Bella menyarungkan kasut sukan ADIDOT ke kakinya sambil membetulkan tali kasut. Dalam keadaan menonggeng memakai kasut, tiba-tiba pintu chalet dikuak dari dalam. Zhafran menenyeh matanya sambil sebelah tangannya bercekak pinggang.
"Mmm.. Jangan mengada-ngada buat tempat nie macam tempat kau. Nak jogging kat dalam kawasan resort ja.."arah Zhafran dengan suara tegas. Sekali sekala matanya menjeling punggung bulat Bella yang berbalut yoga pant.
Bella menjeling sekilas pada Zhafran. Malas melayan sangat pakcik gila itu. Tiba-tiba Bella teringat sesuatu.
"Aku nak beli bikini nanti. Mesti ada jual kan kat kedai cenderahati resort nie? Tolong amekkan dompet aku atas meja solek jap.. " Ujar Bella sambil menarik hoodie menutup kepalanya. Sejuk. Baru pukul 6.45 pagi.
Zhafran menjungkitkan kening.
"Kau nak pakai bikini fesyen apa?" soal Zhafran sambil bersandar sebelah lengannya dan berpeluk tubuh di muka pintu.
"Sukatie akula.. "jawab Bella sambil memuncungkan mulut. Mata Bella meliar memandang persekitaran resort yang masih gelap. Mencari-cari sekiranya ada sosok tubuh manusia di waktu begini.
"Woo.. Woo.. No. No. Aku kena tahu. Kau takyah dok berangan pakai tak senonoh ya, Bella. Tubuh badan kau tue.. Aku punya.. "Suara Zhafran mula meninggi. Bella mengetap gigi menahan geram.
"Aku nak pakai 2 pieces.. "jawab Bella ringkas. Wajah Zhafran berubah serta merta. 'What da fcuk 2 pieces??!! ' Zhafran cuba menahan rasa.
"Ohhh.. 2 pieces ya.. Mmm.. Actually aku dah belikan untuk kau. Saja aku beli sebab nak sedondon dengan kau.. "Zhafran bermulut manis pada Bella yang sedang kehairanan mendengar kata-katanya.
"Eh.. Wait! Wait! What sedondon? Kau ingat kita couple ker? Heh.. " sindir Bella sambil tergelak kecil. Zhafran menarik nafas dalam-dalam.
"Kau setuju atau tidak, aku tak benarkan kau pakai pakaian mandi lain selain yang aku beli.. Aku nak mandi.. Ingat pesan aku Bella.. "Zhafran memandang Bella dengan pandangan diktator, seperti memaksa Bella agar patuh sambil berkata, 'Yes, my master'.
Zhafran menutup pintu meninggalkan Bella terkulat-kulat sendiri.
'Mehhhh.. Macam aku nie bini atau awek dia plak.... Choiiiii!! ' rungut Bella dalam hati.
Bella melangkah berhati-hati sambil mengepit botol air di bawah lengannya. Langkahnya berakhir di lobi. Seorang pekerja wanita di kaunter penyambut tetamu kelihatan tersengguk-sengguk menahan mengantuk.
"Ahhum..!"Bella berdehem. Nak ketawa pun ada kerana Bella terlihat lelehan air liur yang padu dari mulut wanita itu.
Tersentak pekerja itu terdengar suara Bella berdehem. Air liur basi dikesat dengan muka yang masih mamai.
"Maaf Miss Bella. Saya tak perasan. Ada apa yang saya boleh bantu.. "Pekerja itu menundukkan muka, sedikit segan. Bella melihat tag nama pekerja itu. Rafe'ah.
"Mmm.. Pe'ah.. I nak jogging pagi nie.. Tapi I tatau la arah mana. Takut sesat pulak.. You boleh bantu?"Bella memohon pertolongan dengan riak muka bersahaja sambil memanggil nama manja pekerja itu.
"Ermm.. Biasa tetamu kita beriadah pada waktu petang. Jadi senang diorang nak cari jalan dan lokasi strategik.. "Balas Rafe'ah dengan sopan.
'Ahh.. Sudah.. 'Bella berdecit dan menarik nafas dalam-dalam.
"Tapi.. Kalau Miss Bella tak keberatan, gym resort kita akan buka dalam pukul 7.00 nanti.. " Rafe'ah seperti memahami keresahan Bella.
'Aduhhh.. Malas tul nak masuk gym. Berkurung dalam tue ja.. Mmm.. Aku nak hirup udara pagi oii! ' Jerit batin Bella.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...