Kolej Xavier sunyi. Hanya beberapa orang kerani bahagian pengurusan pejabat sahaja yang bekerja.
Datin Zarina tahu Zhafran sedang bercuti bersama temannya pada ketika itu.
Hatinya masih sakit memikirkan kejadian beberapa minggu lepas. Disogok wang ringgit yang tebal pada penyiasat upahannya untuk menyelidiki tentang Bellaryna. Gadis yang memusnahkan menantu impiannya, Sheila.
Tak puas dengan maklumat yang dimiliki, Datin Zarina mula menapak ke Kolej Xavier. Untung-untung dapat info lain yang tidak diketahui.
Kunci pejabat Zhafran telah diambil tanpa pengetahuan suaminya, Datuk Jamal. Sementelah lelaki itu merupakan pelopor asal Kolej Xavier, sudah pasti dia masih memegang pendua bilik utama pejabat yang kini diduduki oleh Zhafran.
Pemandu peribadinya, Boy hanya menanti di hadapan bangunan utama itu. Menjadi mata-mata juga, mana tahu jika tak ada angin ribut Datuk Jamal terpacul di situ!
Berada di dalam bilik anaknya, mengimbau kembali kenangan semasa dia dan Datuk Jamal bertatih untuk sama-sama bangkit memulakan bisnes.
Sengaja dihenyak punggungnya ke atas sofa sambil berpeluk tubuh.
'Kenapa aku datang ke sini? Kenapa aku suka terbayang saat-saat aku dan Jamal dulu?' Mata wanita itu terpejam rapat.
Tiba-tiba sahaja dia merengus kuat. Terbayang jelas di matanya wajah Dr. Viviana, ibu Bellaryna. Wanita yang disyaki skandal suaminya.
Ya. Memang wanita itulah yang menyambut anak-anaknya, Zhafran Iskandar dan Dzul Fiqar. Tapi, dia tidak suka wanita itu rapat dengan Datuk Jamal!
Meja kayu di hadapannya dipandang dengan dahi berkerut. Suaminya pernah menyimpan gambar wanita yang dibencinya itu di dalam laci.
Hati yang sakit mendorong Datin Zarina untuk bingkas bangun dan menerjah laci meja yang tidak berkunci.
Ditarik satu persatu laci itu dan diselongkar. Nafasnya berhembus laju penuh debaran.
'Mustahil dia simpan lagi! Zhafran yang duduk dalam bilik nie!'
Laci terakhir ditarik. Sebuah fail berwarna biru tertulis sesuatu, membuatkan dahi wanita itu berkerut.
'Perjanjian SP - Zhafran Iskandar & Bellaryna'
'SP? Apa SP?' Wanita itu mengumam dalam hati.
Diselak helaian demi helaian dokumen rahsia itu. Wajahnya terpancar senyuman lebar dengan pandangan mata bersinar-sinar.
"Sex Partner! Aku dah agak dah!! Betina tue nak harta dan duit anak aku jer!!" Bentak Datin Zarina seraya menghempas kuat fail biru itu ke atas meja.
"Bellaryna.. Kau fikir mak kau tak dapat suami aku, kau boleh dapat anak aku yer? Never!! Aku akan bongkar segalanya pasal kau pada Jamal! Kau tak akan dapat jejak masuk dalam family aku pun!"
Garis senyuman sinis masih berbaki di wajahnya. Wanita itu meninggalkan pejabat Zhafran dengan mengepit kemas fail biru di celah ketiaknya.
Dokumen penting yang akan ditunjukkan pada Datuk Jamal, lelaki yang sentiasa menyebelahi Bellaryna!
🍓🍓🍓
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...