> 8 <

510 48 0
                                    

>>>> • <<<<

Aku mendongak memandang ke arah siling bilikku. Aish, aku takleh lupalah muka badut tadi tu ! Seram-seram nak ke mana ha ?! 

Aku menggapai telefon pintarku yang terletak di atas kabinet kecil di sebelahku lalu aku melihat masa di skrin telefon tersebut.

Baru pukul 9 malam .. tapi kalau aku tak tidur-tidur lagi, nanti aku mengantuk pula pagi esok. Esok mommy plan nak bawa kami sekeluarga pergi outing. So, aku tak boleh mengantuk esok !

Aku menjengukkan kepalaku ke arah pintu almari aku. Kalau tiba-tiba ada benda keluar dari kabinet tu macam mana ?! Kalau benda tu badut yang macam dalam cerita tadi macam mana ?! Mesti aku mati awalkan macam tu ?!

Ahhhhh tak nak !!!

Aku menyelimutkan tubuhku dengan selimut tebal kesayangan aku itu kemudian aku mula menyusun langkah keluar dari bilik tidurku.

Pintu bilik Jungkook itu aku ketuk beberapa kali sehingga seseorang bersuara dari dalam. Asal macam lain je suara Jungkook ni ?

" Jungkook-ah, buka la sekejap ... " pintaku sambil mataku melilau melihat persekitaran aku yang gelap itu. Hanya ada sebuah lampu saja yang terpasang di ruang tamu, yang lain gelap.

Bapak seram sia rumah ni malam-malam ! Mommy, Lisa takutla duduk sini !

Seketika kemudian, wajah Jungkook mula terpancar di hadapan wajahku sebaik sahaja Jungkook membuka pintu biliknya.

Dia menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal itu dengan matanya yang separa tertutup. Maybe dah tidur kot tadi. Sorryla aku kacau kau.

" Kook, aku takutla n-nak tidur sesorang.. Boleh tak aku tidur dengan kau malam ni ? Aku janji semalaman je ! " pintaku dengan sengihan di wajahku.

Mata Jungkook sedikit terbeliak mendengarkan permintaan aku itu. Ya, mesti korang pun terkejut kan kenapa aku minta macam tu ?

Tapi apa yang aku boleh buat ?! Aku memang takut dengan hantu lagi-lagi kalau lepas tengok cerita hantu, aku kena tidur sorang-sorang.

Memang taklah !

Aku memuncungkan bibirku padanya, cuba meraih simpati dari si batu Jeon Jungkook. Agak-agak dia benarkan tak ?

" Masukla. " ujar Jungkook sambil meramas rambutnya ke belakang. Aku pula yang terkejut. Dia bagi ?

Unexpected betul.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik Jungkook sambil melihat sekelilingnya. Penuh dengan barang berwarna hitam dan merah saja. Maybe itu warna kegemaran dia ?

Aku melabuhkan punggungku di atas sofa milik Jungkook lalu aku memandang ke arahnya yang sedang membasuh muka di dalam bilik airnya itu.

Seusai dia membasuh muka, dia melangkah menghampiri aku dengan kerutan di dahi.

" Asal duduk sana ? Tidurla atas katil. Kau tidur atas sofa tu nanti kau sakit badan. " ujar Jungkook sambil menunjukkan jarinya ke arah katilnya yang kelihatan amat empuk itu.

Patut ke aku tidur atas katil dia ? Macam tak patut je. Yela, dahla aku menumpang bilik dia pastu aku pula tidur atas katil dan dia tidur atas sofa ?

#7 euphoria  [ C ] Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang