Sebulan kemudian...
Suasana pusat membeli belah agak riuh dengan suara hiruk pikuk manusia. Ada jualan murah hari itu.
Sana sini potongan 50% dan 70%. Mungkin juga untuk menghabiskan stok mana yang ada.
Bella berjalan seiring bersama Liana. Cadangnya hanya mahu window shopping dan singgah di POPULAR. Sengaja mahu menambah stok buku di library milik orang tuanya.
"Mmm.. Kau tau tak Chumie keguguran?"
Mata Bella membeliak besar.
"Kau biar betul!!"
"Iyaaa... Aku pun baru jer tahu... Badrul gitau.. Dan satu perkara lagi.."
Liana terdiam seketika. Matanya meliar melihat sekeliling.
"Kamarul dah lamar Chumie tau!!"
Serentak dengan kata-kata itu, Bella menjerit kesukaan. Rasa kasihan tadi bercampur baur dengan kelegaan.
Kasihan kerana Chumie keguguran. Lega kerana masih wujud lelaki semulia itu yang menerima diri Chumie seadanya. Mungkin itulah percaturan yang telah diatur oleh-Nya.
"Jom baskin robbins dulu.." Ujar Liana seraya menarik tangan Bella ke kaunter yang dihiasi serba comel dan berwarna warni.
Diet Bella sudah ke laut. Biarpun jenama kek ais krim itu mengingatkan tentang seseorang, tetapi dia peduli apa!
Beberapa perisa ais krim dirasa terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam kon ais krim. Bella sukakan rasa pahit coklat dan campuran perasa vanila dengan taburan coklat chips.
Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi berdekatan. Sekali sekala ketawa dua gadis manis itu berderai."Kau tau takk... Aku kan mana nak reti sangat buat paper work bagai nie.. Sengaja ja boss kat opis aku tue nak ngorat aku.. Disuruh itu ini.. Urghh!" Bebel Liana seraya menjilat ais krim berkon yang dicengkam erat.
Bella tergelak kecil.
"Kau yang menyeksi sangat... Sapa tak geram! Bad dengan kau serius couple ker?"
Liana hanya menjungkitkan bahu.
"Aku rasa hubungan kami sekadar asal gersang baru mencari gitu.. Kami muda lagi kottt!"
Senyuman tawar terukir di bibir Bella. Kata-kata Liana sedikit sebanyak mengingatkannya tentang masa lalu.
"Usia muda itu bukan pengukur untuk hidup dengan bergelumang dengan kepuasan duniawi... Katakan kau mengandung macam Chumie tue, kau rasa?" Bella sengaja menyelar Liana dengan nasihat penuh sindiran.
"Cisss... Chumie tue lurus bendul lah! Pandai main, tak pandai pakai sarung! Memanglah sangkut!" Liana tetap mahu menang.
"Mmm... Aku nasihat as kawan baik korang. Walau aku tak kenal baik pun dengan Badrul tue... Kenal pun masa.."
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...