BENGANG

64.5K 912 314
                                    

Zhafran merenung berkali-kali jam di tangan. Dia malas mengadap lelaki yang dikenali sebagai 'bekas kekasih' Bella. Dibiarkan Kamarul berbincang bersama Dato' Yusof dan peguam yang dilantik.

Sekali sekala Aamar mengerling Zhafran di sebalik cermin. Bilik mesyuarat itu sangat telus dengan dindingnya didirikan menggunakan cermin.

Lelaki tampan itu tersenyum sinis.

'Jadi.. Itu pencabar aku? Tak tahu pulak Bella boleh minat pada lelaki berjambang gitu. Tak ubah macam orang utan.. Heh..'

Hidungnya kembang kempis bangga sambil membetulkan lipatan pada lengan baju kemejanya. Yakin benar dia Bella tak mungkin ada hubungan dengan Zhafran.

"Kalau macamtue, kami minta diri dulu Dato'.." Kamarul berjabat tangan dengan Dato' Yusof, bapa Remy.

"Saya akan hantar dia belajar di luar negara.. Menyusahkan betul budak nie!" Rungut Dato' Yusof dengan gelengan kepala tanda kesal.

"Datuk Jamal sampaikan salam pada Dato'.. "

"Oh.. Wa'alaikumussalam.. Eh, kenapa dia tak datang sekali?" Soal lelaki separuh baya itu dengan kerutan di dahinya.

Kamarul berdehem melegakan tekaknya yang kering.

"Dia dengan Bella.."

Dato' Yusof hanya menganggukkan kepala tanda faham. Dia malas memikirkan tentang Bella. Gadis itu nampaknya dijaga rapi oleh individu yang amat mengambil berat tentangnya.

Kini dia perlu mengajar Remy cukup-cukup! Budak buaya itu perlu diberi pengajaran yang setimpal.

"Jom blah!" Ajakan Kamarul mengejutkan Zhafran yang sedang membelek telefon pintarnya.

"Settle dah?" Soal Zhafran seraya menjeling tajam Aamar yang berdiri di belakang Kamarul.

"Yup! Jomlah.. Aku rasa papa kau dah larikan Bella nie.. Lama betul.. Hahaha!" Sengaja Kamarul mengusik Zhafran. Dia tahu lelaki itu amat rindukan Bella.

"Wowooo... Kau jangan macam-macam Kamarul. Takkanlah papa aku nak tikam belakang aku kot!! Bella sayangkan aku sorang ja.. Aku yakin!" Sekali lagi Zhafran bersuara tegas, dengan harapan hati Aamar sakit.

"Heh.. Takyah yakin sangatlah.. Bella tengok kau pun tak selera kot.." Suara Aamar kedengaran perlahan apabila menuturkan ayat menempah maut itu.

Zhafran merengus dan mula mengepal penumbuk.

"Oii.. Aduhh.. Relaks lah.. Apa benda korang nie.. Dok perli-perli bagai.. Matangla sket! Dah berbulu atas bawah kot.." Kamarul cuba mengawal keadaan. Dihalang Zhafran dari bertindak lebih jauh.

Aamar hanya tersenyum tawar sambil berjalan menyeluk poket seluarnya. Ketiga-tiga mereka bergerak keluar dari Syarikat Croc yang dipenuhi gadis-gadis muda sebagai kerani pentadbiran.

"Mm.. Aku rasa.. Bapak Remy nie pun boleh tahan jugak.. Mana tak perginya sambal ikan bilis kalau tak ke nasi lemak kan?" Ujar Kamarul pada Zhafran yang sibuk membelek telefonnya sedari tadi. Air mukanya muram dan sekali sekala berdecit tak puas hati.

"Kau pehal?"

Zhafran diam. Didail nombor dan diletakkan ke telinga. Hampa.

"Kenapa Bella block nombor aku lagi??" Lelaki itu mengomel sendiri dan matanya tertancap pada Bella yang sedang berbual mesra dengan Datuk Jamal.

Aamar turut memandang pada arah yang sama. Bella bekas kekasihnya sedang berbual dengan Datuk Jamal, lelaki berkarisma yang baru dikenali.

'Kalau lelaki tua tue yang jadi pesaing, aku percayalah..' Belum habis lagi Aamar menilai rupa paras Zhafran, dibandingkan pula dengan bapa lelaki itu.

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now