Kereta sport Zhafran memasuki perkarangan sebuah kediaman mewah.Hati Zhafran sedikit cuak. Tetapi nak tanak, dia perlu hadap juga semua ini.
Selesai memarkir keretanya, Zhafran mengorak langkah ke rumah agam yang kelihatan agak sunyi.
Pintu rumah dikuak dari dalam, seolah-olah menyedari kehadiran Zhafran.
Seorang pembantu rumah berdiri di belakang pintu dengan menundukkan kepala kepada Zhafran, tanda hormat.
'Uhh.. Pembantu rumah orang Filipina mana pulak kalinie?'kening Zhafran tercongek. Tahu sangat dia dengan sikap ibunya yang sangat cerewet. Bertukar pembantu rumah umpama tukar baju.
Usai langkahnya terhenti di ruang tamu, kelihatan Datin Zarina sedang rancak berbual bersama seorang gadis yang sangat dikenali olehnya. Sheila.
Gadis langsing yang menyedari kehadiran Zhafran, bingkas bangun menerpa lelaki itu.
"Honey! I miss you.. Mmm... "Satu kucupan hinggap di pipi Zhafran. Lelaki itu hanya tersenyum nipis. Matanya tertancap pada Datin Zarina yang merenung tajam wajahnya seperti mahu ditelan hidup-hidup.
"Ummm... Ingat dah lupa jalan balik ke sini.. "Sindir Datin Zarina. Matanya yang bercelak tebal, menyerlahkan lagi riak wajah yang garang.
"Sejak bila you upah orang gaji? Setahu I you cuma ada pembantu rumah yang tolong kemas rumah you tiga hari sekali.. "Tanpa kata kiasan, tanpa ayat berbunga-bunga, Datin Zarina menyoal Zhafran seperti penyiasat.
Zhafran melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan ibunya. Sheila tanpa segan silu, duduk menempek di sisinya. Lengan lelaki itu dipeluk kemas.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...