> 45 <

407 35 0
                                    

>>>>•<<<<

Aku melepaskan keluhan berat sambil mengurut-urut kepala aku. Mata aku dipejam erat agar sinaran cahaya matahari tidak dapat menusuk ke dalam mata aku.

Lepas aku dinner dengan Chaeyoung semalam, aku terus balik rumah memandangkan dah sangat-sangat lewat and macam mana aku boleh terlupa hari ni aku kena pergi universiti untuk kemaskan barang-barang Chaeyoung ?

Urgh ! Disebabkan aku kena pergi ke universiti, aku terpaksa bangun awal dan matahari awal-awal dah mencucuk mata aku. Sakit tau tak ?

Tok ! Tok ! Tok !

Aku pantas menghampiri pintu bilik aku lalu tombol pintu itu aku pulas dan terpaparlah wajah Jungkook di hadapan aku dengan senyuman.

Dan tanpa dirancang, aku turut mengukir senyuman melihatkan wajah comelnya. Haih, my hunnybunny isso cute !

" So, where are you going today ? " soal Jungkook sambil menyandarkan badannya pada daun pintu aku.

Aku menjulingkan mataku ke atas kemudian aku memeluk tubuhku.

" Aku kena pergi universiti untuk kemaskan barang-barang Chaeng. So yea ... " balasku kemudian aku meramas rambut panjang aku perlahan.

Serabut-serabut ! Sepatutnya aku masih tidur atas katil empuk aku sekarang ni ! Ee ! Kalau bukan sebab aku sayangkan Chaeyoung tu, aku takkanla tolong dia kemas-kemas ni.

Huh ! You should appreciate my damn help !

Jungkook menganggukkan kepalanya perlahan kemudian dia melabuhkan punggungnya di birai katil aku.

Ewah-ewah ! Sesuka hati lubang hidung dia je nak duduk dekat katil aku. Kalau kedut selimut aku tu, kau kemas balik eh. Punya penat aku lipat elok-elok tadi.

Kau fikir senang ke nak tengok seketul Lalisa ni kemas katil pagi-pagi ? Hm ? Susah tau tak ! Bila aku buat macam tu, mesti mommy aku ingat aku ni ada something wrong.

Tapi tak salahkan kalau sekali sekala nak jadi rajin kemas katil pe semua ni. Hekhek.

" Aku teman kau. " ujar Jungkook membuatkan aku mengalihkan pandangan aku padanya.

Aku melangkah menghampiri Jungkook lalu letakkan tapak tanganku pada dahi Jungkook. Ee, panas lagila.

Aku menggelengkan kepalaku laju pada Jungkook. " No, Jungkook. Kau demam lagi. Kalau kau pening masa kau drive nanti macam mana ? "

" Aku tak cakap aku nak drive. "

Aku mengecilkan mataku memandang wajah ' innocent ' Jeon Jungkook itu.

Ee, geramnya aku nak cungkil-cungkil biji mata dia ni ! Dah-dah lah tu buat aku malu dengan diri aku sendiri. Penatla nak tanggung kebodohan sendiri hm.

" Whatever. Kau duduk rumah je, tak payah ke mana-mana. " ujar aku sambil menjulingkan mataku ke atas.

Aku kemudiannya melangkah menuju ke almari dan aku gapai jaket berwarna hitam kesayangan aku dan aku sarungkan pada tubuh aku.

Aku mengikat rambut aku ala-ala ponytail kemudian aku tersenyum kecil melihatkan penampilan diri aku pada pantulan cermin.

#7 euphoria  [ C ] Where stories live. Discover now