Sabtu- Majlis Akad Nikah Aamar & Bella
Seawal pagi selepas Subuh, tukang henna yang agak muda sudah bertandang ke banglo peninggalan Dr. Viviana. Jari jemari Bella akan diukir dengan henna putih. Bukanlah kehendak gadis itu, tetapi semuanya diatur oleh Aamar. Ikutkan Bella, dia lebih sukakan inai merah. Lebih tradisional.
Usai memakai inai, jurumekap Bella pula mengambil alih tugasan berikutnya. Mata Bella agak bengkak kerana asyik menangis dan tak cukup tidur.
"Urmm.. Bengkak mata nie.. Susah hati nak kawen ker apa?" Tutur si jurumekap sambil tersenyum. Bella hanya tersenyum tawar. Wajahnya direnung tanpa perasaan pada biasan cermin.
"Selamat pengantin baru, Bella.. Dah selesai.." Semburan setting spray Nyx bertebaran di udara mengenai wajah comel Bella.
"Thanks kak.. Mmm.. Nanti jemput makan dulu kat khemah depan umah ya.. Jangan balik dulu.." Pelawa Bella dengan ikhlas. Kesian juga kerja sebagai mak andam nie. Berjam-jam mekapkan orang. Bayangkan kalau sepuluh orang dalam sehari?
Jurusolek sudah beransur. Bella tinggal sendirian di dalam kamar dengan busana warna putih. Juga pilihan Aamar. Gadis itu mengeluh lemah. Dia dapat melihat Aamar memang suka mengarah itu ini. Janji Bella mendengar cakapnya. Lagipun semuanya menjadi mudah kerana kedua ibu bapa lelaki itu sudah tiada. Tiada halangan keras seperti Datin Zarina dahulu.
Pintu kamar pengantin diketuk dari luar. Dr. Mikhail muncul dengan senyuman manis.
"Alahai.... Cantiknya anak papa.." Diusap lembut kepala Bella yang berbalut selendang nipis.
"Papa... Mmm.. Dalam beberapa hari nie, ada tak sedara ker.. Orang yang rapat dengan kita masuk hospital?" Soalan Bella yang tidak ada kaitan dengan majlis istimewa hari itu, membuatkan Dr. Mikhail hairan.
"Urmm.. Tak adalah pulak.. Kenapa?"
"Eerrrr... Memang tak ada ek? Kena tahan wad kerrr... Ada jadi apa-apa ker? Macam kena gigit tebuan tanah ke? Errr.. Eksiden ker?" Sengaja Bella menekankan perkataan accident itu sendiri.
"Ishh... Tak adalah.. Apa yang Bella merepek nie.. Dah.. Dah.. Jangan pikir bukan-bukan lah!" Ujar Dr. Mikhail dengan tawa kecil.
Dahi Bella berkerut.
'Adakah papa aku sembunyikan sesuatu pasal Zhafran? Takut aku batalkan majlis nikah nie tiba-tiba?' Getus hati kecil Bella.
"Papa! Aaaa.. Uncle Jamal dah datang ker?" Bella masih belum berputus asa.
"Urmm.. Belum sampai lagi.. Kenapa?"
"Kenapa lom sampai lagi?"
Dr. Mikhail terus tergelak besar. Makin pelik-pelik pula perangai anak dara seorang nie!
"Haihh.. Majlis lambat lagi nak mula kan.. Bukan dia yang nak kawen dengan Bella... Ishh!" Seloroh Dr. Mikhail dengan ketawa besar.
"Errr.. Yelah.. Bella tanyaaaa jer.." Mulut Bella memuncung panjang.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romansa"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...