[ 𝚙𝚛𝚘𝚕𝚘𝚐 ]

3.2K 82 0
                                    

Pemergian kedua ibu bapa aku menyebabkan aku dengan akak aku terpaksa hidup berdua. Hidup yang serba biasa namun disebabkan kes hutang yang dibuat oleh arwah ayah aku membuatkan kami berdua terpaksa mencari duit demi melunaskan hutang tersebut.

Disebabkan tak sanggup ditindas dek hutang yang melilit di leher aku, menyebabkan aku terpaksa mencari perkerjaan.

Akhirnya, aku dapat berkerja disatu tempat sebagai perisik untuk sebuah syarikat tapi perkerjaan aku tak tahan lama. Aku di fitnah oleh rakan sekerja aku sebab songlap duit syarikat dan aku dibuang tanpa sebab.

Hidup aku terasa kelam sebab aku dah putus harapan nak buat apa lagi demi kelansungan hidup kami berdua. Namun seorang lelaki tiba-tiba muncul dalam hidup aku membawa sinar dalam keputus asaan aku ketika itu.

Aku diambil bekerja dengan Ray Mikael sebagai anak buah dia. Namun aku terkejut apabila disangkakan kerja sebagai perisik seperti biasa namun rupanya aku ditugaskan sebagai babysitter.

Namun disebabkan demi kelansungan hidup, aku setuju. Ya aku setuju untuk memasuki kedalam perangkap aku sendiri.

Disangkakan selepas mendapat perkerjaan, hidup aku dengan akak aku akan berubah tapi silap! Hidup aku berubah 360° dari sebelumnya malah bertambah parah.

Kisah silam yang aku cuba lupakan berkaitan perkerjaan aku dulu akhirnya kembali menghantui aku apabila aku ditakdirkan bekerja untuk lelaki yang bernama Rayden.

Hidup aku semakin bertambah derita apabila ditakdirkan bertemu dengan rakan baik Rayden iaitu Jaxx.

Apa yang akan kau buat bila ada seorang lelaki akan bunuh kau tapi dia sayangkan kau?

Apa yang akan kau buat bila ada seorang lelaki yang disangkakan malaikat namun rupanya devil dalam diam.

Apa yang akan kau buat, bila kau terselit diantara kedua-dua lelaki diatas dalam hidup kau?

Aku boleh gila.


_________

• 𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 •

[ 𝐜𝐫𝐲𝐬𝐲𝐦𝐧 ]

𝐊𝐀𝐈𝐑𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 (OG) Where stories live. Discover now