GILA

60.6K 887 204
                                    

Dushh!! Dush!!

Celah kangkang Remy ditendang oleh Bella. Susah payah si gadis montok cuba menolak tubuh lelaki bertopengkan buaya tembaga itu.

"Celaka tui kau Remy!! Arghhhh!!"

Tubuh Remy terdorong ke hujung katil Bella. Wajahnya menyeringai kesakitan. Padan muka kau lahanat!

Jeritan Bella harap dapat didengari oleh krew kapal lain. Gadis itu menyalahkan dirinya sendiri kerana terbongkang dalam keadaan seksi dan seksa mata yang memandang.

Pintu kamarnya dikuak luas. Dijenguk ke luar. Tak ada sapa.

"Nak lari mana.. Urmmm?"

Bongkah punggung Bella yang melentik diramas oleh Remy penuh geram.

"Sapa suruh kau sentuh aku!! Urghhh!

Sekali lagi mereka bergelut. Bella cuba menerajang 'burung punai' Remy, tetapi gagal. Tak cukup punggung Bella diramas, tube tops Bella cuba dilondeh oleh Remy.

Sebelah safety shoes yang elok disusun di bawah meja kecil dicapai Bella. Dihayunkan ke kepala Remy.

"Aduhhh.. Sakitlah betina oii!"

Kepala Remy terasa berpinar dek dihempuk dengan safety shoes yang keras di bahagian depan kasut itu.

"Apa hal kecoh-kecoh nie??"

Muncul Chief Hairul dan Aamar di muka pintu kamar Bella. Terbeliak seketika mata keduanya. Bukan kerana Remy, tetapi kerana tubuh Bella yang terdedah.

"Bella.. "

Aamar menarik tuala yang disangkut kemas di penjuru bilik dan disua pada Bella. Gadis itu ternyata tidak sedar dengan keadaan tubuhnya yang terdedah akibat terlalu panik.

"Aku tak tahulah apa yang kau buat dalam bilik Bella nie! Kau keluarr sekarang!!!" Suara Chief bertukar garang. Kuat betul suaranya hingga tersentak Bella.

Chief Hairul tidak peduli siapa bapa budak lelaki itu. Yang pasti imej kapal itu perlu dijaga.

"Aamar.. Kau uruskan budak pompuan nie.. Suruh dia pakai baju.. Lepastue bawak dia sekali naik ke bridge jumpa Kapten.." Arah Chief Hairul dengan tegas. Kolar baju Remy ditarik dari belakang.

Wajah Remy berubah murung. Dijeling tajam wajah Bella dan Aamar silih berganti. Tidak tercapai jua hajat busuk hatinya ingin menggulai si Bella.

"Bella.. Kenapa tak kunci pintu?"

Bella diam. Dia membuka almari baju. Dicapai sehelai baju T lengan panjang dan seluar jeans. Tanpa banyak cakap, dia menyarungkan pakaiannya itu ke tubuhnya.

Aamar hanya memerhati setiap gerak geri Bella. Dia tahu gadis itu malas nak melayan.

"Jom.. " diraih sebelah tangan Bella. Gadis itu tersentak. Lantaran lama tidak disentuh oleh seorang lelaki, membuatkan dia sedikit gugup. Pantas ditarik tangannya.

"Tak payah pegang aku... Aku bukan budak kecik.. Aku tahu jalan sendiri.." Balas Bella dengan nada suara perlahan.

"Mmm.. Okey.. Aku cuma nak lindungi kau.."

Kata-kata Aamar membuatkan Bella teringatkan lelaki itu lagi.

'Kenapa bila bersama Zhafran, aku teringatkan Aamar? Dan kenapa bila aku bersama Aamar, makin teruk bayangan Zhafran menghantui diri aku!?? Kenapa???!!!' Bella kesal kerana dia sukar melupakan Zhafran. Shit!!!

---------

"Kau memang gila Zhafran!!"

Kamarul kagum sedikit melihat beberapa keping gambar yang dilonggok di atas meja Zhafran.

MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!] Where stories live. Discover now