..::EPILOG::..

98.4K 1.1K 305
                                    

Daun pintu chalet Resort Bora ditolak perlahan. Aroma segar menerpa hidung Bella. Mata Bella automatik terpejam, haruman yang pernah menyapa deria baunya satu ketika dahulu.

Bella melangkah masuk ke kamar itu. Hatinya terasa sebak. Sofa yang pernah menjadi tempat lepak Zhafran itu disentuh dengan tapak tangannya. Di situlah dia mengusik Zhafran dengan mengacukan gunting. Berpura-pura menjadi gadis gila aka psiko semata-mata mahu lelaki itu akur pada perintahnya.

Gadis itu tergelak kecil. Matanya beralih ke katil yang menjadi tempat beradu mereka berdua. Hampir dua tahun lalu, katil itu menjadi saksi Zhafran diikat dan didera olehnya.

Tubuh montoknya dibanting ke atas tilam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tubuh montoknya dibanting ke atas tilam itu. Dia rindukan rasa itu. Rasa ingin bergurau senda dengan Zhafran.

Setahun Zhafran meninggalkan tanahair.  Bella meletakkan sebelah tangannya ke bantal yang empuk.

'Biarlah orang menyalahkan aku... Langsung tiada usaha untuk mendapatkan lelaki yang aku sayangi.. Mereka tak faham.... Ya.. Takkan pernah faham..' Getus hati kecil gadis itu.

Usai menyalin pakaiannya kepada swimsuit yang bersesuaian, Bella menapak ke pantai. Ketika melalui lobi, gadis itu terserempak dengan Chumie yang sedang memberikan tunjuk ajar pada pekerja resort.

"Hoii... Rajin tull..." Bella menepuk lembut bahu Chumie. Gadis itu kini sangat bahagia kerana menjadi isteri pada Kamarul.

"Haruslahhh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Haruslahhh.. Laki aku lom sampai lagi.. Mmm.. Cemana bilik tue? Okey?" Soal Chumie dengan riak wajah ceria.

Bella tersenyum nipis pabila mendengarkan perkataan 'laki' yang keluar dari bibir Chumie.

'Yelah... Orang dah berlaki..' Hati Bella terasa sayu.

Sejak pemergian Zhafran ke United Kingdom, gadis itu telah cuba untuk melupakan apa yang berlaku. Ya. Semua salahnya! Dia tak akan lupa dengan apa yang berlaku di butik dan di Syarikat Ameen Shipping. Lelaki itu memujuknya, tetapi dia tetap menolak demi seorang lelaki yang pernah menjadi cinta pertamanya.

Selepas semangatnya kembali pulih, Bella membantu Dr. Mikhail di Klinik Vikha. Klinik yang dibangunkan di butik yang pernah dimiliki oleh Julia. Datuk Jamal membantu bapa Bella dengan memberikan peluang kepada Dr. Mikhail untuk membuka semula kliniknya sendiri.

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now