GADUH

66K 674 53
                                    

Zhafran ketawa besar apabila Sheila membuat memek muka lucu. Pertemuan tidak dijangka bersama Sheila di pejabat Datin Zarina, membuatkan lelaki itu agak terkejut.

"So.. You tak plan nak balik ke London dah ker?" Soal Zhafran seraya mengerling beberapa pasang mata yang mencuri pandang tubuh Sheila yang agak terdedah pada bahagian dadanya.

  "Urmm.. I nak teman you kat Malaysia... I nak jadi milik you.."

Air muka Zhafran berubah. Dia berharap yang kata-kata gadis yang pernah bertakhta di hatinya itu, hanya sekadar gurauan.

"Hehehe.. You memang pandai bergurau!  Takkan mama I tak gitau you kot.. I dengan Bella nak kawen.. Eh, tadi pun dia cakap you akan bantu persiapan majlis I nanti.." Ujar Zhafran lagi. Dia masih lagi berfikiran positif dalam hal ini.

"Ohh.. Hahaha! I saja gurau jerr.. Mmm.. Baju kawen ekk.. Aaa.. I ada ikut juga Datin Zarina ritu.. Mm.. Sesuai sangatt.." Balas Sheila penuh teruja. Dia cuba untuk mengawal dirinya dari terlepas cakap.

"Zhafran!!!"

Pang!!

Satu tamparan hinggap di pipi kiri Zhafran. Lelaki itu terpempan. Wajah Bella merah padam menahan amarah yang membara di dalam dada.

Sheila tersenyum sinis di sisi Zhafran. Sengaja dia menyelit memeluk lengan Zhafran rapat ke tubuhnya. Lelaki itu cuba menarik sebelah tangan yang berada di dalam pelukan bekas kekasihnya.

"Sayang.. Kau buat apa kat sini?" Pipinya terasa pedih. Pasti berbekas disebabkan tamparan itu agak kuat. Diusap berkali-kali pipinya, meredakan kepedihan.

"Ohhh.. Dah kenapa kalau aku kat sini? Eh, aku yang patut tanya kau!! Kau buat apa dengan pompuan nie kat sini??" Jari telunjuk Bella ditunding pada Sheila. Zhafran sekali lagi cuba meleraikan pelukan erat Sheila pada lengannya.

"Urmm.. Aku ke opis Datin Zarina tadi.. Bincang tentang persiapan kawen kita..."

"Yeaa.. Persiapan kawen kami!" Tiba-tiba sahaja Sheila menyampuk dengan nada suara menyindir dan gedik.

"Whattt??!!" Bella semakin hilang sabar.

"Apa nie Zhaf??? Kau main-mainkan aku ke apa?? Apa nie?? Kau nak aku ke, betina nie??!!  Kau memang setanlah!!! It's OVER!!! Kau lelaki paling SELFISH aku pernah jumpa Zhafran!! Enough!!" Kelam kabut Bella bersusah payah mengeluarkan cincin pemberian Zhafran padanya dan dibuang menimpa dada lelaki itu.

"Look.. Look sayang.. Aku nak kawen dengan kau lah!! Apa pulak dengan dia! Dia tak ada dalam ini cerita sayang!" Zhafran cuba memujuk Bella, tetapi ditepis tangannya oleh gadis itu.

"Enough setan!!! Bella memekik kuat penuh rasa benci dan marah. Dengan air mata yang bertakung di tubir mata, Bella melangkah laju meninggalkan Zhafran yang masih dalam keadaan keliru.

Hatinya luluh.

Hampa.

Sakit sangat.

Benar. Lelaki setia itu tidak pernah wujud dalam dunia ini. Semua lelaki sama saja!! Dasar pentingkan diri! Tamak!!

Air mata Bella berjuraian membasahi pipi. Dia sudah tidak ingat pada Dr. Mikhail yang sedang menanti di kafe.

Dia lupa segala-galanya kerana lelaki itu!

"Zhaf.. Apa berlaku nie?"

Dr. Mikhail muncul setelah terdengar suara anak gadisnya memekik di luar kafe. Adegan sebabak Zhafran dan Bella turut diperhatikan oleh pengunjung kafe itu.

"Uncle.. I just hangout kejap dengan Sheila nie.. Zhaf jumpa dia kat opis Datin Zarina tadi.." Zhafran cuba menerangkan keadaan sebenar.

Dr. Mikhail mengetap bibir apabila mendengarkan nama datin kaya itu.

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now