>>>>•<<<<
Miyeon's POV
" I'm sorry, babe. I tak ada mood langsung nak keluar makan. Why don't I send you back home ? Are you okay with that ? "
Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di minda aku. Keluhan kecil aku lepaskan sebaik sahaja aku membuka pintu rumahku.
Aku memandang Eunha, dorm mate aku yang sedang mengulang kaji pelajarannya di ruang tamu.
Air mata aku bila-bila masa sahaja akan mengalir membasahi pipi aku. Aku tak kuat dah nak tahan tangisan dari terhambur keluar.
Kalau boleh masa dengan Jungkook tadi aku nak meraung dah menangis tapi nanti Jungkook anggap aku gedik pula. Haih ...
" Miyeon ...? Are you okay, babe ? " soal Eunha sambil dia melangkah menghampiri aku yang masih berdiri tegak di hadapan pintu rumah.
Kepala aku geleng perlahan dan akhirnya air mata aku mula mengalir membasahi pipiku.
Aku tak kuat dah nak tahan ! Aku terus mendepakan tangan aku pada Eunha, meminta dia untuk memeluk aku.
Dan tanpa berlengah, Eunha terus menghampiri aku dan memeluk aku erat. Yes, I really need a damn hug right now.
" Miyeon, kenapa ni ? Bukan you kata nak dinner dengan Jungkook ke ? Kenapa awal sangat balik ni ? Ada something wrong berlaku ke ? " bertalu-talu soalan mula keluar dari mulut Eunha bagaikan das tembakan.
Aku hanya mampu menangis dan meraung saja buat masa sekarang. Aku tak nak ingat balik apa yang berlaku.
Aku tak nak ingat balik apa yang BamBam katakan pada aku di Universiti tadi. Aku tak nak ingat tentang perubahan kelakuan Jungkook pada aku sejak kebelakangan ini.
Aku tak nak ingat semua tu ! Oh, tolonglah ...
>>>>•<<<<
Lisa's POV
Aku menggapai beberapa buah fail poket di atas meja belajar lalu aku mula mengatur langkah aku menuruni anak tangga.
Sebenarnya aku dah suruh Chaeyoung datang ambilkan aku untuk ke universiti. Sebab apa ? Sebab aku tak nak bersua muka dengan Jungkook buat masa sekarang.
Aku sayang dia. Okay, aku sayang dia tapi dia tahu tak dia dah melampaui batas semalam ? Perlu ke dia nak tengking-tengking aku macam tu ?
Sebab setahu aku lah kan, aku ni tak pekak lagi. Rasanya tak perlu kot dia nak tengking aku macam aku ni ada masalah pendengaran.
" Lisa, awal kau bangun ? Bukan la- "
" Aku nak ke kelas dengan Chaeyoung. Kau tak payah tumpangkan aku. "
Jungkook terus terdiam mendengarkan kata-kata aku yang tiba-tiba sahaja mencelah percakapannya.
Aku sengaja suruh Chaeyoung datang ambil aku awal sikit. Bolehla kami bersarapan dulu sebelum ke kelas. Banyak benda aku nak bercerita dengan Chaeyoung ni.
Banyak sangat !
" O-okay then ... urm ... balik nanti kau balik dengan aku. "
" No. Aku naik bas je. "

ANDA SEDANG MEMBACA
#7 euphoria [ C ]
FanficIt feels so wrong yet so right. I'm in love with my stepbrother. Yes, you read it right. I know it is wrong but I can't hold back my feelings ! I just hope having a relationship with my stepbrother isn't illegal. Because He's the cause of my e...