Remy mengukir senyuman penuh makna sambil matanya yang nakal menerokai setiap inci tubuh Bella.
"Hidup lagi kau ek.. Aku ingat dah 'terikat' dan layu dalam pelukan MILF kau.. "Sindir Bella mengerling tajam wajah Remy.
Remy tergelak besar.
"Aku tak perlu nak cari diorang pun.. Diorang yang cari aku.. Cuma.. Mmm.. "Kata-kata lelaki itu terhenti.
Bella menanti dengan keningnya terjungkit sebelah. Kedua tangannya disilang memeluk tubuh.
"Aku tunggu kau cari aku.. Heh.. "Kata-kata lelaki itu mendapat sorakan nakal daripada rakan-rakannya.
"Mmm.. Sorry.. Aku tak minat buaya.. Aku minat harimau malaya, spesies terancam.. Dan of course garang mengaum.. "Bidas Bella dengan senyuman sinis. Liana menunjukkan ibu jari tanda best pada Bella.
"Haaa.. Sapa ada saka harimau?"tiba-tiba sahaja Prof. Hamdi muncul. Terhenti seketika perbualan mereka berdua.
Remy membalas renungan tajam Bella padanya dengan jilatan nakal di ulas bibirnya.
Dia tahu gadis itu memerlukan sesuatu yang dia boleh beri. Petik hujung jari je!
'Zhafran.. Sorry bro.. Sapa cepat, dia dapat.. 'Getus hati lelaki buaya tembaga dengan penuh rasa geram yang terpendam sekian lama. Geram untuk meratah tubuh gadis bernama Bellaryna..
------
Zhafran hanya mendiamkan diri. Perbualannya dan Datuk Jamal terganggu dengan kedatangan Sheila dan Datin Zarina. Entah apa mimpi makhluk dua ekor itu!
"Zhaf.. Sheila datang nie sebab nak minta maaf kat you. Panggilan telefon dari dia pun, you dah block.. So, I terpaksa bawak dia ke sini.. "Ngomel Datin Zarina yang berlagak formal dengan anak sendiri. Dia tidak berani berlagak garang kerana Datuk Jamal berada di situ.
Sheila yang duduk rapat di sebelah Datin Zarina hanya tersenyum senget.
Datuk Jamal menghirup sedikit black coffee yang masih berasap. Malas dia mahu melayan karenah isterinya dan bakal menantu tak jadinya itu.
"Look Datin.. I dah ada bakal isteri untuk bina family I sendiri.. Datuk Jamal sendiri pun dah restui.. "Ujar Zhafran penuh hati-hati dan berlapik.
"Takkk... I tak kesah kalau tak jadi wife you pun, honey.. Eh.. Zhafran.. I harap kita akan terus berkawan.. Pleasee.. "Suara gadis itu sengaja dibuat-buat manja.
Zhafran menarik nafas dalam-dalam sambil matanya bertentang mata dengan Datuk Jamal. Lelaki berbicara sesama lelaki dari hati ke hati.
"Whatever.. Tapi, jangan ganggu I dan Bellaryna.."nafas lega dihela oleh Zhafran. Datuk Jamal memberikan reaksi positif dengan pandangan mata 'help me dad' sebentar tadi.
Sheila menoleh ke arah Datin Zarina mengharapkan sokongan.
"Yea.. Of course Zhafran! Kami tak akan ganggu.. Takkan jentik pun gadis kesayangan you tue.. Mmm.. "Balas Datin Zarina sambil menahan rasa. Suaranya kedengaran tidak begitu meyakinkan. Rasa sakit di hatinya masih bersisa.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...