TETAMU

57.8K 760 227
                                    

Teena mengucup lembut pipi kekasih hatinya, Myra. Uniform putih yang tersarung di tubuhnya sudah ditanggalkan.

"I miss you baby.. " Myra merangkul leher Teena dan mendaratkan bibir merah bergincu ke bibir kekasih hatinya.

"Teenaa..!"

Pintu bilik kabin Teena ditolak dari luar. Bella ternganga melihat adegan yang tidak patut dilihat itu.

Pantas Teena mencapai uniformnya dan dibutang . Myra hanya mengeluh seraya menjeling tajam wajah Bella.

"Bella.. Ada apa?"

Gadis berperawakan lelaki itu mengemaskan gaya rambutnya dengan jari jemari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gadis berperawakan lelaki itu mengemaskan gaya rambutnya dengan jari jemari.

"Sorrylah.. I tatau you dengan Myra.. Nie haa.. " dihulur tuala wanita berjenama Whisper. Bella 'membayar' semula tuala wanita yang dipinjam daripada Teena sebelumnya.

"Alahai.. Tak perlulah.. Urmm.. Tapi you dah susah-susah nie.. I terima jugaklah.." Balas Teena dengan senyuman manis. Sengaja dia merenung Bella dengan nakal. Dia gemar mengusik gadis itu.

"Takyah nak ushar I macamtue ekk.. Nanti ada yang merajuk panjang.. Ahahaha!" Mata Bella tertancap pada kesan love bite yang penuh di leher Teena.

"Baby.. "

Myra muncul dari belakang dan memeluk lengan Teena. Gadis itu memang kuat cemburu.

"I'm straight Myra.. Jangan risau k! Hehehe.." Sengaja Bella mengusik kekasih hati Teena.

Teena merupakan Chief Officer kapal cruise, 'Star Leo'. Sementara Myra pula bertugas di bahagian sajian. Mereka baru habis bertugas untuk hari itu.

Sudah hampir tiga bulan Bella bertugas di atas kapal cruise tersebut. Kini mereka berada di perairan Singapore dan kapal cruise itu dianchor di tengah laut untuk tempoh beberapa minggu. Setiap hari pasti ada pengunjung yang bertamu untuk bermain judi di atas kapal 'Star Leo'. 

Bilik kabin yang diduduki oleh Bella juga lebih selesa dan privasi. Mempunyai bilik air sendiri dan tidak perlu risau diganggu oleh lelaki hidung belang lagi.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Datuk Jamal. Bella kini dapat menjalani latihan dengan lebih baik. Kapten kapal 'Star Leo' juga seorang yang sangat baik dan peramah.

"I tahu esok last day you kat sini kan? Tanak keluar dengan I dan Myra ker? Boleh jumpa dengan kawan-kawan I yang lain.." Pelawa Teena dengan ikhlas.

Bella memang tidak pernah menceritakan perihal peribadi pada gadis itu. Pasti gadis itu cuba untuk mengenalkan dirinya pada kawan-kawannya.

Bella dan teman LGBT berpisah tiada. Daripada Faizal, mak nyah 'cantik' dan kini Teena, gadis pengkid yang 'kacak'. Padanya biar siapa pun mereka, dia tetap menghormati jalan yang dipilih. Mereka tetap manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Cuma berbeza nafsu sahaja.

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now