KETENTUAN

56.7K 920 214
                                    

Kereta Honda Jazz kesayangan Bella masih di bengkel. Hari itu Aamar menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Panggilan telefon di antara Bella dan Aamar...

Aamar : Aku datang jemput ya.. Apa nama pejabat tue?

Bella : Tak payahlahh.. Aku balik naik Grab jer...

Aamar : Please Bella.. Aku betul-betul free nie nak datang amek kau.. Boleh kan?

Bella hanya mendiamkan diri. Dilihat dua tiga orang staf sudah beransur pulang. Hanya tinggal dia dan seorang staf lelaki yang sedang menggunakan mesin fotostat.

Bella : Mmm... Yelah.. Aku kat Ameen Shipping.. Kat Jalan Bendahara...

Aamar : Oh.. Cemana lak kau leh dapat wat latihan kat situ.. Hehehe.. Tunggu aku datang sekarang.. 10 minit lagi aku sampai!

Tut... Tut..

Panggilan dimatikan.

Bella merenung jam di dinding pejabat. Kalau 10 minit lagi, sempatlah dia bancuh coklat panas dulu!

Bella terus melangkah ke pantry pejabatnya. Dicapai mug dan dimasukkan serbuk koko, sedikit susu dan gula perang. Kemudian ditekan butang air panas pada mesin Coway.

Sambil menghirup air coklat panas itu, Bella melayan mesej-mesej yang belum dibaca di dalam aplikasi WhatsApp.

Sekali sekala dia tergelak kecil. Ada saja kakak-kakak bawang pejabatnya itu menjoyah. Bella memang telah dimasukkan ke dalam group itu sejak kali pertama dia menjalani latihan di pejabat itu.

"Hai... Sorang ja?"

Suara garau seorang lelaki menegurnya. Hampir terlepas mug di tangannya.

"Ahhh.. Abang Salim.. Ya... Mmm.. Saja ja melayan chit chat dengan kak-kak bawang office kita.. Hehehe.. " ujar Bella dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Matanya masih tertancap pada skrin telefon.

"Kenapa tak balik lagi? Abang pun dah nak beransur nie... Hehehe.. " lelaki itu meneguk air sejuk yang dikeluarkan dari dalam peti ais.

"Ahhh! Lupaa.. Bella turun dululah.. Lupa ada orang datang amek... Bye abang Salim!" Mug yang sudah kosong isi kandungannya itu dibasuh, dilap dan diletakkan semula di dalam kabinet.

"Bella.. " tangan gadis itu disambar oleh lelaki berusia 32 tahun dan berstatus suami orang itu.

"Eh... Apa abang nie.. Janganlah.. Lepaslah!" Bella menarik pantas lengannya dari cengkaman Salim.

"Bella comel sangat.. Manis raut muka Bella.. Abang sanggup ambil Bella jadi isteri kedua abang tau!" Galak benar lelaki itu mengeluarkan ayat power. Sangkanya Bella akan cair, tetapi kata-katanya hanya mendapat cebikan.

"Abang Salim sepatutnya fikirkan anak bini kat rumah.. Bukannya fikir nak berbini dua! Bella tak berminat pada suami orang! Dahlah... Malas dah nak layan abang Salim!" Gadis itu terus bergegas meninggalkan Salim yang tersenyum sinis.

Hati Bella berdebar kuat. Dia tidak menyangka yang lelaki itu akan bertindak sedemikian rupa. Dasar lelaki miang!

Gadis itu menanti kedatangan Aamar di perhentian bas berhadapan dengan pejabatnya. Matanya melirik ke arah sebuah kereta Toyota Alphard warna putih yang bergerak perlahan.

Kereta mewah itu berhenti tepat di hadapannya. Bella melihat kiri dan kanannya. Tiada sesiapa. Takkan Aamar datang jemput dia naik kereta besar gitu kot?

Tingkap kereta diturunkan. Aamar melaung nama Bella yang sedang merenung kosong telefon pintar di tangannya.

"Woii! Bella!!"

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now