> 2 <

744 50 3
                                    

>>>>♡<<<<

" Ah ! Bosanla, Chaeng ! " jeritku sekuat hati kepada Chaeyoung yang berada di dalam biliknya di tingkat atas.

Aku mencampakkan komik milik Chaeyoung itu di atas lantai lalu aku membaringkan badanku di atas sofa milik Chaeyoung.

Jam di dinding ruang tamu itu aku kerling sekilas, baru pukul lapan malam. Hari masih panjang. Bosanla kalau duduk rumah je tak buat apa-apa.

Aku pantas bangkit dari baringku lalu aku melangkah menuju ke bilik Chaeyoung. Tanpa sebarang informasi, aku terus buka pintu bilik Chaeyoung dan aku mengeluh kecil melihatkan Chaeyoung yang sedang lena tidur.

Aku melabuhkan punggungku di birai katil Chaeyoung lalu aku mencebik kecil.

Bangunlah, Chaeng ! Aku tengah bosan ni !

Aku menggoyang-goyangkan kaki Chaeyoung, dengan harapan dia akan terjaga dari tidurnya.

Chaeyoung melepaskan dengusan geram kemudian dia menyepak punggung aku sehingga aku terjatuh terjelupuk di atas lantai.

Auch ! Sakitla ngek !

" Chaeyoung, bangunla...! Jomla keluar jalan-jalan sekejap. Aku bosan ni. " ujarku sambil sekali lagi menggoyang-goyangkan kaki Chaeyoung.

Chaeyoung merengek kecil kemudian dia membuka sedikit matanya memandang aku dan melepaskan gelengan kecil.

" Aku kena tidur awalla, Lisa. Esok aku kena pergi kelas awal-awal. Kau takpe la sebab kau dah minta cuti. Kau nak jalan, pergi sorang-sorang. " balas Chaeyoung dengan matanya yang terpejam rapat.

Aku menjulingkan mataku ke atas kemudian aku berpeluk tubuh di atas lantai itu. Menyesal la pula minta cuti lama-lama.

Seminggu aku cuti dari kolej. Hm. Kalau pergi kolej, boleh la juga lepak-lepak jumpa kawan. Ni tak pergi kolej, aku nak buat apa je ?

" Aaaa ! Chaeng, serius aku cakap aku tengah bosan gila-gila punya gila sekarang ni. Jomla keluar sekejap je ! " pujuk aku sekali lagi dengan harapan Chaeyoung akan setuju.

Tetapi aku dapat benda lain. Sekali lagi dia sepak tangan aku dari memegang kakinya.

Tak guna punya manusia.

Aku bakar kaki kau tu nanti baru tau. Huh !

" Kau pergi jela balik rumah daddy kau tu. Pergi main dengan anak daddy kau tu. Ajak manusia tu jalan-jalan. Tak faham bahasa ke yang aku tengah penat ? Nak makan kaki aku lagi ? "

" Okay, fine ! Aku keluar sorang-sorang. Tapi aku pinjam kereta kau. Dah, aku tak kacau kau dah. Tidur jela ! " balasku sebaik sahaja Chaeyoung selesai berkata-kata.

Aku mengambil kunci kereta milik Chaeyoung yang terletak di atas meja soleknya lalu aku terus melangkah keluar dari biliknya.

Langkah ku atur menuju ke bilikku untuk menyarungkan sehelai hoodie pada tubuhku. Sejukla kalau keluar pakai t-shirt je.

Aku kemudiannya menyusun langkah menuruni anak tangga pula. Topi baseball berwarna hitam aku gapai lalu sarungkan pada kepalaku.

#7 euphoria  [ C ] Where stories live. Discover now