Bunyi tarikan rantai pada mesin rowing kedengaran jelas berselang seli dengan bunyi larian di atas mesin treadmill. OLA Gymnasium agak ramai pada hari itu.
Bella meneruskan tarikan pada mesin rowing secara teratur. Masih berbaki 1000 meter. Kalorinya terbakar lebih banyak berbanding dengan menggunakan treadmill.
Tetapi sudah pasti penggunaan treadmill boleh saja dilakukan di rumahnya. Hanya kerana kekurangan peralatan gym, membuatkan dia merajinkan diri 'bertandang' ke gym pada hari itu.
"Bella.. Aku dah penat.. Jom rehat jap.. "Chumie yang turut mengikutnya workout di gym pada hari itu, sudah mengeluh penat.
Bella dapat melihat perut Chumie agak berisi dan membuncit sedikit sejak kebelakangan ini. Selera makannya juga bertambah.
Ikatan pada kedua kakinya, dilonggarkan. Bekas air berisi air putih dicapai dan diteguk perlahan.
"Baru-baru lagi kau start workout, janganla bersungguh-sungguh sangat Chumie.. Mmm.. Badan kau kan memang dah kurus.. Perut jer naek sikit..."Bella mengomel sambil mengelap peluh yang memercik di dahi dan lengannya dengan tuala kecil.
Headphone yang disangkut ke leher, dibetulkan seketika.
Chumie kelihatan murung sedikit. Sepatutnya workout membuatkan mood seseorang itu lebih ceria, gembira dan cergas, tetapi sebaliknya berlaku pada Chumie.
"Bella.. Mmm.. Aku ada something nak gitau kau.. Tapi... "
Terhenti seketika kata-kata si Chumie.
Dahi Bella berkerut dan menancapkan pandangan mata bundarnya pada raut wajah Chumie.
"Cakaplah... Aku dengar.. "Pujuk Bella dengan bersungguh-sungguh.
"Mmm.. Aku risau Bella.. Aku.. Aku.. "
Bella mengenggam kemas lengan Chumie. Mereka berdua duduk bersila di atas lantai yang berlapik karpet.
"Aku risau aku pregnant, Bella.. Aku syak aku lekat masa main dengan Pian.. "Air mata mula bertakung di mata Chumie.
Bella terpana seketika. Automatik dia memegang perutnya sendiri. Dia baru lepas datang haid pada minggu lepas. Mujurlah!
"Period kau cemana?"soal Bella lagi penuh kerisauan.
Chumie menggelengkan kepalanya. Ulas bibir bawahnya digigit, cuba menahan sebak.
"Pian cakap apa dengan kau?"
"Dia suruh aku gugurkan.. Aku tanak Bella!"akhirnya air mata Chumie tumpah dan tubuh Bella dipeluk erat. Mencari kekuatan yang hilang.
'Setan punya Pian!! Bersedap-sedap kemain lagi!'getus hati Bella menahan rasa.
"Aku.. Aku tak tahu aku tengah subur masa main kat Bora-bora haritue Bella.. Wuuu.. Wuuu... "Tangisan sedu-sedan Chumie tenggelam di dalam muzik rancak yang dipasang kuat di gym itu.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Lãng mạn"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...