Bella terkebil-kebil melihat Zhafran selamba sahaja memasuki kamarnya.
"Ehhh... Dah kenapa lak kau masuk sinik?" Bella mula bercekak pinggang.
Penat mereka mengimbau kenangan di pantai tadi, selepas makan malam di kafe Bora, Zhafran tidak melepaskan peluang menemani gadis itu hingga ke kamar tidurnya.
Zhafran bernyanyi kecil tidak mempedulikan soalan Bella. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling kamar itu.
"Well... Aku tak sangka lak kau yang book bilik nie, sayang... Aku tanya Chumie tadi... Dia cakap dah ada orang stay sini.." Balas Zhafran seraya memegang tiang katil yang mengimbau kenangan lalu. Kenangan dia diikat di atas katil itu!
Bella hanya mengerling lagak Zhafran dengan ekor mata.
"Kalau aku yang stay sini, dah kenapa? Jangan cakap yang kau nak nempek sekali!" Suara Bella kedengaran seperti memberi amaran. Bukan sehari dua dia kenal Zhafran Iskandar!
Lelaki itu tergelak kecil. Tubuhnya dijatuhkan ke atas tilam dengan kedua tangannya mendepa luas.
"Mmm.. Cadangan yang sangat bernanas sayangku.. Aku on jer.."
Mata Bella membeliak besar.
"Noooo! Tak bolehhh! Selagi tak ada ikatan sah.. Kita tak boleh tinggal bersama dalam satu bilik!" Tegas Bella dengan wajah serius.
Gadis itu agak cuak. Bukannya dia tak percayakan Zhafran, tetapi dirinya sendiri! Lama sangat dah kot tak disentuh lelaki itu.
"Aik... Kita tidur jer sayang.. Bukan buat apa pun.. Aku janji.. Tak akan berlaku apa-apa.." Zhafran mengangkat sebelah tangannya seolah-olah mahu angkat sumpah.
"Mmmm.. Yelah tueeeee...!" Mata Bella semakin mengecil memandang Zhafran yang masih terbaring di atas katil.
"Sayang... Dahlah aku tak jumpa kau setahun lebih.. Kau jual mahal pulak.. Bukannya kita tak pernah tidur bersama kot tanpa buat apa-apa?" Sekali lagi Zhafran bersuara. Cubaan memujuk belum berakhir.
Gadis itu merengus kuat. Dicapai tuala dan dia melangkah ke kamar mandi. Malas nak melayan!
Bella kenal benar dengan sikap lelaki itu. Tak pernah mengaku kalah!
🍑🍑🍑🍑🍑
"Haipppp!! Nooo.. Nooo..! Tukar baju lain! Baju gini bahayaaaa woii!"
Zhafran mula bising. Wajahnya ditoleh ke arah lain. Seolah-olah tidak mahu menatap lama tubuh gebu itu.
Bella berpeluk tubuh sambil mengeluh."Ada jer tak kena kau ni kan!!" Bella berjalan ke arah almari pakaian. Mulutnya tak berhenti dari mengomel.
Zhafran hanya memerhati tubuh itu dari belakang. Ikutkan hati, memang mahu saja dia memeluk erat tubuh Bella. Sengaja gadis itu menduga nafsu lelakinya! Memang mencari nahas!
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...