> 19 <

443 46 1
                                    

>>>>•<<<<

Terdiam aku mendengarkan kata-kata ' pujian ' Jungkook pada aku itu.

Dia betul-betul ke maksudkan apa yang dia cakap tu ? He said I'm pretty ...? Oh, leave it ! Semua lelaki akan cakap benda yang sama je !

Jangan dia ingat disebabkan dia tu handsome, dia boleh rembat je mana-mana perempuan yang dia nak.

Well ... dia dah pun berjaya tawan hati aku yang lembik dan lemah ni ... tapi aku takkan biarkan dia jadi seorang playboy yang berjaya.

A big no !

" Jungkook, honestly what do you think of me ? " soalku perlahan dan berani.

Aku cuma ... nak tahu apa yang dia fikirkan pasal aku. Dia anggap aku ni sebagai apa. Takkanlah sebagai kakak tiri semata-mata ...?

Aku harap dia anggap aku lebih dari seorang kakak tiri sebab ... itu yang aku rasa dengan dia.

Aku dah suka dia lebih daripada anggapan seorang adik tiri. Aku dah sayang dia lebih dari seorang kakak tiri perlu sayang adik tirinya.

Tapi aku tahu semua ni salah. Salah sangat-sangat ! Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Aku tak boleh nak tipu perasaan aku.

" You ? I really adore you. I like you ... "

Aku mengangkat wajahku memandang Jungkook yang sedang memandu itu tatkala dia luahkan yang dia ... sukakan aku ?

Seriously ?

" ...as a sister. " sambungnya tanpa aku duga.

Aku melepaskan keluhan kecil sambil menjulingkan mataku ke atas.

" Ya, sure you do. As a sister. " gumamku perlahan agar tidak didengari oleh Jungkook.

Jungkook memandang ke arahku sekilas sebelum dia kembali fokus pada pemanduannya.

" Pardon ? " soalnya perlahan, meminta aku mengulangi kata-kataku sebentar tadi.

Aku melepaskan gelengan laju. Nothing !

I just thought that you like me more than a sister ! I just put a really high hope !

But it turns out to be just a damn ' hope ' ! I really am okay !

>>>>•<<<<

Aku menyiku lengan Chaeyoung disebelahku sehingga dia terconteng sedikit buku latihannya dengan pen highlight di tangannya itu.

Opssie ! Aku tak sengaja eh !

Chaeyoung mula perlahan-lahan membulatkan matanya memandang aku.

" Apa masalah kau ...? " soalnya dengan nada perlahan kerana takut didengari oleh pensyarah kami.

Aku mengukis sebaris senyuman sambil menggosok-gosokkan kedua-dua belah tapak tanganku padanya.

" Maaf. Aku tak sengaja. " balasku perlahan dengan mimik muka sedih, cuba meraih simpati dari sahabat aku itu.

Chaeyoung mendengus kecil kemudian dia menggelengkan kepalanya perlahan.

#7 euphoria  [ C ] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang