Datuk Jamal merenung dalam-dalam gambar yang berada di dalam genggaman tangannya. Seraut wajah seorang wanita yang pernah hadir di dalam hidupnya.
Seorang wanita yang banyak membantu dirinya dan keluarganya hari ini. Viviana. Seorang doktor wanita yang dianggap seperti saudara sendiri.
Kali terakhir mereka bertemu, 3 tahun yang lalu. Wanita itu kelihatan sangat kurus dan tidak bermaya. Apa yang membuatkan dia semakin risau apabila Viviana menceritakan tentang suaminya yang bermain kayu tiga dengan sahabatnya sendiri. Air mata yang mengalir di mata indah itu, sangat menjeruk hati lelaki Jamal.
'Ke mana kau menghilang Vie? Sudah sekian lama aku mencari kau... 'Getus hati kecil Datuk Jamal. Wajahnya diraup dengan kedua belah tangannya.
Mata kekasih hati anak terunanya, Bellaryna mengingatkan dia tentang Viviana. Dia tahu doktor wanita itu belum berkahwin sewaktu perkenalan mereka.
Imbauan beberapa puluh tahun lalu...
Januari 1987
Uwekkk... Uwekkk!!
Alhamdulillah..
Ucapan penuh kesyukuran di atas kelahiran cahaya mata sulung keluarga Jamal terpacul di bibir lelaki itu.
Mata si bayi kecil itu masih terkatup dengan rona kulit wajah yang kemerah-merahan.Tanpa sedar, air mata lelaki itu tumpah.
"Ina.. Terima kasih berikan abang zuriat yang cukup sempurna.. "Dahi isterinya dikucup lembut. Zarina yang masih lesu selepas bertarung nyawa, hanya mampu tersenyum tawar.
---------
"Terima kasih banyak-banyak Vie.. Kalau doktor lain tadi, I tak tahu la cemana.. Si Ina tue mana mahunya doktor lain.. Hahaha.. "Ketawa kecil penuh kegembiraan berselang seli dengan tawa manis Dr. Viviana.
"Alaa.. Dah memang tanggungjawab I kann... You nie.. Touching pulak.. "Balas Dr. Viviana dengan mulut muncung.
"Haaa.. Dah ada nama ke untuk anak sulung you tue?"soal Dr. Viviana lagi. Mereka berdua berbual seketika di kafeteria hospital itu.
Jamal memutarkan matanya ke atas.
"Urmm.. I rasa macam nak letak awalan nama huruf 'Z'.. Apa pendapat you?"sengaja Jamal menduga doktor jelita itu.
Kening Dr. Viviana terjungkit sebelah.
"Aikkk.. Motif tanya I? I bujang lagi okey.. You patut kena tanya wife you la.. Majuk dia nanti haa... "Selar Dr. Viviana bersahaja.
Jamal hanya membalas dengan senyuman mengaku kalah. Susah juga jika berbalas cakap dengan orang yang tak mahu kalah nie.
Perbualan antara mereka berdua tidak hanya berhenti di situ. Jamal dapat merasakan wanita muda itu mempunyai auranya yang tersendiri. Dia bukan menaruh hati pada Viviana, tetapi kagum dengan wanita itu. Wanita yang bijak, berdikari dan berjiwa kental.
Disember 1987
Uwekkk.. Uwekkkk!!
Tangisan hero kedua yang hadir tanpa dirancang. Jamal memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Esa atas rezeki yang diberikan.
"Tahniah! Wahh... Ini betul-betul murah rezeki ya.. I harap sangatla rezeki anak-anak you lekat kat I.. Doakan I cepat dapat jodoh.. "Dr. Viviana berseloroh sambil mengendong bayi lelaki yang sangat comel.
"Thanks again Vie.. Dua kali you sambut anak kitorang... Hahaha!' Ketawa besar Jamal sambil mengerling wajah Zarina. Wanita yang baru lepas bersalin itu, hanya memandang sepi kerlingan mata suaminya.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...