Flashback kisah Bella dan Aamar....Suasana kediaman mewah itu mula bingit dengan bunyi muzik yang kuat. Rumah dua tingkat itu dikongsi bersama oleh Aamar dan Benji, dua sahabat sejati yang agak nakal di kolej.
Para pelajar junior dan senior saling berbual sesama sendiri. Makanan dan minuman yang dihidangkan turut menjadi santapan. Botol-botol beer berlaga menerbitkan bunyi berdenting, menyaksikan kerakusan para pelajar yang kaki minum.
"What's Up guyss!!! Let's enjoy the party!!!" Suara DJ yang memutarkan lagu yang rancak mula bergema.
Aamar muncul dengan botol beer di tangan. Dia tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek bunga-bunga paras lutut.
"I'm looking for Zeeta. Have you seen her?" Soal Aamar pada salah seorang rakan seniornya. Lelaki yang diajukan soalan itu hanya menjungkitkan kedua bahu tanda tidak tahu.
'Shit! Lambat pulak diorang nie.. Mmm..' Mata nakal lelaki itu menjamu setiap figura seksi yang melintas di hadapannya. Pelbagai bentuk, saiz dan rupa.
Kolam renang turut dipenuhi dengan beberapa orang gadis yang berbikini. Gelak tawa gedik dan jeritan kecil turut menggamatkan suasana.
Aamar hanya melambaikan tangan pada gadis-gadis bikini itu.
"Aam... Join us pleaseeeee... Mmm.. Pleaseeeee baby.." salah seorang gadis bikini mempelawa Aamar yang berdiri di tepi kolam sambil meneguk beer.
"Later, my dear... Not now.." Senyuman manis tersungging di bibir lelaki itu. Kata-kata manis yang biasa dituturkan pada gadis yang menyukainya.
"Aamar!!!"
Rozeeta menjerit kuat sambil menerkam Aamar yang sedang melayan awek bikini. Mengekorinya dari belakang adalah gadis montok yang kerap diusik Aamar sejak gadis itu belajar di AMC.
Terbeliak mata Aamar melihat apa yang dipakai Bella. Rasa mahu ketawa pun ada. Geli hati sangat!
"Seriously??? Kau ingat ini Halloween Party ke apa?" Sengaja dia mengutuk Bella yang mengenakan onesie Unicorn.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...