>>>>•<<<<
Jungkook's POV
Flashback
Aku mula menyarungkan sweater kelabu kesayangan aku tatkala aku usai mengeringkan badan aku yang basah selepas mandi.
Aku mengambil pengering rambut lalu aku menekan butang on dan halakan mulut pengering rambut tersebut pada rambut aku.
Huaaa ...! Nyamannya ! And mood aku sangat-sangat bagus hari ni lepas apa yang dah berlaku antara aku dan Lisa malam semalam. Lepas dia luahkan perasaan dia pada aku, aku ambil keputusan untuk buat benda yang sama.
And yea ! Kami dah tau isi hati masing-masing ! I could never be happier than this !
And today kami akan keluar makan patbingsu so aku bolehla kategorikan ' lunch ' outing ni sebagai ' lunch date ' kan ?
Hehe ...
Tok ! Tok ! Tok !
Mataku mula membulat tatkala seseorang mengetuk pintu hadapan rumah. Lisa dah balik ke ? Awal betul. And kenapa dia tak buka je pintu tu ? Dia tertinggal kunci ke ?
Tanpa berfikir panjang, aku terus melangkah menuruni anak tangga dan menuju ke pintu rumah.
" Hey, b- "
Kata-kata aku terhenti tatkala wajah dua orang insan yang aku sayang muncul di hadapan pintu rumah.
Omma dan appa ... mereka dah balik ! Oh, I've been missing them each day !
" Appa ! " aku terus memeluk appa aku erat sehingga appa terbatuk-batuk akibat susah bernafas.
Tanpa berlengah, aku terus melepaskan pelukkan aku dan mengukir sebaris senyuman lebar kepada omma.
Oh, ya ! Mesti omma tengah tunggu Lisa kan ? Adu, Lisa ni pun pergi mana tak balik-balik lagi ? Tadi kata sekejap je dah sampai.
" Erm, omma ... Lisa pergi universiti sekejap sebab dia nak tolong kemaskan barang-barang Chaeyoung. " ujarku sambil mengusap-usap belakang tengkukku.
Entah kenapa aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena dengan omma dan appa. Atau itu mungkin cuma perasaan aku saja ?
Ah, Jungkook ! Jangan fikir bukan-bukanla. Takde apa-apa punya. Perasaan aku je macam ni.
Omma menganggukkan kepalanya sambil menghembuskan nafas lega. Dia kemudiannya mengurut-urutkan dadanya kemudian dia melangkah menuju ke dapur.
Aku hanya memerhati langkah omma sehingga dia hilang dari pandangan aku.
Tiba-tiba appa datang menghampiri aku kemudian dia menepuk-nepuk bahu aku.
" Appa nak cakap something dengan Kook, boleh ? "
" O-of course ... "
Aku dan appa mula melabuhkan punggung kami di atas sofa. Kami berdua duduk bertentangan antara satu sama lain.
Aku mula mengusap-usap tapak tanganku yang terasa panas tiba-tiba. Aku pula rasa gementar ni kenapa ? Setahu aku la kan, aku takde buat salah apa-apa dekat sesiapa.

ANDA SEDANG MEMBACA
#7 euphoria [ C ]
Fiksi PenggemarIt feels so wrong yet so right. I'm in love with my stepbrother. Yes, you read it right. I know it is wrong but I can't hold back my feelings ! I just hope having a relationship with my stepbrother isn't illegal. Because He's the cause of my e...