NASIB

55.5K 713 217
                                    

"Arghhhhhh!!!"

Julia menjerit bagai terkena histeria. Jatuh berselerakan ke lantai barangan mekap yang disusun di atas meja solek itu.

Botol kecil berisi minyak pengasih digenggam penuh geram. Sakit sungguh hatinya!

'Fcuk!! Kenapa semua plan aku tak menjadi??!! Bila aku nak jumpa Datuk J tue, ada saja halangannya! Urghh!'

Sekali lagi wanita itu menderam menahan marah.

Beberapa kali malam Jumaat sudah terlepas begitu saja. Dia cuba membuat temujanji bersama Datuk Jamal melalui PA lelaki itu. Gagal.

Ada saja alasan. Datuk sibuk. Datuk outstation. Datuk tak sihat. Datuk itu, Datuk ini!

Wajahnya yang pucat tanpa mekap itu direnung pada biasan cermin.

'Agaknya susuk yang kak Tijah pasang pada wajah aku dulu, dah tak berkesan kot?' Dia mengeluh perlahan. Tulang pipinya yang tinggi menyerlahkan kecantikan wajahnya biarpun sudah berusia. Masih bergetah seperti anak dara. (Nota ketiak penulis: Readers yang lom kenal kak Tijah, mohon baca buku aku yang bertajuk 'MIMPI' tue.. Nek Tijah adalah watak yang diperkatakan oleh Julia nie.. 😘)

Barangan mekap yang berselerakan dibiar di lantai. Dia kini sudah punya pembantu rumah. Biarlah kulinya yang mengemas!

"Ani!!!"

Tak berapa lama kemudian, muncul pembantu rumahnya. Makcik Ani tertunduk ketika melihat Julia yang garang bercekak pinggang.

"Kau kemas barang-barang aku nie.. Aku nak mandi.. Nanti nak ke butik pulakk!!" Arah Julia dengan nada suara yang tegas.
Berlagak sungguh makcik kertu itu!

"Baik puan..." Makcik Ani hanya akur dan mula mengutip satu persatu barangan komestik milik cik puannya.

Usai mandi, Julia mula bersiap. Tubuhnya disarung baju kebaya moden yang ditempah khas. Hari ini dia ada tetamu istimewa. Seorang Puan Sri. Haruslah dijaga imejnya sebagai pemilik Butik JULIEZ.

Dua tiga bentuk cincin bertatah berlian disarung ke setiap satu jari jemarinya. Nampak penuh dan mewah.

Bibirnya mengukir senyum puas. Biar tetamunya yang hadir buntang matanya! Dia berduit dan kaya!

Kaya? Ya. Kaya dengan hasil ugutan pada Datin Zarina. Wanita itu ketawa kecil. Kesian pada Datin Zarina yang bodoh.

'Nak skandal, tak reti simpan.. Last-last kantoi dengan aku.. Rabaklah poket dengan koleksi beg tangan kau, Datin.. Hihihi.. '

Ketawanya semakin kuat. Seolah-olah Datin Zarina kini tersangat lemah, bagai lembu dicucuk hidung. Menurut apa saja yang diminta.

'Urmm.. Bininya dah tumpas.. Tunggu aku sambar lakinya pula.. Datuk Jamal ku sayanggg.. Urmmm...' Ulas bibirnya digigit geram sambil membayangkan lelaki separuh baya memeluk tubuhnya dengan erat.

Semburan perfume mahal pada tubuhnya mula menyebarkan haruman. Wangi satu rumah.

"Puan.. Tak makan dulu?" Pelawa Makcik Ani dengan lembut. Roti telur dan nasi goreng kampung sudah siap dihidang di atas meja makan.

"Diet.. Aku makan epal saja.. No carbo untuk sebulan nie.. Kalau Dr. Mikhail nak makan nasi ke apa, kau jamu dia saja!!" Bentak Julia dengan sombongnya.

Dr. Mikhail sudah beransur ke Klinik Magika dengan membawa bekalan yang dimasak oleh Makcik Ani.

Kereta Honda miliknya dipandu laju. Dia perlu tiba dahulu di butik itu sebelum tetamunya.

"Urghhh!! Sapa pulak amek parking aku niee!!!" Stereng keretanya dihentak kuat.

Sebuah kereta Perodua Kenari berwarna merah yang sudah sedikit luntur warna catnya telah 'mencuri' petak parkirnya.

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now