Derapan kasut tumit tinggi berjenama Christian Louboutin yang disarungkan oleh seorang gadis muda tinggi lampai tenggelam di dalam hiruk pikuk bunyi kenderaan yang berhenti mengambil penumpang di airport itu. Matanya meliar memerhati segenap ceruk dan sudut seperti menantikan seseorang."Cik Sheila... "
Sheila menarik nafas dalam-dalam dan menoleh ke arah suara yang sedikit bergetar itu.
Tiada sebarang senyuman. Hanya pandangan kosong dan wajah mencuka.
"I dah bagitau, ambil I pukul 4.00 petang.. Pak Ali lewat 5 minit.. Urghh!"gadis itu sebal dan masuk ke dalam perut sebuah kenderaan mewah yang memarkir di hadapannya.
Pak Ali hanya menunduk dengan wajah bersalah. Diangkat beg pakaian anak perempuan majikannya itu dan dimasukkan ke dalam bonet kereta.
'Mmm.. Tak banyak beza pun kota ini.. Hurmm.. Bau yang sama.. Still hapak.. 'Gadis cantik berpotongan badan saiz 0 itu hanya merungut di dalam hati.
"Cik Sheila apa khabar? Kenapa cik tanak bagitau Puan Sri tentang kepulangan cik ke Malaysia?"tegur Pak Ali berbasa basi. Matanya sekali sekala memerhati reaksi wajah Sheila melalui cermin.
Sheila hanya diam.
"Mmm.. I saja nak surprise.. Pak Ali pun tahu kan... I suka buat kejutan pada diorang.. "balas Sheila dengan suara mendatar.
Tangannya rancak memuatnaik status terkini di laman sosial Untagram (UG). Gambar dia di dalam kenderaan mewah milik keluarganya.
"Ahhh.. Pak Ali ada jumpa Zhafran tak?"tiba-tiba sahaja Sheila teringatkan lelaki pilihan hati ibunya. Pada mulanya, dia tidaklah berkenan sangat pun dengan lelaki berlagak itu. Tetapi, atas desakan ibu lelaki itu sendiri, Datin Zarina dan ibunya, dia hanya akur.
"Kau buat apa saja untuk mengikat dia, Sheila... Aunty redha... Janji kau jadi menantu aunty.. "
Senyuman penuh bermakna dan kata-kata keramat Datin Zarina itu masih segar dalam ingatannya.
Bibir nipis merekah itu terus mengukir senyuman. Salah satu perkara yang membuatkan Sheila terpaut pada Zhafran Iskandar adalah, layanan di ranjang.
Biarpun mereka berdua baru beberapa kali 'bersama', Sheila tidak dapat menipu nafsunya sendiri. Lelaki itu memang sentiasa memenuhi nafsu batinnya.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...