TERAKHIR

63.2K 890 198
                                    

Tiga minggu berlalu...

Rumah agam Datuk Jamal kini sudah kembali tenang. Urusan majlis tahlil buat arwah Datin Zarina telah pun selesai.

Datuk Jamal sedang berbual bersama Dr. Mikhail yang singgah sebentar sebelum ke Klinik Magika.

Anak teruna Datuk Jamal, Zhafran kelihatan segak berpakaian kemas. Jejaka itu membetulkan lipatan pada lengan baju kemeja yang dipakai. Wajahnya memancarkan sinar keceriaan.

"Hai Zhaf... Nak ke mana pulak tue?" Tegur Datuk Jamal pada anak bujangnya. Dia agak lega kerana sejak kematian Datin Zarina yang agak tragis, Zhafran tinggal bersamanya.

"Nak jumpa Bella, Pa.. Eh, Uncle Mikhail pun ada.."

Datuk Jamal dan Dr. Mikhail berpandangan sesama sendiri. Doktor itu menelan liur yang terasa berpasir. Disisip sedikit kopi yang tersedia.

"Urmmm.. Zhaf.. Ke sini jap.. Papa dan Uncle Mikhail ada nak cakap sket..."

Dahi Zhafran berkerut seribu.

"Alaaa.. Zhaf dah lambatlah.. Lama gila tak jumpa Bella.. Zhaf nak kena pujuk dia betul-betul nie, Pa.. uncle... Sebab.. Dah tak ada sebab lagi untuk menidakkan hubungan kami.." Balas Zhafran dengan panjang lebar. Dalam masa yang sama kedua tangannya meraba-raba poket seluarnya.

'Mana pulak telefon aku?'

"Ya... Papa tahu.. Tapi datangla sinik jap.. Salam dengan uncle dulu.. Haishhh... Takkan lari gunung dikejarlah!" Teguran Datuk Jamal kedengaran agak tegas. Zhafran yang agak kelam kabut mencari telefon bimbitnya, terus akur menghampiri kedua figura veteran itu.

Dr. Mikhail hanya tersenyum pahit menyambut salaman Zhafran. Matanya terus tertancap pada Datuk Jamal. Seolah-olah mahu bapa Zhafran itu yang menyuarakan apa yang berlaku.

"Ada apa yang penting sangat nie, Pa? Jangan lama-lama.. Zhaf nak kena jumpa Bella.. "

"Tak perlu jumpa Bella lagi.." Datuk Jamal terus memotong cakap Zhafran sebelum lelaki tampan itu terus melalut.

"Dah kenapa nie, Papa? Jangan kata papa nak halang Zhaf kawen dengan Bella pulak? Atau Uncle Mikhail yang tak mahu kami bersatu??" Nada suara Zhafran agak meninggi ketika itu.

"Sabar Zhaf... Dengar dulu papa Zhaf nak cakap apa.." Ujar Dr. Mikhail dengan lembut. Dia sendiri tidak punya kekuatan untuk menyuarakan semua itu. Diserahkan bulat-bulat pada Datuk Jamal untuk menjelaskan segalanya!

"Zhafran tak boleh jumpa Bella lagi.. Dalam tempoh lima hari lagi, Bella akan jadi isteri orang.."

Hati Zhafran bagai disambar petir. Mukanya terasa hangat. Nafasnya berubah laju.

"Heyy.. Apa nie papa, uncle? Jangan buat lawak jenaka waktu macamnie.. Hehehe.. Zhaf tak suka bergurau bab-bab gini.." Zhafran masih lagi menahan sabar. Dia menyedapkan hatinya sendiri.

"Kami tak bergurau Zhaf.. Seminggu sebelum insiden arwah mama Zhaf lagi... Bella telah dilamar oleh lelaki tue.. Segala persiapan perkahwinan dilakukan oleh pihak lelaki.. Lima hari lagi diorang hanya akan akad nikah sahaja dulu.. Tahun depan baru diadakan majlis kenduri.." Balas Dr. Mikhail dengan panjang lebar.

Zhafran tergelak kecil. Raut mukanya mula berubah merah.

"Okey... Kalau betul.. Siapa lelaki tue?" Soal Zhafran lagi. Dia belum dapat menerima bulat-bulat apa yang diberitahu oleh bapa Bella itu.

"Aamar.."

"Warghhhhh! Fcuk! Fcuk!!! Fcukkkk!!! Fcukkkk!!" Zhafran terus mengamuk. Dia bertempik kuat dan diterajang kerusi meja di ruang tamu. Carutan dan makiannya tidak berakhir di situ. Dia mula serabut. Kedua tangannya mula meramas kepalanya. Hatinya sakit! Kepalanya rasa bagai mahu pecah!

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now