BAKAL

76.5K 862 83
                                    

"Jamal?"

Dr. Mikhail menegur Datuk Jamal dari belakang. Air muka Bella dan Zhafran turut berubah.

Datuk Jamal berpaling ke belakang dan bertembung pandangan mata dengan Dr.  Mikhail. Dia seperti ingat-ingat lupa siapa lelaki yang menegurnya itu.

"You are.... "

"Mikhail.. I Mikhail.. Partner satu klinik dengan Viviana dulu.. " balas Dr. Mikhail dengan bersemangat.

"Allah.. Yeaaa.. You satu klinik dengan Dr. Viviana.. Ahh.. I baru ingat.. "

Pelukan erat antara dua figura itu membuatkan Datin Zarina sedikit tercengang. Bella sudah mengepit lengan kiri Zhafran, mengajak lelaki itu untuk beredar.

"Adoii.. Kau dah kenapa sayang? Papa kau kot... Nak lari ke mana? Kan dah janji dengan Datuk nak makan sama?" Zhafran mula berleter. Dipegang lembut cengkaman erat Bella pada lengannya.

Bella mengetap bibir menahan rasa. Dia tak suka pada situasi itu. Dia lemas!

"Bellaryna... "

Suara Dr. Mikhail membuatkan Bella membatu tiba-tiba.

"Ohh.. You kenal bakal menantu I?" dahi Datuk Jamal berkerut seribu. Pandangan silih berganti antara Dr. Mikhail dan Bella.

"Ya.. Anak I dengan Viviana.. "

Jawapan Dr. Mikhail umpama satu percikan api halus. Tanpa sedar bibirnya tergaris senyuman yang sukar dimengerti.

"Patutlah... I dah syak dah.. Mata Bella macam mata dia.. Aduhaii.. Sorry.. I tak tahu pun you dan Viviana couple.. Dan Viviana pun tak ada jemput ke majlis kawen korang.. " Ujar Datuk Jamal dengan panjang lebar. Hatinya sedikit lega. Walau ada juga rasa terkilan, kerana Viviana langsung tidak berkongsi tentang hubungan dia dan Mikhail.

"Heyy! Malam yang penuh kejutan! Jom.. Join kitorang makan sekali.." ajakan Datuk Jamal dengan pelukan kemas di bahu Dr. Mikhail membuatkan mata Bella membuntang.

"Datuk.. Eh.. Uncle.. Bella ada hal la jap lagi... Aaaa... Kan Zhaf kan?" Bella mula licik mencari helah supaya tidak terlibat sama.

Julia mencebik mulut dari belakang melihat karenah Bella. Cuba ditahan perilaku lahanatnya di hadapan keluarga Datuk Jamal.

"No.. No.. Tak ada sesiapa boleh lari.. Jom sekali.. Boy.. Mana Datin Zarina? Cari dia.. Nak beli beg tangan ke barang kemas ker, nanti-nanti ya.. " Arah Datuk Jamal dengan suara tegas. Boy, pemandu peribadi Datin Zarina yang berbadan tegap itu, mula menikus mencari kelibat Datin Zarina.

"Ke mana kita papa?" soal Zhafran bersahaja, biarpun dia sudah tahu apa yang bermain di fikiran bapanya.

"Macam biasa.. I nak makan lobster.."

Zhafran yang masih berkepit dengan Bella, mencapai telefon pintarnya..

"Hello.. Manhattan Fish Market.. "

Gadis montok di sisinya umpama cacing kepanasan! Tiada alasan lagi untuk dia lari pada malam itu! Papanya sudah bertemu Datuk Jamal! Deng!

---------

Ruang makan bagi krew Kapal 'White Dolphin' sedikit berasap. Bukan asap masakan oleh Chef Ajie, tetapi asap vape bercampur dengan asap rokok.

"Woiii.. Woii.. Larangan merokok okeyy kat sinik!" tangan lembut Chef Ajie yang tengah memegang senduk, berputar ke kiri ke kanan.

"Relax lah Jie.. You nie.. Tak syantekkk lah.. Cer sporting sket.. "

Salah seorang krew kapal yang bertugas di bahagian dek tidak berpangkat, cuba membodek Chef Ajie.

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now