LELAKI

57.1K 792 354
                                    

"Bella??"

"Aamar??"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aamar??"

Bella mengundur selangkah ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bella mengundur selangkah ke belakang .

Lelaki itu. Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya. Lelaki yang pernah melukai hatinya. Lelaki itu juga lelaki pertama yang meragut kesucian dirinya.

Aamar Haiqal Khan.

Lelaki itu semakin mendekat. Bella mengundur lagi. Mujur dia masih berpakaian lengkap, kalau dia hanya memakai tank top dan short tight tadi, pasti lelaki itu cuba berbuat sesuatu.

"Kau buat apa di sini?" Soalan bodoh terbit dari ulas bibir lelaki itu. Nada suara lembut yang amat sinonim pada halwa telinga Bella. Sebelah tangan lelaki itu cuba menyentuh lengan Bella.

"Jangan dekat dengan aku, Aamar!" Suara Bella mula meninggi. Dadanya terasa sesak. Empat tahun dia putus dan menghilang terus dari lelaki itu. Kenapa perlu bertemu di sini??

"Heyy.. Aku kawan lama kau, Bella.. Come on lah... Aku kenal kau luar dalamlah.." Kata-kata Aamar buat Bella rasa geram. Mahu sahaja ditampar lelaki itu.

"Eh, awak belum siap Bella? Muat tak coverall tadi?"

Mujurlah Chief Hairul muncul menyelamatkan keadaan. Lelaki itu sedikit kehairanan melihat Bella yang masih berbaju biasa.

"Chief.. " Aamar menundukkan kepala sedikit tanda hormat pada Chief Hairul.

"Haaa.. Kau ada.. Aku ingat kau tidur lagi tadi.. Nanti kau bawak budak intern nie turun ke bilik enjin. Kau ajar dia apa yang patut.."

"Eh.. Chief.. Saya.. Eh.. " Bella kelam kabut cuba menyangkal kata-kata arahan oleh Chief Hairul.

"Ya? Ada masalah ker?" Sebelah kening lelaki itu terangkat. Raut wajahnya agak garang.

Bella menelan liur. Terasa kering perit tekaknya. Wajah Aamar silih berganti dipandang dengan wajah Chief Hairul.

"Aaaa.. Tak ada apa... Bilik air kat mana ya?" Soal Bella dengan nada suara yang cuba dikawal.

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now