Seminggu berlalu...
Bella dan Zhafran masing-masing senyap. Tiada WhatsApo. Tiada panggilan. Tiada sms. Apatah lagi bersua muka.
Cuti semester sudah bermula. Bella menyibukkan diri dengan melakukan hal-hal yang digemarinya.
Layan game, layan movie, workout, makan, tidur. Itu rutin sehariannya. Selepas kejadian menusuk kalbu di TGV di antara dia dan Zhafran, memang dia sudah berjauh hati.
Masih mencari jalan dan masa yang sesuai untuk bertemu dengan mamat berlagak itu dan membatalkan perjanjian yang telah dipersetujui bersama.
'Cilakoi betui... Langsung tak dimesejnya aku.. Urghhh! Dasar.....' Bella merungut penuh kegeraman sambil membelek telefon bimbitnya.
Bella seorang yang tidak menyimpan lama kemarahan atau rajuk. Ya. Dia hanya memujuk hatinya sendiri. Biarpun pedih untuk ditelan, tapi dia kuat untuk menghadapi semua itu.
Nota kesayangan dicapainya. Membelek satu persatu helaian penuh dengan sketch diagram.
Dihafal satu persatu. Purifier. Steering Gear. Terngiang-ngiang di telinganya semasa kelas Profesor Razi.
################################
"Korang ada banyak pilihan untuk menjalani latihan praktikal. Sama ada di syarikat perkapalan atau mana-mana agensi swasta yang berkaitan dengan marin. Saya cadangkan kepada kamu yang berminat untuk bekerja dengan gaji yang besar selepas tamat belajar sambil menjelajah lautan yang maha luas dan makan angin, belayarlah.. Tapi..." terhenti seketika kata-kata dari Prof. Razi.
"Krew kapal wanita nie.. Agak payah... dan jika ada yang betul-betul minat dan hati kental, boleh apply untuk praktikal belayar bagi tempoh kurang sebulan... untuk kutip pengalaman dan praktikkan apa yang korang semua dah belajar..," sambung Prof. Razi sambil disambut gelak tawa nakal budak-budak lelaki kelas Bella.
"Mmm.. kitorang nak praktikal kat office jela..." balas Liana sambil memuncungkan mulut. Disokong dengan anggukan laju-laju oleh dua lagi sahabat divanya. Bella memandang sepi reaksi mereka.
'Baik korang hamek je course Pengurusan Admin atau Pejabat jer ritu.. cheh!' rungut Bella dalam hati.
Mata Profesor Razi melirik pada Bella seperti memahami isi hati si gadis comel. Bella tersenyum.
"Saya sahut cabaran itu Prof. Bukan mudah dan bukan senang untuk mendapat secangkir ilmu dan pengalaman.." ujar Bella dengan penuh semangat. Profesor Razi tersenyum dan mengangguk.
"Saya harap awak kutip pengalaman dulu, jika benar-benar berminat untuk belayar. Kemudian bertugas di offshore sahaja. "Risiko" itu lebih rendah... Tetapi nak masuk kerja offshore pun, kena jalani ujian dan kursusnya juga.." balas Prof. Razi.
"Aku rasa kan... Mamat gay atau mati pucuk je yang leh wat bodoh kalau tengok si Bella neh tanpa buat apa-apa kalau dia keja atas kapal atau offshore.." usikan Remy dibalas dengan sorakan nakal rakan taulannya yang lain.
Bella mencebik.
"Ingat aku gila seks macam korang ke??? Gersang 24 jam..Phuiii!" balas Bella dengan rasa meluat. Kata-kata Bella disambut dengan sorakan dan ejekan nakal Remy & The Gang. Remy tersenyum sinis.
"Kalau aku.. Rugi besar kalau tak dapat buntingkan kau bila ada chance belayar bersama..Bella.." balas Remy bersahaja dengan merenung tajam pada Bella.
Kata-kata Remy yang kurang ajar itu memecahkan deraian ketawa dan siulan nakal student kelas itu.
"Sudah! Sudah! Ulangkaji balik apa yang kamu dah belajar masa cuti sem nanti. Ada masa lebih kurang 13 bulan lagi untuk kamu berfikir dengan waras. Mana hala tuju kamu... Faham?" ujar Profesor Razi meleraikan usikan padu Remy pada Bella seterusnya menamatkan kelas pada hari itu.
Bella berkemas dan melambai-lambai pada temannya, 3 Diva terhangat di pasaran. Leka mengemas tanpa menyedari kehadiran seseorang di sisinya. Remy.
Bella memandang sekilas tanpa senyuman. Remy berdiri sambil sebelah bahunya tersandang beg berwarna biru. Mata Remy meliar memandang seraut wajah comel milik Bella. Gadis paling seksi di kolej, tapi sukar dicengkam oleh lelaki buaya semacam dia.
"Kau nak apa?" Bella memandang penuh rasa meluat pada lelaki yang berdiri tegap di hadapannya. Remy tersenyum sinis.
"I mean it..Bella.. "
Bella tergamam. 'Apa maksud si buaya darat ini? Dah gila nak buntingkan aku?'
Remy tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Berkulit cerah, bertubuh tinggi, tegap dan wajah seiras Fahrin Ahmad.
"Aku tahu kau kekasih gelap Zhafran.. Aku kenal dia lebih dulu dari kau, Bella. So... jangan kata kau seksi tapi suci..." sambung Remy sambil melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Bella. Bella mengetap bibir.
"Aku single dan bukan kekasih gelap ke kekasih cerah sesiapa. Aku tak ada masa nak buat menda mengarut bercintan cintun macam korang. Tambah orang macam kau..." balas Bella penuh sinis. Remy mematikan senyumannya.
Bella mula menapak untuk beredar pergi. Lengannya disambar oleh Remy.
"Kenapa dengan aku?" bentak Remy sambil mengenggam kemas dan kuat lengan Bella. Matanya sengaja dibulatkan menjegil mata Bella.
"Sakit la setan! Lepaskan aku!" Bella meronta untuk melepaskan genggaman erat Remy.
"Disebabkan kau kata kau single kan.. Aku pegang kata-kata kau Bella.. " bisik Remy ke telinga Bella dengan nada penuh ugutan. Bella merentap tangannya dan menolak tubuh lelaki buaya itu.
"I'm single but not available.. Sebab aku tak berminat untuk bercinta masa belajar. Tak payah buang masa kau untuk perempuan macam aku.." balas Bella menjeling tajam pada Remy dan berlari-lari anak meninggalkan Remy.
Remy tersenyum sendiri.
'Barang yang susah dapat.. Itu paling rare dan terbaik.. Aku dapat kau Bella, memang lembik aku kerjakan...' Remy mengetap rahang menahan geram.
Dia tidak pernah ditolak oleh mana-mana wanita termasuk pensyarah-pensyarah genit yang mengajar di kolej itu. Dilaburkan dengan kemewahan, barang kemas dan tiket percutian mahupun seks. Janji pointer yang diberikan berbaloi.
Bella mengetap bibir. Geram bercampur baur sedih. Tak ada tempat dia mengadu. Tetapi jika Zhafran dan dia dalam keadaan normal aka bukan perang dingin sekalipun, memang tidak sekali-kali dia menceritakan tentang lelaki hidung belang yang mengacaunya.
################################
Mengimbau kembali situasi dia diusik oleh Remy Buaya beberapa hari lepas, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan minatnya pada bidang kelautan.
Memang ada risikonya. Tetapi sesuatu masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Niat untuk mencari rezeki, bukan membuat maksiat.
Sambil bergolek, berguling-guling macam tenggiling dan merenung siling. Bella memejamkan mata seketika.
'Mmmm.. lelap kejap. 5 minit..'
5 minit berlalu...
Dengan desiran nafas dan dengkuran halus kepenatan, Bella terlelap hingga ke petang. Gila bosan hidup kau Bella!!!
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...