Mesej Liana direnung lama. Mengimbau kenangan lama antara dirinya dan Aamar, mungkin hanya akan mengeruhkan keadaan.
Liana Diva : Aamar dah book tiket! Kita berempat dengan kawan dia sorang lagi! 😋 Jadi ekkk... Esok malam! 😘😘😘
Bella hanya membiarkan mesej itu bluetick. Dia belum berminat untuk membalas lagi. Bermacam-macam perkara bermain di fikiran Bella tika itu. Satu demi satu memori dia dan lelaki tampan itu menjengah ke fikirannya.
Setelah Aamar tamat pengajian, lelaki itu terus bekerja. Mencari pengalaman mengikut pelayaran dengan sebuah kapal dari sebuah syarikat terbesar di Asia Tenggara.
Rozeeta? Dia terus putus hubungan dengan gadis penikam belakang tersohor itu. Bella hanya mampu meneruskan pengajiannya hingga satu semester berikutnya. Dr. Viviana sakit tenat.
Bella mengeluh lemah. Memikirkan tentang kos pengajian yang menelan belanja yang tinggi, ibunya yang terpaksa berhenti bekerja di klinik dan bapanya Dr. Mikhail yang langsung tidak mengambil tahu tentang dirinya lagi. Dia putus asa dengan segalanya.
Semangat untuk terus hidup tanpa memikirkan tentang Aamar, diharungi oleh Bella beberapa tahun itu. Pengajian yang ditunda. Menjaga ibu yang sakit. Menjaga jiwa dan hatinya agar tidak tersasar lagi memikirkan nasib diri, cinta pertama yang kecundang di tengah jalan.
Surat daripada Aamar digenggam erat. Satu-satunya perutusan yang disampaikan oleh Aamar sebelum dia berangkat belayar mencari rezeki dan menambah pengalaman.
Sayangku Bella,
Mungkin cara aku terlalu kolot hingga menitipkan kata-kata melalui tinta padamu.. Biarlah kau membenci aku. Biarlah kau mencaci maki diriku.. Tapi, aku nak kau tahu...
Aku akan tetap mencintai kau sepertimana kali pertama kita bergelar kekasih. Maafkan aku, sayang.. Tiada niat di hatiku untuk tidak berlaku jujur. Tidak perlu rasanya untuk aku melukai hatimu dengan menceritakan tentang hubunganku dengan Rozeeta dahulu.
Itu cerita lama. Cerita sebelum kita bertemu. Kau sendiri pun tahu, aku lelaki yang bagaimana sebelum aku memahatkan nama kau dalam hatiku? Aku kaki minum, kaki enjoy dan tiada steady girlfriend. Bagi aku, masa itu semua perempuan cuma inginkan duit aku dan tubuh aku.
Ya, sayang... Termasuklah Rozeeta. Aku tiada apa-apa hubungan istimewa dengannya. Biarpun dia memujuk aku untuk menjadi kekasihnya, aku menolak.
Sehinggalah... Aku bertemu dengan kau, sayang.. Gadis paling degil dan garang aku pernah kenal.. Kau seksi sayangku tetapi kau masih menjaga kehormatan diri kau.
Serasa bagaikan mimpi malam itu... Malam kita menyulam kasih bersama. Malam pertama di antara kau dan aku, Bella.
Terima kasih kerana mempercayai aku.. Terima kasih kerana menyayangi aku.. Terima kasih kerana menyintai aku..
Terima kasih kerana sudi menjadi permaisuri di hatiku..
Terima kasih kerana menjadi cinta pertama aku... Bellaryna...Aku membawa pergi hati yang lara penuh kekesalan kerana mengguris hati seorang gadis bergelar kekasih...
Mungkin hubungan cinta ini sudah berakhir. Tetapi, andaikata kita bertemu lagi suatu hari nanti, aku berharap kita mampu menjalin hubungan ikhlas sebagai teman.
Ya, sayang... Itu sudah memandai bagiku.. Semoga kau dapat kendurkan rasa kebencianmu padaku... Semoga masa yang terus berjalan, dapat merawat hati yang terluka...
Yang terus merindui,
AamarAir mata Bella tumpah sekali lagi. Agak lama surat itu diperuk kemas di dalam bagasinya. Bagasi yang disorok di dalam bilik stor. Kali terakhir dia menggunakan bagasi itu adalah ketika dia pulang ke tanahair.
YOU ARE READING
MY SEX PARTNER [•C•][EDITING!]
Romance"Mmm? You want me to be your sex partner?" Bella tersenyum sinis pada jejaka tinggi lampai di hadapannya. Zhafran mengumam sambil tersenyum. "Well.. Aku dah letak syarat-syarat dan apa benefit yang kau akan dapat kalau jadi perempuan aku, " jemari...