. 'Sabarlah wahai nafsu... '
"Angkat kedua-dua tangan kau.. Duduk atas katil tue. Kau jangan macam-macam Zhafran... Aku pegang gunting nie..." Ugut Bella lagi.
Zhafran melabuhkan pinggulnya di atas tilam empuk yang kemas belum terusik. Hanya kelopak bunga mawar yang dibuang sebelum dinner tadi.
Bella tersenyum nipis melihat Zhafran yang tak cakap banyak. Puas betul hatinya melihat lelaki yang selalu membulinya hanya mengikut arahan.
'Adakah hidup aku akan berakhir malamnie... Adakah aku terlalu teruja bila minah nie cakap nak aku bayar dengan tubuh aku?? Adakah tubuh yang dimaksudkan itu.. Adalah... Jasad aku yang tidak bernyawa?' Fikiran Zhafran berkecamuk.
Bagai nak gila. Matanya mengerling pada Bella. Ya. Bayangan Hantu Kak Limah kembali lagi.
'Perempuan ini gila!! 'jerit batin Zhafran.
Bella mula menyeluk lagi ke dalam beg kertas yang dijinjingnya tadi.
Matanya bersinar...
'Urmmm.. Here you go.. Zhafran... '
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...